Sabtu, 27 Jun 2020

Cara Menyusun Content Dan Profile

Sebelum mula tulis #content, pastikan #profile kalian itu sudah tersusun dengan elok. Nak beri orang percaya, nak orang dekati, nak orang follow, ia mesti ada elemen orang suka. 

1. Nama. - mesti nama orang. Tak kisah nak guna nama samaran, nama komersil atau nama timangan. Janji nama orang. Contoh nama sebenar Fatimah Awang, dia guna nama Tim Awang. Ha boleh sahaja. 

Tak boleh nama yang bergabung dengan syarikat atau produk. Memang tak ada siapa nak berkawan dengan kita apatah lagi nak follow. Contoh salah ialah Fatimah Coway. Aduhlah janganlah. 

2. Gambar Profile. - Mesti guna gambar sendiri dan seorang diri. Tak perlu gambar dengan suami / isteri. Letak sahaja tanpa prejudis. Biar jelas dan terang ia adalah gambar kita. Juga tan perlu pakai kot, pakai smart-smart, ini media sosial, tenang-tenang aja kawan-kawan.

3. Gambar Cover. - Ramai yang berusaha letak business card, gambar produk, gambar syarikat, gambar dapat award dan hadiah. Itu semua akan menyebabkan ramai orang berundur dan merasakan kalian ini akan menjual menjual menjual. 

Letak sahaja gambar kehidupan biasa seperti gambar pergi makan-makan, dengan keluarga, dengan kawan, gambar pergi travel semua. Itu semua gambar yang beri kepercayaan tinggi.

4. Text Bio. - Yang bahagian kecil untuk kita tulis tentang diri kita. Elakkan tulis “Ejen Produk A, CEO Syarikat B.” aiyo, itu semua pengenalan yang patut ditulis di bahagian About - Working. 

Di sini letak minat, suka, hobi dan sebagainya, baru tulis apa yang kalian buat. Kalau follower dah 25,000 orang ke atas, dah boleh tulis kerjaya. Selagi itu, jangan dulu. Kasi orang percaya dulu gais.

5. About - Working. Ini antara titik kepercayaan tinggi audien kepada kalian. Tulis sahaja di mana kalian pernah bekerja dulu dan sekarang. Orang akan nampak kalian itu sebelumnya apa, sekarangnya apa. Jika dulu Eksekutif di Ingress, maka tulis sahaja. Jika sekarang dah jadi CEO Syarikat, tulis juga. 

6. Features Photo- Yang ini boleh letak sampai 9 gambar sekarang. Boleh sahaja campur-campur. Yang penting ia adalah gambaran kepada kehidupan kalian.

7. Web / Link - Ha letak sahaja link website atau Instagram kalian di bahagian bawah itu. Semua akan menjadi baik-baik sahaja.

8. Dan tolonglah Publickan profile tersebut jika memang nak kumpul follower. Kalau tak nak, tak apa. No hal. 

*

Habis itu bagaimana nak menjual?

Menjual di posting. Bukan di profile. Ia adalah “rumah kalian”. Kena ingat. Setting rumah mesti kemas, mesti elok dan mesti friendly. Biar orang suka datang tengok dan beri kepercayaan tinggi. 

Jika setting kalian seperti “kedai”, orang akan takut-takut nak klik add, takut juga nak follow. Serba salah kerana bimbang sangat kita akan sering menjual. 

Susun posting selepas siapkan profile. Barulah mula bermain dengan content.

Mana untuk kehidupan, mana untuk jana kewangan. Bila dah elok, ada posting yang viral, orang akan klik profile, eh dia suka, terus dia tekan butang follow.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Menulis, Memasak, Mengembara. Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...