Popcash

Jumaat, 30 Julai 2021

Notis Kebankrapan Difailkan Terhadap Nur Sajat Setelah Gagal Bayar Ganti Rugi Kepada Bekas Stokis

 Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan notis kebankrapan terhadap Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan berikutan kegagalan usahawan tersebut membayar penghakiman sebanyak RM200,000.00 kepada bekas stokis utama beliau iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan Mahkamah Rayuan April lalu. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Saiful Ridzuan Public Relations And Communications, dua plaintif dari OWA Resources iaitu Nurwati Hussin dan Mohammed Syakir bin Hussin berkata notis iklan dan notis tampal telah pun dibuat minggu ini dan pihaknya belum menerima sebarang affidavit membantah notis kebankrapan itu oleh pihak Muhammad Sajjad. 

Pihak anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan. Oleh itu, kami telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan dan menampal notis di mahkamah dan di depan rumah defendan,” kata Nurul Hafidzah Hassan, peguam utama OWA Resources dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

“Pada tahun lepas anak guam berjaya membekukan akaun bank defendan tetapi hanya dapat memperoleh RM5,000.00 iaitu baki terkini dari akaun tersebut. Ini dilakukan melalui tindakan garnisi terhadap kesemua akaun defendan-defendan. Berikutan kegagalan defendan membayar penghakiman mahkamah, anak guam tiada pilihan lain melainkan membankrapkan defendan,” tambah Nurul Hafidzah.

Mengikut penghakiman Mahkamah Rayuan, Muhammad Sajjad gagal dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan usahawan itu membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,00.00 kepada OWA Resources. 

Difahamkan, pihak Muhammad Sajjad ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rugi tersebut secara ansuran sebanyak RM3,000.00 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.  

OWA Resources sebelum ini cuba menyerahkan notis bankrapsi kepada Muhammad Sajjad sebanyak tiga kali termasuk percubaan menyerahkan surat temujanji dan juga percubaan-percubaan lain. Namun, oleh kerana semua percubaan serahan tersebut gagal kerana Muhammad Sajjad tidak dapat diketemui maka plaintif telah memfailkan notis tersebut untuk serahan secara alternatif iaitu melalui notis iklan di surat khabar, di mahkamah dan juga di depan rumah defendan.

Berdasarkan notis berkenaan, Muhammad Sajjad perlu membayar RM113,327.00 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 (tarikh pemfailan writ saman) sehingga 3 Mac 2021 (tarikh notis kebankrapan) serta kos mahkamah sebanyak RM70,000.00 dan setakat 3 Mac 2021 jumlah itu menjadi RM197,329.87. 

Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebankrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000.00

Oleh itu, OWA Resources memfailkan notis kebankrapan terhadap Muhammad Sajjad kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini.

Nurwati, Pengasas OWA Resources yang merupakan bekas stokis produk bengkung dan girdle Muhammad Sajjad memaklumkan yang krisis undang-undang dan perniagaan tersebut menjadi pengajaran kepada syarikatnya agar lebih berhati-hati dalam memilih rakan perniagaan pada masa hadapan. Beliau akan memastikan untuk melakukan pemeriksaan wajar (due diligence) melalui peguam korporat yang telah dilantik sebelum menjalankan sebarang kerjasama perniagaan dengan mana-mana pihak selepas ini. – KopiPlanet.com









Varian baharu dikesan di Tanjung Agas, Muar

 Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tidak menolak kemungkinan berlakunya jangkitan Covid-19 membabitkan varian baharu di sebuah kilang elektronik di Tanjung Agas, Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, kes baharu itu dikesan berikutan jumlah kematian yang tinggi membabitkan 13 pekerja walaupun masih belum ada pengesahan ujian makmal setakat ini.

"Klaster persiaran Agas diisytiharkan pada 9 Julai lalu membabitkan pekerja daripada sebuah kilang elektronik pembuatan semi konduktor di Tanjung Agas, Tangkak.

