Popcash

Khamis, 28 Mei 2020

Cooywriting perlu ada gambar atau video?

Copywriting perlu ada gambar saja atau perlu ada video?

Mana satu lagi berkesan?

Copywriting atau video?

Sebenarnya, dua-dua jawapan ini betul.

Dalam video, ada copywriting.

Dalam copywriting, boleh gunakan video.

.

Video bergerak sebagai media.

Setiap media, perlukan copywriting.

Benda paling penting adalah:

.

1 - Faham fungsi iklan paling utama iaitu ‘tarik perhatian’.

2 - Ada 2 elemen utama yang boleh kita eksperimen untuk capai matlamat ‘tarik perhatian’.

.

3 - Elemen pertama: Tajuk. 

Tajuk yang bagus dan ada nilai emosi adalah tajuk yang paling berpengaruh untuk buat orang baca iklan kita.

4 - Elemen kedua: Visual. 

Gambar atau video yang kita gunakan dalam iklan.

.

5 - Setiap minggu, kita kekalkan content iklan kita.

6 - Untuk content yang sama, kita cuma perlu tukar tajuk dan visual iklan saja.

.

7 - Walaupun content iklan sama, namun impaknya jauh berbeza apabila kita eksperimen dua elemen di atas.

8 - Tajuk iklan yang bagus, boleh menghidupkan kembali iklan yang sendu.

Siapa belajar sesuatu di sini?

Share & tag rakan-rakan yang boleh dapat manfaat daripada post ini.

#adsmarathondigital

Isnin, 25 Mei 2020

Tips mudah pengurusan konten

Tips mudah pengurusan konten.

Konten mesti hidup. Jenis konten mesti menarik perhatian.

Panduan jenis konten ini akan memudahkan kita untuk menyusun jadual pengeluaran konten yang berkualiti.

Konten yang boleh menarik trafik adalah tajuk yang mampu menghentikan mata pembaca. Ada 6 asas jenis konten yang boleh dibuat untuk menghidupkan konten:

#1. Konten yang menerangkan "list" seperti tips dan panduan . Semua konten bentuk "list" boleh dimulakan dengan nombor.

Contohnya: 5 tips memilih kem cuti sekolah yang terbaik untuk anak-anak.

#2. Konten "how-to" adalah pilihan mudah mendapatkan idea tajuk konten . Konten ini akan banyak menerangkan bagaimana  keperluan/kehendak pelanggan dapat diselesaikan. 

Contohnya: Bagaimana membuat kari kepala ikan dirumah?.

#3. Konten berbentuk "Q&A". Konten ini akan menceritakan masalah yang terjadi dan menjawab masalah tersebut.

Contohnya:konten berbentuk frequently asked questions (FAQs).

#4. Konten tentang "success story". Konten ini menceritakan apakah pengalaman yang dilalui oleh pelanggan sehingga berjaya menyelesaikan masalah dengan produk kita.

Contohnya: Pengalaman luarbiasa saya pergi ke Taman Negara Malaysia.

#5. Konten bersifat "new". Ia seperti konten yang selari dengan praktis baru, pengumuman dan rahsia yang sangat berguna kepada pelanggan.

Contohnya: Rahsia rumah sejuk tanpa menggunakan penghawa dingin.

#6. Konten tentang "industri news". Sebarang pengumuman polisi dan peraturan baru yang berkait rapat dengan bisnes kita akan menghasilkan trafik yang berkualiti.

Contohnya: Kesalahan mendaki yang ramai orang tidak tahu berdasarkan peraturan kerajaan.

Sabtu, 23 Mei 2020

Menulis dengan mesra mengunakan kaedah perbualan

Menulis Dengan Mesra, Kaedah Perbualan.

Sebenarnya pembaca yang akan menjadi prospek pelanggan bukan menginginkan tulisan berbentuk bombastik untuk tertarik dengan sesuatu produk.

Mereka lebih suka membaca tulisan atau 'copywriting' yang santai, mudah  dan jelas supaya senang untuk difahami.

Jadi cara paling mudah untuk menulis supaya orang suka membaca adalah dengan menulis menggunakan kaedah bagaimana kita bercakap atau berbual.

Cuba letakkan diri kita sebagai pembeli dan fikirkan bagaimana kaedah penyampaian yang kita inginkan, sama ada dengan bahasa yang rasmi atau bahasa perbualan harian.

