Popcash

Sabtu, 30 Januari 2021

Panduan Penanaman Secara Fertigasi (Video Penuh)


 

Panduan Penanaman Secara Fertigasi daripada Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru Secara Online (full Video)

Jumaat, 22 Januari 2021

Isu Norizam bersama FAM, MFL selesai


Pertikaman lidah antara pemilik kelab bola sepak Kelantan (Kelantan FC) Norizam Tukiman dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akhirnya selesai menerusi satu pertemuan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

FAM dalam hantaran terbaharu menerusi laman Facebooknya semalam, memaklumkan pertemuan lebih sejam itu dihadiri Timbalan Presidennya Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Naib Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam, Norizam serta wakil Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diketuai naib presidennya, Ahmad Muzakkir Hamid.
Perang mulut antara Norizam dengan FAM dan MFL sebelum ini dipercayai tercetus selepas terdapat laporan mendakwa Kelantan FC boleh dikenakan pemotongan tiga mata akibat masalah tunggakan gaji pemain, sekali gus menimbulkan tidak puas hati Norizam yang bertindak membidas badan induk bola sepak itu.
Stuart, bagaimanapun menafikan bahawa Kelantan FC bakal dipotong tiga mata.
Selain itu, Norizam turut dilapor membangkitkan beberapa isu termasuk bayaran hak penyiaran Liga Malaysia (Liga-M) serta elaun pengadil yang belum dibayar.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-norizam-bersama-fam-mf

Isnin, 4 Januari 2021

Jack Ma dilapor 'hilang': Ini fakta penting yang diketahui


 Hartawan yang juga pengasas Alibaba.com dari China, Jack Ma dilaporkan berada dalam pemantauan kerajaan China setelah lebih dua bulan tidak kelihatan dan muncul di khalayak ramai.

Ia sekaligus menguatkan spekulasi yang mengatakan bilionair China itu 'hilang'.
Beberapa portal berita antarabangsa turut memfokuskan isu yang mengaitkan Jack Ma dengan 'kehilangan misteri'.
Ini antara fakta yang diketahui buat masa ini:
  1. Jack Ma tidak muncul sebagai juri dalam episod akhir sebuah program realiti televisyen miliknya, Africa's Business Heroes.
  2. Dia digantikan dengan seorang lagi eksekutif Alibaba dalam program yang disiarkan pada penghujung November lalu.
  3. Wajahnya turut dipadam dari disiarkan dalam laman web tersebut.
  4. Salah satu entiti perniagaan miliknya, Ant Group kini dalam pemantauan kerajaan China susulan kenyataan kontroversi yang disampaikan Jack Ma pada 24 Oktober lalu.
  5. Jack Ma mengkritik sistem kewangan di China yang bersifat tradisional, sekaligus berpendapat perlu diwujudkan sistem baharu yang mesra golongan muda.
  6. IPO Ant Group telah digantung atas alasan beberapa isu melibatkan persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan.
  7. Pihak berkuasa China melancarkan siasatan anti-monopoli terhadap Alibaba pada penghujung Disember lalu, termasuk meminta Ant Group menyusun semula operasinya.
  8. Tweet terakhir Jack Ma adalah pada 10 Oktober lalu.
Sumber: Astro awani
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/jack-ma-dilapor-hilang-ini-fakta-penting-yang-diketahui-275968

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...