“Sehingga semalam, jumlah kes yang dilaporkan di dalam kluster ini adalah sebanyak 462 kes dengan sejumlah 13 kematian dilaporkan membabitkan kluster berkenaan, setakat ini.

“Dari bilangan itu seramai 207 (44.8 peratus) orang membabitkan pekerja kilang itu, di mana 155 adalah warga tempatan, manakala 52 kes adalah di kalangan bukan warganegara.

Sebanyak 255 kes lain adalah kes yang dilaporkan di kalangan ahli keluarga dan kenalan pekerja-pekerja kilang itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, hampir kesemua kematian itu dilaporkan mempunyai komorbiditi atau penyakit kronik dan lewat mendapat rawatan dalam tempoh empat hari (julat 1 hingga 9 hari) daripada gejala dan tarikh mendapat rawatan.

Katanya, punca utama penularan secara meluas di Tanjung Agas dikesan disebabkan oleh ketidak patuhan penjagaan prosedur standard operasi (SOP) dalam kalangan pekerja di tempat kerja mahupun di dalam komuniti.

Penilaian risiko persekitaran kilang bagi tujuan pembukaan semula kilang tersebut dilaksanakan.

“Dalam tempoh tersebut, beberapa siri pertemuan di antara wakil jabatan kesihatan dan pihak kilang telah diadakan bagi membantu pihak kilang mewujudkan rangkaian kesinambungan perniagaan mereka semasa wabak,” ujarnya.

Menurut Vidyananthan, sebagai langkah pencegahan segera, JKNJ memanjangkan tempoh kuarantin kepada 21 hari bagi kontak rapat.

Mengulas lanjut, kata beliau, kes pertama dilaporkan dalam kluster ini membabitkan seorang pekerja kilang yang mula bergejala (demam) pada 24 Jun lalu, namun sehingga 28 Jun pekerja berkenaan masih lagi berkerja di kilang terbabit.

Pekerja tersebut disahkan positif Covid-19 menerusi ujian calitan RT-PCR di klinik kesihata pada 2 Julai lalu, katanya.

Berikutan itu, tambah beliau, wakil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tangkak membuat siasatan di kilang terbabit pada hari yang sama dan hasil pengesanan kontak dan saringan mendapati beberapa kes lagi dikenal pasti membabitkan pekerja kilang.

“Berikutan bilangan kes dan kematian yang tinggi, JKNJ membuat susulan ke atas tindakan pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan di kluster itu termasuk arahan penutupan kilang yang dilaksanakan bermula dari 3 Julai lalu bagi tujuan siasatan dan aktiviti sanitasi.

“Ia bermula dengan penutupan seksyen yang melaporkan kes di peringkat awal diakhiri penutupan sepenuhnya keseluruhan kilang pada 14 Julai sehingga 20 Julai lalu,” katanya.

Vidyananthan berkata, sebanyak 2,501 ujian calitan Covid-19 dijalankan dan sebanyak 462 kes positif dikenalpasti setakat ini dengan kadar positif sebanyak 18.5 peratus dengan 2,039 lagi hasil ujian adalah negatif.

“Kilang ini mempunyai seramai 4,057 orang pekerja yang majoritinya iaitu 3,806 adalah pekerja warga tempatan yang menetap di Tangkak, Muar dan Jasin, Melaka manakala 251 orang lagi adalah pekerja asing,” katanya.

Beliau memberitahu, sehingga 28 Julai lalu, seramai 1,495 pekerja kilang diarahkan menjalani kuarantin di rumah (HSO) kerana disyaki sebagai kontak rapat.

Katanya, tempoh kuarantin juga ditingkatkan ke 21 hari memandangkan bilangan kematian yang tinggi menyebabkan kemungkinan berlakunya penularan kes varian membimbangkan (VOC) di kilang terbabit. – MalaysiaGazette









Rabu, 28 Julai 2021

Caprice bidas tuduhan Ebit Lew

 Ekoran terlalu banyak ugutan diterima, penyanyi Caprice berkata, dia tidak mampu lagi berdiam diri serta perlu membongkar situasi yang didakwanya lebih tepat.