Bila kita menulis dengan cara  mudah difahami, secara tidak langsung kita akan jadi rakan atau kawan kepada pembaca kita seolah-olah sedang bercerita dengan mereka.

Antara ayat yang biasa digunakan sebagai ayat perbualan ialah :

1. Gunakan kata ganti nama (saya, kamu, mereka, kita)
2. Gunakan bahasa harian (OK, pasti, mesti...)
3. Gunakan ayat mudah
4. Gunakan ayat semulajadi dan elakkan terlalu bertatabahasa tinggi.

Ingatlah, sekiranya anda memilih untuk menulis secara rasmi maka anda sebenarnya memilih untuk menjadi seorang yang membosankan.

Maka pilihan di tangan anda.

Rabu, 20 Mei 2020

Kuasa Ayat Positif. Sesuatu Kejaiban Berlaku!

#MagikTenang

Kita ada review. 😁🤩
Actually kn.. 

○ Susah - Senang.
○ Kaya - Miskin. 
○ Happy - Stress 

Semua ni adalah #HABIT.
Habit tu makna dia. 

○ You are the Tenang.
○ You are the Stress.

Kalau minat hidup tenang look inside. 
Cari kt bukit, coklat, KFC xkn dpt tenang. 

Everything back to habit, cerita kaya, tenang, jodoh, magik, semua ni also back to habit.

Malam tadi ada peminat PM kata stress. 
Half depress, life rasa sangat tak best. 

Lepas tu tanya, perlu ke pindah rumah? 
I reply kalau happy go on. 😁😂

Lepas tu cerita.. cerita... cerita..
I suggest tulis 70 senarai syukur. 

Next dia tunjuk post dekat facebook.
"Saya ada masalah, saya penat, letih, etc"... 

I reply, kena stop tulis ayat² macam tu. 
Word² negatif & post -ve kena stop. 

Gunakan word yang positif sahaja. 
Kena tukar habit, guna word² positif. 

Tenang link dengan word positif. 
Stress link dengan word negatif. 

Walau tak nampak kaitan. 
Sebenarnya dia ada kaitan. 

Setiap word link dengan emosi kita. 
Banyak guna word +ve, akan tenang. 

Banyak guna word -ve, akan stress/depress. 
Word termasuk fikir, cakap, tulis, membaca. 

Minat hidup tenang word² -ve jangan guna. 
Minat hidup tenang guna 100% word² +ve. 

1. Habit minda
2. Habit emosi 
3. Habit sikap & fizikal
4. Habit environment

Kalau just pindah rumah tak cukup  
Ada 3 part lagi perlu pindah ke positif. 

Start apply meditasi, katanya 
sebelum ni tak pernah buat lagi. 😁 

I reply, "Bila buat benda baru, 
baru hasil baru akan muncul"... 

Ada kisah orang hadapi depress. 
Dia tampal banyak poster positif. 

○ Liza hebat. 
○ Liza kuat. 
○ Liza  boleh. 
○ Liza tenang. 
○ I am the best.
○ I am powerful.
○ Etc.. 

Selepas beberapa bulan jumpa 
doc dia kata, saya sudah sembuh.

Setiap 1 word ada power untuk trigger. 
Boleh guna untuk healing & develop emosi. 

Next cerita tenang.. 

○ Kena rajin buat Morning Page. 
○ Kena rajin membaca buku. 
○ Saka kasi keluar dulu. 
○ Jurnal 100 hari - Tenang.
○ etc...

Point dari apa i tulis dalam ebook ni. 

○ Stress = Habit. 
○ Tenang = Habit. 

Bila terlalu kerap stress, stress tu jadi habit.
So... you kena mula bina habit tenang. 

Something yang small & simple.

○ Boleh apply everyday mcm berus gigi. 
○ Beberapa minit sahaja boleh konsisten. 

Banyak habit simple untuk dapat tenang.
Membaca, senaman, meditasi, dev. value. 

Ini apa yang i apply & cerita dekat fb. 
You kena cari habit simple untuk apply. 

Buat list.. lepas tu apply everyday. 
Macam berus gigi kena everyday. 

You akan dapat tenang setiap hari. 
Bila apply habit cemerlang everyday.

Kunci tenang dekat konsisten. 
Konsisten apply habit cemerlang. 

