Popcash

Memaparkan catatan dengan label Vaksin Sinovac. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vaksin Sinovac. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Julai 2021

KJ: Swasta hanya akan jual vaksin Sinovac mulai Ogos

 

KJ: Swasta hanya akan jual vaksin Sinovac mulai Ogos

Alyaa Alhadjri

Vaksin Sinovac buatan China hanya akan dibekalkan melalui sektor swasta mulai Ogos setelah kerajaan telah menerima pesanan terakhirnya, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin.


Khairy berkata kerajaan tidak ada masalah untuk "mengganti" Sinovac dengan vaksin lain, di tengah-tengah kebimbangan mengenai keberkesanannya terhadap varian baru Covid-19 yang lebih mudah berjangkit.

"Berkenaan berita bekalan Sinovac konon akan digantikan dengan Pfizer, saya ingin sekali lagi jelaskan tiada isu yang berbangkit dalam hal ini kerana bekalan yang digantikan adalah kerana kita memang sudah habis bekalan berkenaan.

"Tempahan kita telah selesai dihantar oleh pihak Pharmaniaga. Tempahan 12 juta dos akan habis dibekalkan pada hujung bulan ini," jelasnya.

Katanya, kerajaan juga menempah tambahan tiga juta dos yang akan dibekalkan sebelum hujung bulan ini, selepas itu program imunisasi akan beralih kepada pemberian vaksin Pfizer.

"Cuma kita akan simpan stock Sinovac sebagai buffer bagi mereka yang ada alahan dan tak boleh terima Pfizer.


"Bulan Ogos dan seterusnya Sinovac akan dibekalkan melalui pasaran swasta," kata Khairy dalam sidang media atas talian bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, hari ini.

Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), anak syarikat Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), awal hari ini berkata pihaknya akan menyelesaikan pembekalan 12.4 juta dos vaksin Sinovac Covid-19 kepada kerajaan menjelang minggu depan dan bukannya bulan November sebagaimana yang dipersetujui di bawah perjanjian asal.

Pengarah Urusan Pharmaniaga, Zulkarnain Md Eusope berkata, syarikat itu juga bersedia membekalkan vaksin tersebut kepada kerajaan negeri dan sektor swasta setelah menyelesaikan bekalan kepada kerajaan persekutuan.

Katanya, setakat ini PLS telah menerima pesanan untuk lima juta dos daripada kerajaan negeri dan sektor swasta.

Selain Sinovac, Lembaga Pengawalan Dadah Malaysia telah menyetujui penggunaan vaksin Sinopharm dan vaksin Janssen keluaran syarikat Amerika Syarikat, Johnson & Johnson, keduanya dijangka tersedia di pasaran swasta.

Sumber: Malaysiakini

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...