Dalam sebuah perkongsian dimuat naik melalui Instagram miliknya hari ini, Caprice menjawab tuduhan Ebit Lew berhubung reaksi dia menepis tangan pendakwah bebas itu yang disifatkannya sebagai fitnah.

“Caprice tidak boleh berdiam lagi dah. Terlalu banyak ugutan diterima. Justeru, terpulanglah, kita akan jelaskan satu demi satu setiap tuduhan.

“Tuduhan adalah satu jenayah dalam Islam, ia lebih teruk daripada membunuh. Insya-Allah, akhirnya, anda akan dapat melihat dan faham mengapa saya terluka," katanya.

Melalui postingnya yang dilabel sebagai "Fitnah 1" itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuat naik rakaman video bagi menjelaskan situasi tersebut.

Selain itu, Caprice, 32, berkongsi tangkap layar mesej perbualan melalui aplikasi WhatsApp bertarikh 1 Julai lalu berkaitan kebenaran untuk berkongsi video pertemuan mereka itu.

Terdahulu, Ebit meluahkan kekesalan terhadap kontroversi berhubung misi kemanusiannya yang dicetus Caprice melalui siaran langsung di Facebook baru-baru ini.

Untuk rekod, Caprice dituduh sengaja mengada-adakan cerita selepas Ebit membuat penjelasan terbuka berhubung pertemuannya dengan seorang menteri di sana.

Susulan itu, nama Caprice mengundang perhatian ramai termasuk kecaman kerana didakwa berbohong.

Pada masa sama, Caprice juga menyentuh penafian Ebit terhadap isu melutut dan mencium kaki seorang menteri di Palestin.

“Tentang isu melutut, apa dia janji kepada Caprice di hotel, dan apa berlaku di Gaza yang buat Caprice sakit hati semua akan dijawab.

“Saya minta maaf, tapi dah tak boleh terima caci maki lagi sementara orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice,” katanya.

Pada ruangan Insta Story pula Caprice turut berkongsi mesej yang dihantar kepada Ebit memohon pendakwah itu menjelaskan perkara sebenar namun tidak mendapat sebarang respons.

“Salam ustaz, minta tolong jelaskan sendiri isu melutut tu. Satu Malaysia dah caci maki Caprice sedangkan ustaz sendiri bagitahu dalam hotel yang terpaksa buat muka sedih dah melutut.

“Tak perlu terperinci, cuma bab tu saja. Caprice dah tak mahu bergaduh. Dah tak nak masuk campur dan laga-lagakan isu ni. Cuma nak habiskan misi Caprice,” kata mesej itu.


Warga emas lakukan hubungan luar tabii dengan kambing

 Seorang warga emas yang ditahan kerana melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati akan dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Baru untuk direman esok.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Buaya, Serendah pada 1.30 petang semalam itu disedari pemilik kambing berkenaan yang terdengar bunyi pelik kambingnya di kandang belakang rumah.

Dia kemudiannya keluar untuk memeriksa keadaan haiwan peliharaannya  dan mendapati seorang lelaki yang dikenalinya bangun daripada sebelah kambingnya dalam keadaan separuh bogel sebelum melarikan diri.


Ketua Polis Hulu Selangor Supritenden Arsad Kamaruddin, pihaknya bertindak selepas menerima aduan tersebut dan berjaya menahan suspek pagi tadi di kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya Serendah, kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

berusia 60 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Lelaki itu akan direman di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan.(Persetubuhan luar tabii terhadap haiwan dan kecuaian berkenaan dengan haiwan)



Wanita dakwa bapa tak diberi oksigen, selimut, katil sebelum meninggal

 Seorang wanita mendakwa ayahnya yang meninggal dunia akibat Covid-19 diabaikan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Bowie Kong mendakwa Kong Wan Hong, 56, tidak diberikan katil dan selimut walaupun diminta berulang kali.