Dia akan trigger tenang everyday.
Habit tu kena melekat everyday dgn kita. 

Mcm tu... 😁

Isnin, 18 Mei 2020

Cabaran Membangunkan Content

Masalah bermain dengan #content ialah kita hanya tulis ikut topik yang kita pilih. Maka kita pun susun serta bangunkannya dengan sebaiknya.

Namun tiba-tiba ada haters. 
Tiba-tiba ada yang tak puas hati.
Tiba-tiba ada yang perli bagai.

Tenang gais, memang begitu. Tak ada apa yang berlaku dalam dunia ini mudah macam beli ikan di pasar. Keluar rumah, start enjin kereta, sampai pasar parking, keluar kereta, pilih ikan, bayar, balik rumah. Alahai mudahnya. 

Dalam dunia menulis atau membangunkan content, boleh jadi ada cabarannya. Ada kawan yang perli. Ada ahli keluarga yang bertanya dan persoal, ada yang begitu ada yang begini.

Tenang sahaja. Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Biasanya mereka yang ada buat salah dengan kita, boleh jadi duk jaja buruk kita di mana-mana, jadi mereka sentiasa baca posting kita dengan nada menuju ke dia.

Mulanya dia memburuk, tak berjaya, dia akan sebar fitnah. Itu normal. 

Padahal tak ada sebaris ayat pun yang ditulis menuju ke sesiapa. 

Pembangun content, menulis dengan fakta, kejadian betul yang memberi impak positif. Jika beri kesan negatif, jangan tulis. Ia buat orang bergaduh dan bertengkar di ruangan komen.

Jadi tak ada salah apa. Yang salahnya adalah fikirkan mereka. Jalan terus dan bangunkan lagi tulisan bermanfaat. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tulis beri manfaat.

Jumaat, 15 Mei 2020

Dunia sebenar menulis content

Semua benda yang nak bermula, pasti ada cabarannya. Sama juga dengan dunia menulis #content.

Susun atur dah buat,
Dah pilih topik,
Dah tulis,
Dah konsisten. Namun masih perlahan dan belum dapat perhatian.

Tenang gais. Nikmati momen ini.

Saya sendiri mula pergi ke kelas content di luar negara bermula 2013. Terus tulis sahaja. Dapat 5 share, dah boleh buat kenduri. Haha suka sangat.

Namun yang pertama viral ialah 6hb Jan 2016 (19k share, 60k like). Saya percaya kepada proses. Ia adalah praktik yang buat kemahiran saya semakin tajam dan tenang. 

Hasilnya, semua content yang dibina sebelum itu naik lebih 100 share. Kemudian saya susun lagi dan lagi sampailah januari 2017, saya berjaya kumpulkan 100,000 follower. 

Syukur alhamdulillah.

Tak mengapa bermula kecil. Janji ada, janji bermula. Jangan tunggu. Benda tak akan jadi hanya jika duduk berdiam tak buat apa. Lihat 3 contoh di bawah. Semuanya lebih 10 tahun baru memiliki kejayaan yang sebenar.

Sepanjang waktu itu mereka hanya sebuah syarikat yang tak dipandang, hanya sekadar melalui timeline kita dan kita tak kuasa nak baca.

Hari ini, semua nak jadi seperti mereka. Nak buat pejabat macam mereka, nak kerja dan dapat faedah seperti mereka.

Itulah proses gais. Mereka sudah lalui kesusahan semasa mendaki, apabila dah sampai puncak, mereka menikmati keindahan itu. Tahu susah payah dan faham segala getir.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad

Rabu, 13 Mei 2020

Cara membuat StoryTelling lebih bagus dari menulis Content biasa

Soalan: Mengapa tuan kata #StoryTelling lebih bagus dari menulis #Content biasa?

Jawapan: Kerana kita semua suka dengar cerita. Agama kita datang kepada kita dalam bentuk bercerita, kisah Nabi (selawat) juga dalam bentuk bercerita, kisah ibu bapa, keluarga, kasih sayang, kejayaan, keseronokan, kebahagiaan, kekecewaan, semuanya dalam bentuk cerita. 

Cerita biasanya impaknya lebih baik, lebih bagus, lebih seronok berbanding penulisan rencana dan content biasa yang ditulis dalam bentuk poin atau nombor. Itu normal.

