Isnin, 18 Mei 2020

Cabaran Membangunkan Content

Masalah bermain dengan #content ialah kita hanya tulis ikut topik yang kita pilih. Maka kita pun susun serta bangunkannya dengan sebaiknya.

Namun tiba-tiba ada haters. 
Tiba-tiba ada yang tak puas hati.
Tiba-tiba ada yang perli bagai.

Tenang gais, memang begitu. Tak ada apa yang berlaku dalam dunia ini mudah macam beli ikan di pasar. Keluar rumah, start enjin kereta, sampai pasar parking, keluar kereta, pilih ikan, bayar, balik rumah. Alahai mudahnya. 

Dalam dunia menulis atau membangunkan content, boleh jadi ada cabarannya. Ada kawan yang perli. Ada ahli keluarga yang bertanya dan persoal, ada yang begitu ada yang begini.

Tenang sahaja. Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Biasanya mereka yang ada buat salah dengan kita, boleh jadi duk jaja buruk kita di mana-mana, jadi mereka sentiasa baca posting kita dengan nada menuju ke dia.

Mulanya dia memburuk, tak berjaya, dia akan sebar fitnah. Itu normal. 

Padahal tak ada sebaris ayat pun yang ditulis menuju ke sesiapa. 

Pembangun content, menulis dengan fakta, kejadian betul yang memberi impak positif. Jika beri kesan negatif, jangan tulis. Ia buat orang bergaduh dan bertengkar di ruangan komen.

Jadi tak ada salah apa. Yang salahnya adalah fikirkan mereka. Jalan terus dan bangunkan lagi tulisan bermanfaat. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tulis beri manfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...