Bantuan oksigen pula, dakwanya, hanya diberikan pada hari ketiga, tidak lama sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Berhubung makanan pula, Bowie mendakwa ayahnya tidak diberikan makanan baru jika tertidur atau terlepas waktu makan.

“Ayah saya tidak dihormati ketika berada di sana. 

"Walaupun dia tidak mempunyai peluang tinggi untuk hidup, saya harap dia lebih dihormati,” kata Bowie, 26.

Malaysiakini telah menghubungi pengurusan tertinggi Hospital Serdang dan sedang menunggu penjelasan mereka.


Hospital hibrid itu sebelum ini mencetuskan perhatian selepas beredar gambar pesakit dalam khemah dan atas lantai.

Dalam tempoh dua minggu terakhir, Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan 106,610 kes positif Covid-19.

Wan Hong yang bekerja di pasar diuji positif Covid-19 pada 15 Julai. Dia dimasukkan ke Hospital Serdang pada 20 Julai.

Sijil kematiannya, yang dilihat , menyebut dia meninggal dunia pada 22 Julai dan dikelaskan sebagai kes Covid-19 kategori empat.

Mengimbau kembali, Bowie berkata ayahnya yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan sedikit lebih berat badan, ada mengadu berkaitan keadaan hospital.

“Pada hari kedua (21 Julai) dia telefon rumah pada jam 3 pagi, kata hendak balik rumah kerana hospital terlalu sejuk,” katanya.


Bowie mendakwa ayahnya hanya diletakkan di kerusi roda di Jabatan Kecemasan dan tiada katil.

“Orang lain yang dimasukkan ke wad lepas dia dan keadaan lebih baik diberikan katil tapi dia diminta duduk atas kerusi roda,” dakwanya.

Sumber: Malaysiakini



Selasa, 27 Julai 2021

Kecoh! Pihak Atasan AirAsia ‘Tutup Mata’ Lihat Pekerja Dibuli Dalam Talian


 Tular video panggilan berkumpulan pekerja AirAsia bersama beberapa orang pihak atasan syarikat penerbang ternama ini di media sosial.

Bila mana ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat cara dan sikap pemimpin AirAsia, yang membuli pekerja wanita dengan mengeluarkan kata-kata biadap dan tidak menghormati pekerja.

Guna Ayat Tidak Senonoh Dan Biadap

Dalam video panggilan yang dibuat menggunakan aplikasi Gojek Thailand, orang ramai melihat dalam video tersebut pekerja wanita yang sedang bercakap dihadapan pemimpin AirAsia yang lain di potong percakapannya oleh CEO AirAsia Thailand Tassapon Bijleveld.

“What your fuc***g question come on.

Shut up.” Ucap CEO AirAsia Thailand Tassapon Bijleveld

Sikap Pemimpin AirAsia Sangat Mengecewakan

Di dalam video tersebut jelas kedengaran ayat biadap dan tidak menghormati pekerja wanita tersebut, manakala reaksi ketua atasan AirAsia yang lain hanya berdiam diri sambil tersenyum sumbing tatkala melihat pekerja wanita tersebut dibuli.

Foto – Twitter

Seorang pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas melihat nasib pekerja wanita tersebut diperlakukan sedemikian rupa.

“Sikap sebegitu rupa biasanya akan terus ditegur dalam hampir semua syarikat multinasional/global.

Sikap yang sangat mengecewakan. Pemimpin bukan sekadar memimpin tetapi perkara pertama yang harus dilakukan adalah melindungi pekerja dari segi fizikal dan juga emosi” ciap pengguna Twitter Pertama

Netizen Berang Pemimpin AirAsia Bersikap ‘Tutup Mata’

Isu yang tular di media sosial ini mendapat perhatian orang ramai, apatah lagi rata-rata pengguna sosial media meluahkan rasa marah mereka terhadap pihak atasan AirAsia.