Bagaimana nak tulis cerita di media sosial? Tengok kembali bagaimana kita bertutur, bercakap dan berbuat. Itu adalah teknik paling bagus.

Media sosial medan interaksi, tulis dengan bahasa mudah namun dieja dengan betul. Itu sahaja!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Saya suka story telling!

Isnin, 11 Mei 2020

Buat aset dengan menulis blog

#WhyOutsource

Untuk jadi kaya-raya u kena ada skill outsource. 

.

Imagine life macam ni. 

+ Setiap hari layan hobby (reading, gardening, cooking, fishing).

+ Setiap 4 bulan travel. 

+ Tak perlu buat bisnes, sebab 99% outsource. ^_^

.

U akan dapat life macam ni bila, 

+ Kerja keras 3-5-7 tahun. 

+ Untuk kesenangan 30-50-70 tahun seterusnya. 

.

Tapi kalau ada, 

+ Bisnes A 

+ Bisnes B

+ Bisnes C

+ Bisnes D

Maybe u akan dapat travel lagi 10 or 15 or 25 tahun or never. 

.

Tujuan fokus kepada 1 jenis bisnes untuk > small cash flow. 

Dengan small cash flow > outsource > dapat big cash flow. 

Big cash flow membawa kepada > loan + more outsource. 

.

Apa yang akan berlaku, 

+ U punya aset blog akan ada lebih banyak trafik

+ U punya aset database akan keep growing up to 100,000. 

.

Ini artikel best. 

http://thepowerofideas.ideapod.com/psychologist-reveals-important-factor-academic-professional-success-largely-ignore/?utm_content=buffere630d&utm_medium=social&utm_source=facebook.com&utm_campaign=buffer

A psychologist reveals the most important factor in academic and professional success that we largely all ignore. 

+ Success doesn't have much to do with intelligence or talent. 

+ Our ability to "stick" with something when it's not working out. 

.

Baca ni >>

+ https://empirisesm.wordpress.com/2017/03/19/fokus-terhadap-1-produk-sahaja/

.

Bila kita selalu cadangkan buat 1 jenis bisnes. 

+ Kembangkan aset blog berterusan. 

+ Kembangkan aset database berterusan.

+ Kembangkan aset knowledge berterusan. 

.

Akan sampai satu tahap, 

+ U rasa bisnes tu x boleh pergi. 

+ Vision totally hilang. 

+ Kalau tak kaji sains (banyak membaca), u akan cari bisnes lain.

.

Bila sampai tahap ni,

+ Mungkin makan masa berbulan-bulan. 

+ Mungkin makan masa bertahun-tahun we dont know. 

.

Apa yang u perlu buat ialah, 

+ Berehat seketika, ada mood sambung balik bisnes tu. 

+ Or u kerja sekejap or buat projek lain, ada mood sambung balik.

.

I ingat lagi, tulis panjang-panjang april 2013 - sept 2016. 

Nak dapat 10 likes pun payah. 

.

Banyak kali juga fikir, 

~ "Rasa macam nak bakar jer semua buku-buku tu"... 

.

Focus & Maintain Your Focus

1. Kembangkan aset blog berterusan.

2. Kembangkan aset database berterusan.

3. Kembangkan aset knowledge berterusan.

.

Benda ni nampak senang, tapi dia tak sesenang yang difikir. 

U akan sampai tahap vision hilang, putus asa, nak buat biz lain. 

Dalam sains ini adalah fasa ulat bulu nak bertukar jadi butterfly..

U kena tahan, sebab peralihan vision sedang berlaku. 

Vision yang hilang tu vision yang lama. 

In future akan wujud vision baru yang lebih luas lagi. 

.

Ramai orang gagal dalam dunia bisnes.

2-3 tahun or 3-5 tahun or 10-15 tahun or lebih dari 25 tahun.

+ Lembu gagal buat ayam. 
 
+ Ayam gagal buat kambing. 

+ Kambing gagal jadi broker. 

+ Broker gagal buka car wash. 

.

Lompat-lompat bisnes ni kurang bagus. 

Maybe u akan terperangkap 10-15 tahun or 25 tahun or forever. 

.

Bila u masuk bisnes baru, u akan hadap benda yang sama. 

+ Persaingan. 
+ Buang harga. 
+ Barang da tak boleh pakai, etc.. 

.

Bila lompat, u kena mula dari A balik. 

