Popcash

Memaparkan catatan dengan label Siti Nurhaliza umum hamil empat bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siti Nurhaliza umum hamil empat bulan. Papar semua catatan

Rabu, 2 Disember 2020

Siti Nurhaliza umum hamil empat bulan

Siti Nurhaliza atau mesra dikenali Tok Ti telah membuat pengumuman di Instagramnya bahawa beliau kini hamil anak kedua dengan usia kandungan memasuki empat bulan.

ctdk "Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!"


Siti Nurhaliza mengakui tiada niat untuk merahsiakan kandungannya. Hanya memikirkan waktu yang sesuai untuk memberitahu khabar gembira ini.

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...