Popcash

Memaparkan catatan dengan label Safie Apdal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Safie Apdal. Papar semua catatan

Selasa, 24 Ogos 2021

Ketua Pembangkang : Shafie Apdal paling layak ganti Anwar

 KETIKA pencalonan bagi jawatan Perdana Menteri dijalankan baru-baru ini, ia bukan sahaja melibatkan ‘pertarungan’ antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga turut ‘dibuka laluan’ kepada Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ketika itu, tersebar berita bahawa kedua-dua mereka mempunyai 105 kerusi. Ia bermaksud semua blok pembangkang bersatu jika mana-mana calon mendapat angka majoriti mudah 111 kerusi.

Bagaimanapun Anwar gagal mendapat sokongan diperlukan begitu juga Mohd. Shafie yang tidak berjaya memperolehi undi daripada ahli-ahli Parlimen di Sarawak. Tetapi itu tidak bermaksud kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang terus selesa.

Sebaliknya, sekarang sudah ada bunyi-bunyi dalam blok pembangkang bahawa sudah tiba masanya individu lain diberikan peluang menduduki jawatan tersebut khususnya bagi membolehkan pembangkang turun ke gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai satu pasukan dengan ketua baharu.

Calon paling layak untuk dipertimbangkan ialah Mohd.Shafie. Walaupun hanya menguasai lapan kerusi Parlimen melalui parti Warisan yang diterajui oleh beliau, tetapi Mohd. Shafie dianggap tidak mempunyai musuh dalam pembangkang.

Beliau dikatakan diterima oleh majoriti blok pembangkang termasuk DAP. Dalam DAP pun sudah ada ‘suara-suara’ yang dikatakan sudah tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Anwar terutamanya apabila Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama bipartisan yang ditawarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Walaupun ada pemimpin-pemimpin DAP yang menyokong saranan itu tetapi kepemimpinan PH dikatakan menolak. Mungkin ada di antara mereka melihat inilah peluang terbaik untuk Anwar menjadi Perdana Menteri dan pakatan tersebut kembali berkuasa.

Tetapi harapan itu berkecai apabila Ismail Sabri mendapat sokongan 114 daripada 115 ahli Parlimen. Lanjutan itu maka wujudlah suara-suara bukan sahaja dalam kalangan ahli politik pembangkang tetapi penyokong-penyokong mereka yang mahu Anwar digantikan sebagai Ketua Pembangkang.

Malah mereka juga sudah bosan dengan mainan angka ‘kukuh dan meyakinkan’ yang sudah beberapa kali Anwar lakukan sejak 2008 lagi.

Mohd.Shafie dilihat berkemampuan untuk menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang kerana ramai yang berpendapat, selain boleh mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Sabah, beliau juga sudah pasti akan mendapat sokongan daripada Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menguasai empat kerusi Parlimen.

Jika Mohd.Shafie menjadi Ketua Pembangkang, tidak mustahil ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak akan menyokong beliau. Keadaan itu akan membolehkan impian untuk melihat seorang ahli Parlimen daripada Borneo menjadi Perdana Menteri akan tercapai.



Mungkin ada yang melihat perkara ini janggal dan mustahil, tetapi dalam politik segalanya berkemungkinan. Blok pembangkang dilihat sudah tidak boleh lagi bergantung kepada Anwar yang pada masa ini gagal menguasai keseluruhan 105 ahli Parlimen di blok tersebut.

Siapa tahu dengan pemilihan Mohd.Shafie menggantikan Anwar, blok pembangkang akan dilihat lebih berwibawa. Lagipun sudah lama sangat, pembangkang bergantung kepada Anwar.

Ramai yang percaya dengan pengalaman yang ada kepada Mohd.Shafie di dalam UMNO dan menteri suatu ketika dahulu, beliau mampu memimpin parti-parti pembangkang mencapai kejayaan dalam PRU-15. Belum cuba, belum tahu.Facebook

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...