+ Bisnes baru xda jaminan untuk u success or berjalan lancar. 

+ Bisnes baru xda jaminan, u xkn hadapi persaingan next 3-5 tahun.

.

Ada satu company besar kalau tak silap zawara. 

Dia lompat bisnes, and dia berjaya, why? 

1. Sebab dia ada profile / branding. 

2. Dia ada database. 

.

U buat bisnes yang baru, u akan bawa "programming" yang sama. 

+ Yang bertukar hanya subjek / produk. 

+ Tapi mindset u tak bertukar. 

.

In future u akan sampai balik dekat titik yang u berhenti. 

Masa tu u akan hadap benda yang sama. 

+ Persaingan, harga, barang da lama, bla, bla, bla.. 

.

Kalau u tak membaca or buat aset (programming tak bertukar). 

+ Masa tu u akan lompat or cari bisnes lain. 

+ U kena mula dari A balik. 

+ Beza dia umur sudah meningkat, u sudah xda banyak masa. 

.

Business structure ada. 

+ Production 
+ Marketing 
+ Management 

Siapa yang buat semua ni serentak. 

Siapa yang today buat banyak jenis produk. 

U berpotensi untuk gagal, vision hilang, lompat bisnes. 

Dalam kata yang lain, u akan terperangkap 10-15-25 or forever. 

U x akan jumpa vision yang baru, u akan berpusing2 dalam bulatan.

Masa tu u akan pelik, 

~ "Why after too many years, i still dont success?".. 

.

+ Energy tu sudah sampai satu tahap, u tinggalkan, start dari A. 

+ Energy tu sudah sampai satu tahap, u tinggalkan, start dari A. 

+ Energy tu sudah sampai satu tahap, u tinggalkan, start dari A. 

Habis tu bila nak pergi ke level seterusnya? 

.

I ada short story kisah orang yang berjaya. ^_^ 

Subjek : Kuih Raya

+ Bertahun-tahun yang lepas dia cerita kuih raya, and today
dia masih cerita fasal kuih raya. 

Subjek : Baju

+ Bertahun-tahun yang lepas dia cerita baju, and today
dia masih cerita fasal baju. 

Subjek : Tudung

+ Bertahun-tahun yang lepas dia cerita tudung, and today
dia masih cerita fasal tudung.

.

I ada short story kisah orang yang kurang berjaya. ^_^

+ Dalam 1 tahun 2-3x dia tukar bisnes. 

.

Success ada pattern. 

Bila u mulakan aset blog dengan penuh bersemangat. In future vision hilang, u baca balik post-post yang awal. Dia akan remind balik kenapa u start dulu. 

Sebab tu i suka forum, bila vision hilang, i akan baca balik apa yang i da tulis bertahun-tahun yang lepas. 

.

Semalam 2/7/2017. I ber-PM dengan i punya best student. 

Dia kata semakin berkembang bisnes, 
semakin banyak kerja kena buat. 

Untuk bisnes fasa 1, 2, 3, 4, priority adalah berbeza. 

This raya (2017), sales mostly datang daripada agent. 

Agent da bertambah, leader da bertambah, tak cukup tangan. 

I kata, asingkan agent dan leader, agen2 letak bawah leader. 

U hanya communicate dengan leader sahaja. 

Kalau communicate dengan 50++ agent, u akan stress. 

Secara tak langsung, dia sudah "outsource" kerja2 leadership. 

Dia boleh fokus dekat priority yang lain. 

Susun strategi for 2018, upgrades SOP, management, etc. 

.

Imagine life u macam ni. 

+ Setiap hari layan hobby (reading, gardening, cooking, fishing).

+ Setiap 4 bulan travel. 

.

Kalau u follow normal business system. 

U akan terperangkap dekat management bila sudah generate duit. 

Masa tu akan banyak pergi ke management, marketing kurang, 
u akan buat loan, untuk cover cost-cost bisnes yang ada. 

End up menjadi, u tak nampak jalan keluar, or u akan nampak, 

~ "Maybe 4-5 tahun semua ni boleh settle"... 

Apa berlaku selepas 4-5 tahun, u akan tambah lagi 4-5 tahun. 

Then u akan tambah lagi 4-5 tahun, sebab PROGRAMMING telah sebati.

.

Kenapa today i suggest buat aset BLOG + DATABASE? 

