Selasa, 1 Disember 2020

Asas Media Sosial Facebook dan Instagram

Ingat dalam kepala perkara ini:

Facebook asasnya ialah teks. Status yang dimuat naik mesti menggunakan ayat dan perkataan. Gambar dan video adalah pelengkap.

#Contentnya pula bersifat education (pendidikan).

Instagram pula asasnya ialah visual. Status yang dimuat naik mesti menggunakn video atau gambar. Manakala caption atau tulisan adalah pelengkap.

Contentnya bersifat entertainment (hiburan).

2 medan ini beza audien, beza cara posting, beza juga cara penerimaan.

Influencer Facebook mendapat pengikut melalui perkongsian yang dishare oleh audien. Ia adalah status yang orang rasa boleh buat, rasa terinspirasi dan rasa dapat tahu tentang sesuatu hal.

Manakala di Instagram, ia adalah tentang bakat. Sekiranya kalian boleh bercakap, menyanyi, miming, berjoget serta menghiburkan orang walau dengan video resipi, maka kalian akan dapat pengikut.

Susun content ikut apa yang kalian ada. Jika tiada bakat, maka boleh sahaja menulis di Facebook, di situ banyak teknik boleh dipelajari.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips content lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...