CEO AirAsia Tony Fernandes dan Presiden Digital AirAsia Aireen Omar kelihatan memilih sikap ‘tutup mata’, terhadap sikap biadap CEO AirAsia Thailand Tassapon Bijleveld terhadap pekerja mereka.

Foto – Twitter

“Sebagai wanita anda sepatutnya berdiri untuk pekerja wanita anda dan bersuara menentang sikap misogynist. Melihat ini membuatkan saya rasa sakit. BERANI anda membiarkan pekerja wanita diperlakukan sebegini rupa dan bukan saja anda berdiam diri tetapi juga ketawa bersama?” ciap pengguna Twitter kedua

Sikap sebegini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi pemimpin atasanlah yang harus menunjukan teladan yang baik kepada pekerja dan bukan sebaliknya.

Doakan Ezad Lazim. Tengah Down Teruk Kerana Sakit, Banyak Diamkan Diri (Video)


 

Isnin, 26 Julai 2021

7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Kita Tak Tahu

 Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti kita akan mengenali seorang ustaz yang lemah lembut tutur katanya dan terkenal dengan ayatnya “Allah Sayang Kita”.



Ustaz Ebit Liew atau nama sebenar beliau Ebit Irawan bin Ibrahim Lew juga dikenali umum sebagai seorang ustaz berbangsa Cina yang dermawan.

Apakah perniagaan yang diusahakan beliau sehingga mampu membantu orang lain dengan mudah?

Baru-baru ini, telah kecoh isu tentang harta kekayaan Ustaz Ebit Lew ini di media sosial. Ramai yang mempertikaikan dari mana datangnya wang beliau yang banyak.

Di sini, kami kongsikan perniagaan Ustaz Ebit Lew yang mungkin ramai tak tahu.

1. Motivator dan Seminar



Ustaz Ebit juga pernah bekerja dengan Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Hanim sebagai motivator dan juga trainer.

“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat team building selama 4 tahun.”. Pendedahan ini boleh dibaca di Facebook Ebit Liew.

Setelah mempunyai ilmu yang mantap, barulah beliau memulakan program motivasinya yang sendiri di bawah syarikat Transform Education & Training Sdn Bhd dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.

Boleh layari www.transformjiwa.com untuk maklumat program terkini mereka.

2. Kafe Paramount Coffee House

Tahukah anda, rangkaian kafe Paramount Coffee House juga adalah perniagaan keluarga Ustaz Ebit Liew. Mengikut semakan kami, perniagaan ini sudah bermula sejak tahun 2015 lagi di atas nama Azmy bin Ibrahim Lew.

Kini, restorannya telah mempunyai 3 cawangan. Makanan pun boleh dikatakan agak sedap dan harganya pun berpatutan.

3. Butik Pakaian Busana Muslim

Pernah dengar nama Kurta Sapoor atau Jubah Uwais? Ianya juga merupakan produk daripada perniagaan butik milik Ustaz Ebit Lew yang diberi nama Elew’s Design.

Butik ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

4. Rancangan Talk Show

Rancangan ‘talk show’ Ustaz Ebit Lew juga telah bertapak selama dua tahun di Astro Oasis (Door to Door Ebit Lew) dan TV Al Hijrah (A bit With Ebit). Ini pastinya dapat meningkatkan lagi populariti Ustaz Ebit Liew.

Berapa royalti pihak Astro dan TV Al Hijrah bayar kepada beliau itu wallahualam.

5. Penulis Buku

Selain daripada itu, buku-buku karya penulisan beliau juga masih laris dijual walaupun sudah 8 tahun di pasaran. Kesemuanya ada 9 buah buku yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew. Antaranya adalah  Isteriku Bidadari, Tangisan Umat, Menulusuri Cinta, Perjalanan Hidayah Umat dan 11 Amalan Memiliki Kekayaan.

6. Pendakwah di Media Sosial


Beliau juga meraih sumber pendapatannya melalui 
Youtube. Dikatakan melalui Youtube sahaja, pendapatannya mencecah ribuan ringgit sebulan.