+ Sebab in future u akan terperangkap dekat management. 
+ Kurang buat marketing > cash flow u akan jatuh. 

.

Itu ok lagi, 

Tapi u akan masuk "zone 4-5 tahun". Zone ni xda jalan keluar.

Masa ni u kena cover kos sewa, api, gaji, material, etc. 

U akan stuck dekat bisnes > puluh2 ribu / month. 

Or u akan stuck dekat bisnes > ratus2 ribu / month. 

Benda ni yang membuatkan u stuck, kena push buat kerja. 

.

Unlesss.. u boleh stop everything, cash flow still berjalan. 

Kalau u bijak dari awal ada aset, index kesihatan wang, etc. 

.

Untuk keluar.

U kena baca buku, join seminar, ambil consultant, etc.. 

U kena ambil idea daripada luar pemikiran or luar kotak. 

.

Outsource dalam business u kena ada ni. 

+ Manager for Production 
+ Manager for Marketing 
+ Manager for Management 

.

Tujuan kita kena ada skill outsource, kita nak ni. ^_^

+ Setiap hari layan hobby (reading, gardening, cooking, fishing).

+ Setiap 4 bulan travel. 

.

Ada orang jenis tak minat ada office, pekerja, etc.. 

So, u outsource artikel > for blog. 

So, u outsource fbads > for database. 

.

Then u akan dapat berpuluh ribu trafik. 

Then u akan dapat berpuluh ribu database. 

Cash flow cantik > aset kukuh.

Then u boleh travel around the world.

.

I ada peminat, pada satu hari blog kena hack. 

Trafik hilang > cash flow drop mendadak.

Macam mana nak buat? 

+ www. sotongKING . com 

Untuk support supaya aset tu lebih kukuh

+ sotongKING. wordpress. com ..

.

Artikel dekat www. sotongKING . com 

Semua tu copy paste dekat sotongKING. wordpress. com 

.

Kalau trafik tu 5k - 7k / week ok lagi. 

Kalau trafik tu 30k-50k / week macam mana? ^_^

.

Setiap apa yang i as artist suggest. 

Ada "cerita" yang tersendiri. ^_^

.

Outsource ni sebenarnya untuk Fasa 3-4 : A part of instrument. 

Kita tak boleh cerita terlalu banyak. 

Sebab "teknikal" agak complicated. 

Kena hack, database ter-delete, tu semua biasa. 

Teknikal termasuk cerita vision / picture in your mind n backup. 

.

Sebab outsource adalah satu level u nak growing 3-5x ganda. 

Macam i, bila like da naik 250 - 300 akan buat fbads. 

Then i akan ada lebih banyak peminat baru. ^_^

Walaupun cash flow akan meningkat. 

Tapi dia punya "busy" pun boleh tahan. 

.

Da tu macam mana i nak buat kerja-kerja marketing? 

Dekat sini la guna outsource. 

+ Upah artikel. 
+ Upah fbads.
+ Upah IG ads.
+ Upah video.  
+ Upah seo. 

Jadi i akan ada lebih banyak masa untuk peminat + baca buku. ^_^
 
.

Ini contoh peminat i yang da outsource (dlm proses pembikinan). 

> http://hptfounder.com/ 

.

Untuk yang da advance system dia lain sikit. 

+ Blog > Outsource. 

+ Database > Outsource. 

+ Copywriting > outsource. 

.

Dalam kata yang lain, 

~ "Orang kaya akan semakin kaya"... 

.

Kalau today, kalau u tak kaya, bukan sebab u tak kaya. 

If you born poor that's not your fault. 

Tapi kalau sudah 3-5-7-10-15 tahun still poor that's your mistake.

And u punya mistake paling besar sebab tak buat aset. ^_^

.

Ini apa yang kita cadangkan untuk u master. 

7 asset / paip wang 

1. Blog 
2. Senarai pelanggan 
3. Selling knowledge 
4. Meditasi pernafasan
5. Community / network
6. Gold 
7. Outsource 

.

Ramai orang fikir nak jadi kaya kena run 4-5 produk/company. 

Sebenarnya tak macam tu. 

Untuk jadi kaya, bisnes No.1 kena menjadi. 

Seterusnya.. 

+ Bisnes No.2 > Outsource. 
+ Bisnes No.3 > Outsource. 
+ Bisnes No.4 > Outsource. 
+ Bisnes No.5 > Outsource. 
+ Bisnes No.6 > Outsource. 
+ Bisnes No.7 > Outsource. 
+ Bisnes No.8 > Outsource. 
+ Bisnes No.9 > Outsource. 

.

Outsource bisnes maksudnya. 

+ Outsource > Copywriting for > Aset blog 
+ Outsource > Copywriting for > Aset database 

.

Then u da boleh jadi kaya-raya. ^_^

Untuk pergi lebih jauh, kita apply Network Marketing. 

.

The best part, dalam IH Network. ^_^

I nak bisnes yang No. 2 > 99% outsource. 

.

+ Kalau today u buat bisnes kuih raya. 
+ Bisnes No.2 u adalah > bisnes kuih raya. 

+ Kalau today u buat bisnes gold. 
+ Bisnes No.2 u adalah > bisnes gold. 

+ Kalau today u buat bisnes ebook. 
+ Bisnes No.2 u adalah > bisnes ebook.

.

Kalau u minat jadi G20. 

U kena buat bisnes ikut SYSTEM G20. 

System tu = Back to basic or buat benda2 yang senang. 

.

Kalau bisnes ebook da menjadi = Itu paip wang No. 1. 

Bisnes ebook No. 2 = Paip wang No. 2. 

.

Benda yang lagi best ialah. 

Kalau u buat bisnes kuih raya. 

Bisnes no. 2, no. 3, no. 4 = semua bisnes kuih raya. ^_^

Kalau u nak ada 10 bisnes / paip wang untuk kuih raya pun boleh. 

Yang semua bisnes ini di-outsourcekan. 

.

Jangan pelik kenapa jadi macam ni. 

Sebab lebih tinggi mindset, 
u akan berfikir dengan lebih simplify. 

Bisnes no. 2 tu buat sebab u memang da master dengan bisnes tu. 

Peluang untuk berjaya lebih tinggi. 

Bisnes no. 2 > u boleh buat dengan salah satu leader yang ada. 

Makna u sudah "outsource management" dekat leader tu. 

Leader tu pula, mmg leader dari line kuih raya juga. ^_^

So, dia xkn ada masalah nak handle bisnes kuih raya. 

Makna duit u akan jadi lebih banyak. ^_^

Selasa, 5 Mei 2020

Tips menulis supaya tidak mengajar-ajar

Tips menulis supaya tidak mengajar-ajar. 

1. Tidak guna perkataan JANGAN. 

Contoh ayat: 

A: Jangan memakai pakaian yang tidak tutup aurat. Berdosa.

B: Saya harap, kamu tidak berpakaian yang sebegitu, menampakkan aurat itu dosa.

2. Elakkan menulis LAH.

Contoh ayat: 

A: Biarlah dia, dia dah besar suka hati dialah.

B: Tak apa, biarkan dahulu, nanti dia dah kool dia mesti ok. 

3. Elakkan menulis ayat kemudian disambung dengan TAPI / TETAPI.

Contoh ayat: 

A: Dia tu baik, tapi malas benar kemas rumah. 

B: Dia tu sangat baik. Aku suka berkawan dengannya. 

Tulis kebaikan dengan tenang, relaks dan kool. Zaman ini semua orang sudah pandai, jadi elok kita perindahkan lagi dengan perkataan baik dan elok-elok. 

Jumpa esok jika Tuhan masih beri peluang. Wassalam. 

Khairul, 
Bahagia melihat kawan bahagia.

Tips Menulis di FB Personal

TIPS MENULIS DI FB PERSONAL


1.Tulis content yang beri manfaat kepada orang lain.Contoh : tips booking homestay,tempat-tempat menarik & cara deko rumah dsbnya.
.

2.Latih diri untuk menulis secara konsisten di FB.3-5 kali sehari.Minimum sekali sehari.Tulis di watu pagi,tengah hari,petang dan malam.Kekerapan kena ada supaya orang ingat kita.
.

3. Sekali-sekala letak gambar menarik supaya pembaca tak bosan.
.

4.Selalulah like,komen dan share posting orang lain.Bina engagement.Baru orang pun sudi nak like,komen dan share posting kita.Takdela sendu.
.

5.Tonjolkan kehadiran kita di wall sahabat FB yang kita mahu dekati.Selalu like,komen dan share posting mereka.Mereka akan baca dan lihat komen-komen kita.
.