7. Pasaraya ElewSmart

Ustaz Ebit juga telah menggemparkan negara kerana telah membuka pasaraya ElewSmart yang menawarkan harga barangan yang murah dan menyediakan ‘Food Bank’ bagi mereka yang memerlukan.

Kini, ElewSmart dengan tagline “Saudaraku, Murah” telah mempunyai 10 cawangan di sekitar Lembah Klang. (Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg. Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana)

Semoga sifat beliau yang pemurah kerana menggunakan harta dan kekayaannya untuk membantu insan yang memerlukan dapat diteladani.

“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.” – Ustaz Ebit Liew

TERKINI: UCAPAN TUN DR MAHATHIR di Dewan Rakyat 26/07/2021


 

Jumaat, 23 Julai 2021

TMJ label Syed Saddiq ‘drama queen’

 JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melabel Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘drama queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Tunku Ismail memuat naik komen itu di akaun Instagramnya merujuk laporan portal media berkaitan Syed Saddiq memohon simpati bagi membayar ikat jamin sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Menurut komen Tunku Ismail itu, baginda bersimpati dengan rakyat yang dikatakan sentiasa menjadi mangsa permainan politik.

“Drama queen. Kesian Rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.

“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” titah Tunku Ismail dalam Instagram miliknya malam tadi.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam sesi siaran langsung memohon sumbangan ramai bagi melunaskan ikat jamin serta membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah membabitkan dirinya.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti, ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq berdepan tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bagaimana pun beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Sumber: Utusan

Khamis, 22 Julai 2021

WAJAH TERKINI IDZU VOKALIS KUMPULAN NASYID SAUJANA (VIDEO)


 

LENGKAP VAKSIN. KERAJAAN PERTIMBANG KEBENARAN JUMPA KELUARGA (VIDEO)


 

“Walaupun 50 sen atau RM1, saya perlukan pertolongan anda” - Syed Saddiq mohon simpati, mahu bayar ikat jamin dan kos guaman

 BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Sumbangan berkenaan juga bagi membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu.

"Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti... ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

"Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

"Saya dengan ikhlas merayu pertolongan anda untuk menyumbang. Link untuk derma telah saya kongsikan di ruangan komen. Kongsikan link ini bersama keluarga dan rakan.

"Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda," katanya dalam siaran secara langsung (live) di media sosial pada malam Khamis, sewaktu menjawab tuduhan mahkamah yang dihadapinya.

Menurut Syed Saddiq, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.

"Selama ini saya memohon bantuan ramai untuk mereka yang terkesan di Muar, pelajar dari keluarga B40, mangsa banjir... namun kali ini agak jrang berlaku di mana saya memohon bantuan anda untuk bantu saya berhubung wang ikat jamin dan yuran guaman," ujarnya lagi.

Terdahulu Syed Saddiq dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.

Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.


Isnin, 19 Julai 2021

Suntik picagari kosong: Satu kes sudah diambil tindakan, kes lain disiasat - CITF

 Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 sedang menyiasat beberapa aduan mengenai dakwaan petugas menggunakan picagari kosong ketika program vaksinasi Covid-19.

CITF berkata, kes pertama berlaku pada 17 Julai melalui vaksinasi di kem tentera Lapangan Terbang Sungai Petani yang disasarkan untuk anggota tentera dan anggota keluarga mereka.

"Vaksinasi di PPV (pusat pemberian vaksin) tersebut dilaksanakan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem tersebut.

"Satu siasatan telah dijalankan oleh pihak ATM mengenai kejadian tersebut di mana individu-individu yang terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan.

Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut," kata CITF dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah klip video mengenai kejadian tersebut tular di media sosial yang menunjukkan lengan seorang wanita disuntik tetapi kandungan picagari tidak dimasukkan ke lengan.

CITF juga mengakui dua insiden lain di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC).

Kejadian di Mitec berlaku pada 17 Julai dan pengadu telah membuat laporan polis.