6.Posting topik menarik yang orang suka baca.Tapi biarlah apa yang kita mahir.Sesekali posting lawak jenaka untuk menghiburkan rakan FB.
.

7. Jangan asyik menjual sepanjang masa.Binalah perhubungan (engagement).Tak kenal maka tak cinta.Dah cinta baru beli.
.

8. Jangan serius sangat di FB.Tulis santai-santai je.Jadilah diri sendiri.

Sabtu, 2 Mei 2020

Ubah Mindset Syarat Untuk Berubah

Ramai usahawan nak hidup berjaya (+ kaya). 

Bertahun-tahun buat bisnes, kejayaan tak muncul. 

Why? 

Sebab mereka hanya belajar "bisnes" + "selling". 

At the same time mereka masih bawa, 

~ Mindset
~ Character 
~ Habit 

...yang lama / life g80. 

Walau dapat banyak duit, selagi 3 ni tak 
berubah kejayaan itu tidak akan muncul. 

Jadi kita ada "working system" yang akan membentuk, 

~ New mindset 
~ New Character 
~ New Habit 

.

#WiTM

~ 8 Steps (Working System)

No. 2: Be Prepared.

.

Be prepared for what? 

Be prepared untuk mendapat 100 sales / week. ^_^

.

Cara dia .. 

Fasa 1 : Sediakan diri untuk buat 10-15 jualan / week. 

Fasa 2 : Latih 10-15 agent buat 10-15 jualan / week. 

Average = 100 sales / week. 

.

The question is. 

Macam mana nak sediakan diri? 

1. Kuatkan profile (blog)
2. Kuatkan database (senarai pelanggan)
3. Kuatkan selling knowledge 

Add.. 

4. Meditasi 
5. Community 
6. Gold 
7. Outsource 

.

Macam Tuan Roy tulis tu. 

~ Kalau u nak pergi perang, tapi tak "be prepared". 
~ U tak latih diri secara berterusan. 

~ U tidak akan menemui kejayaan sehingga bila-bila. 
~ Bukan itu sahaja, u siap kena malapetaka kesusahan. 

~ Kalau hanya belajar bisnes & selling.
~ After that promosi, promosi, promosi someday akan give up. 

~ Why? 
~ Sebab tak fokus kepada progress & tak nampak progress. 

.

Be prepared 

1. Kuatkan profile (blog)

+ Tempah design blog RM2,500 (ni yang canggih). 
+ Tulis 150 - 350 -700 artikel. 

+ Then buat backlink, seo, upah penulis. 
+ Nonstop artikel > untuk drive trafik. 

+ Masa 3-5-7 tahun. 
+ Beribu-ribu invest wang, masa & tenaga,

2. Kuatkan database (senarai pelanggan)

+ Bina 1,000 senarai pelanggan. 
+ Bina 3,000 senarai pelanggan. 
+ Bina 5,000 senarai pelanggan. 

3. Kuatkan selling knowledge 

+ Beli 10 buku/ebuku. 
+ Beli 30 buku/ebuku.
+ Beli 50 buku/ebuku.


Be prepared.

Extra siap ada paperwork untuk monitor progress. 

Week by week.. month by month .. year by year.  

3/5/7 tahun berlalu, 
sehingga capai KPI 10-15 jualan / week. 

Ok, cukup tak perlu pening kepala. ^_^

.

Normal business planning macam ni. 

~ Da dapat 10 jualan. 
~ Nak kena kejar 30 jualan. 

~ Then nak kejar lagi 50 jualan. 
~ Then nak kejar lagi 70 jualan.

~ Then kejar lagi sebanyak yang boleh. 

.. Fund beribu-ribu dekat fbads.
.. Untuk capai lebih banyak sales. 

.. Last sekali penat, tu fasal bisnes jatuh.

.. Cuti, reward, celebrate, etc.. semua xda. 
.. Last sekali kali penat > give up.

.

Bila buat kerja secara sistematik. 

Siap dengan DATA. 

Apa target short, middle n long term. 

Kita boleh nampak progress. 

Dekat sini baru akan ada KEPUASAN buat kerja. 

.

~ 8 Steps (Working System)

No. 1: Have a Great Attitude. 
No. 2: Be Prepared.

Always follow system. 

System = The Key to Sustainable.

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...