Pengadu, Tan Wing Sam yang seharusnya menerima dos pertama vaksin Pfizer Covid-19, berkongsi di Facebook bahawa dia disuntik dengan picagari kosong.


Tan mengatakan bahawa dia telah meminta untuk merakam video pada awal proses tetapi tidak dibenarkan melakukannya.

"Dia kata tak boleh, dan saya akur," katanya. Namun, apa yang berlaku kemudiannya membimbangkannya.

"Yang dia lakukan hanyalah masukkan jarum dan keluarkan tanpa menyuntik kandungan dalam picagari ke dalam badan saya.

"Saya bertanya apakah dia benar-benar melakukannya dengan betul dan dia menjawab 'Sudah tentu ada lah, kalau awak nak saya bagi satu lagi'. Senangnya dia tawar suntikan lain lepas suntikan saya yang pertama.

"Kemudian dia terus mendapatkan jarum suntikan baru dan mula dari awal lagi. Kali ini dengan semua langkah yang (saya anggap) tepat untuk mengeluarkan vaksin dari botol, masukkan jarum ke lengan, dan memasukkan vaksin ke lengan saya," katanya.

Tan berkata, dia kemudian mengemukakan aduan dengan penyelia.

"Penyelia membawa saya kembali ke gerai dan bertanya kepada jururawat itu lagi, dan jururawat mengakui apa yang dia lakukan dan mereka meminta maaf," katanya.

Tan juga merakam audio perbualan dengan penyelia yang juga meminta maaf.

Saya mengemukakan masalah ini kepada semua orang kerana boleh menjadi sangat berbahaya jika anda tidak mendapat vaksin dengan betul dan anda sangat gembira memikirkan anda sudah mendapat vaksin.

"Saya tertanya-tanya berapa ramai di luar sana yang berpendapat bahawa mereka mendapat vaksin tetapi sebenarnya tidak," katanya.

Sementara itu, kejadian di BACC juga berlaku pada 17 Julai dan penyedia perkhidmatan itu membuat laporan polis pada keesokan harinya. Ariff juga membuat laporan polis petanf tadi.

Pengadu, yang hanya mahu dikenali sebagai Ariff, mengatakan bahawa dia ditunjukkan sebotol kosong vaksin Covid-19 Sinovac.

"Dia menjelaskan tentang apa itu Sinovac tetapi botolnya kosong. Tidak ada cecair di dalamnya.

"Lepas saya tenung seketika, pemberi vaksin segera berkata 'maaf maaf' dan memasukkan botol ke dalam mangkuk logam," katanya kepada Malaysiakini.

Ariff memerhatikan ketika pemberi vaksin mencari botol vaksin baru dari kotak ais.

"Dia menunjukkan vaksin sekali lagi dan kali ini, saya melihat ada cecair di dalamnya. Dia mengeluarkan vaksin ke dalam jarum suntikan dan menunjukkan jarum suntikan itu kepada saya.

"Kemudian saya mendapat suntikan," katanya.

Ariff menyatakan bahawa dia tidak dibenarkan merakam proses tersebut. Dia menambah bahawa tidak ada penjelasan mengapa botol pertama yang ditunjukkannya kosong.

CITF mengatakan polis sedang menyiasat kedua-dua kejadian tersebut dan orang ramai akan dimaklumkan mengenai sebarang kemas kini.

"Sekiranya didapati bersalah, pihak CITF tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan petugas yang terlibat dan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan

undang-undang berkenaan perkara ini," kata CITF lagi.

CITF menegaskan bahawa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), semua petugas yang memberi vaksin Covid-19 mesti menunjukkan jarum suntikan yang diisi kepada penerima sebelum mereka disuntik.

"Orang ramai juga disarankan untuk melihat picagari tersebut sebelum dan selepas proses vaksinasi bagi menambah keyakinan bahawa dos dan suntikan vaksin telah diberikan seperti yang sepatutnya," katanya.





Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...