Popcash

Sabtu, 21 November 2020

Susun Content dan Profile Supaya Kita Lebih Dipercayai

Sosial media adalah tentang percaya. Muat naik banyak iklan berbanding posting biasa, kehidupan, ulasan serta hal isu semasa akan jadikan kita ini kurang dipercayai.

Jadi susun #content dan #profile supaya kita lebih dipercayai.

Content kena ada 3 arah yang besar iaitu posting yang orang klik butang share, lebih kepada posting educate atau inspirasi.

Kemudian, buat posting sampingan seperti selfie, isu semasa, lawak-lawak dan sebagainya. Ia akan beri engagement yang bagus. Orang engage dengan kita adalah tanda orang percaya kepada kita.

Barulah boleh buat posting iklan.

Kalau semua posting adalah posting iklan, pakat lari belaka semua orang. Tentang hal profiling pula, ringkas sahaja. Tanya diri sendiri nak tak add orang yang letak gambar cover dia gambar produk, nama dia, dia gabung dengan nama produk, gambar profile dia pun gambar produk, bio semua dia letak hal produk. Nak add? Nak follow? Tak mahu kan?

Ha itu semua tanda anda tidak dipercayai. Jadi ubah profile seperti manusia lain. Nak berniaga, buat posting iklan, bukan pergi setting semua benda jadi bisnes. 

Kita sendiri tak mahu add tak mahu follow orang yang buat setting profile dia penuh hal produk dan posting dia segala pasal iklan. Dan kita pergi set begitu, pelik benar. Ubah sekarang ya! Nak kaya dan berjaya di menggunakan media sosial, kalian perlu dapat kepercayaan dahulu! 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Kerjasama di Media Sosial

Tak jadi masalah pun jika kalian tidak guna nama sendiri di media sosial. Syaratnya mesti nama manusia. Nama pena, nama komersil, nama pendek, nama manja semua boleh. 

Yang tak bolehnya nama yang:

1. Bergabung dengan produk, contohnya Khairul Takaful, Wan Penapis Air, Siti Kosmetik. 

2. Bergabung dengan bisnes, contohnya: Hakimin Bakeri, Muhammad Kedai Jam, Soleh Service Aircond. 

3. Nama yang diterjemah, ini aku geram sahaja. Contohnya: Cahaya Terpuji, Hamba Tuhanku Paling Agung, Tulang Rusuk Suamiku, Pecinta Gadis Melayu. 

Media sosial adalah laman bersosial, jika nama pun tidak diletakkan dengan betul, tak perlu berharap kalian akan dapat kepercayaan dari audien. Apatah lagi nak berbisnes. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Seriuslah!

Sabtu, 14 November 2020

Kami Melarang Persembahan PowerPoint di Amazon

"Bertahun-tahun yang lalu, kami melarang persembahan PowerPoint di Amazon. Ini mungkin perkara paling pintar yang pernah kita lakukan ”- Jeff Bezos 

1. Jeff Bezos melarang menggunakan PowerPoint dalam meeting atau pertemuan perbincangan syarikat. Dia mahukan dokumen naratif. Dia menyedari kekuatan tulisan yang baik dan menjadikannya sebahagian daripada budaya syarikat. Mengapakah dia melakukan hal tersebut? Kerana dia tahu betapa kuatnya impak penulisan naratif sebagai medan latihan dalam menyampaikan pemikiran yang jelas dan memberikan hasil yang sangat baik kepada cara pemikiran staf  dan meningkatkan daya kognitif mereka.

2. Bezos percaya dalam penulisan. Dia tahu kekuatan untuk menawan. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada idea yang baik.
Dia tahu tulisan yang baik membawa kepada perbahasan yang baik. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada prestasi yang lebih baik. Dan dia tahu penulisan yang baik membawa kepada pemikiran yang lebih baik.

3. Di Amazon, meeting dimulakan dengan setiap ahli yang hadir untuk membaca memo naratif dengan senyap selama setengah jam atau lebih. Pada Bezos memo tersebut akan  mewujudkan konteks dan tujuan yang jelas yang kemudiannya menjadi perbincangan yang  sangat baik. 

4. Dalam tempoh membaca secara senyap, setiap orang mengumpulkan pemikiran mereka dan mencatat, kemudian membincangkan memo tersebut dengan lebih jelas dan tersusun. 

5. Apakah yang  dimaksudkan “naratif” dalam mesyuarat. Ia menjurus kepada pengarang mesti menulis dalam ayat penuh, bukan titik peluru dalam PowerPoint. Fikirkan kembali kelas penulisan du sekolah menengah, anda memerlukan:

👉 Perenggan
👉 Ayat topik
👉 Ayat sokongan
👉 Subjek, objek, kata benda, dan kata kerja

6. Menulis secara naratif diwajibkan agar tidak ada persembunyian di sebalik senarai titik peluru yang ditulis dengan malas di Amazon.
Menulis dengan cara ini bermaksud anda harus mengembangkan idea anda. Lebih penting lagi, anda mesti memahami dan dapat mengelak daripada budaya 'mencuri PowerPoint' orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Seperti yang dikatakan Bezos, hal ini pada awalnya sukar bagi staf di Amazon, tetapi  mampu memaksa dan melatih mereka untuk menjelaskan pemikiran mereka dengan lebih yakin."

7. Struktur memo eksekutif di Amazon akan merangkumi empat perkara ini:

👉 Titik penting atau objektif yang dibincangkan.
👉Bagaimanakah pasukan telah berusaha menangani masalah ini pada masa lalu.
👉Bagaimanakah percubaan untuk menyampaikan mesej yang berbeza.
👉Mengapakah Amazon perlu mengambil berat (iaitu hal-hal yang berlaku di dalam dan di luar syarikat demi kepentingan Amazon).

8. Menyelaraskan pasukan dengan idea yang jelas sebelum memulakan perbincangan memberi faedah yang banyak kepada syarikat. Jauhi ego dan jangan melayaninya.

9. Anda lihat bagaimana penulisan menjadi asas budaya kecemerlangan di Amazon. Penulisan yang jelas adalah asas untuk pemikiran yang jelas. Pemikiran yang jelas akan memandu visi dan misi yang jelas. 

10. Sekarang anda faham mengapa Amazon boleh berkembang pantas. Perhatikan budaya meetingnya yang berbeza dan daya kognitif stafnya yang dilatih untuk sentiasa menjadi pintar. 

©Muhammad Azli Shukri, 2020
Sertai telegram saya di t.me/azlishukri

Jumaat, 6 November 2020

Kawal Diri Di Media Sosial

1. Kebanyakkan orang yang sering bercakap kasar, mencarut dan sering marah, adalah orang yang tak boleh ditegur.

2. Dikatakan, sekiranya kita menulis 1 kali sahaja dengan ayat maki hamun di media sosial, kita akan sangat tidak rasional terhadap apa yang kita dengar dan baca, selalu tidak faham situasi dan apa sahaja masalah walau ia sekecil kuman akan jadi perkara besar. Untuk rawat itu semula akan ambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk kembali rasional. 

3. Media sosial, ruang komen bersifat teks. Sekiranya kita komen secara kasar, mencarut, menghina dan berkata buruk, otak kita akan dikuasai oleh elemen negatif. Dan itu akan menyukarkan kita berfikir secara rasional, teks adalah perkataan yang kita bina melalui minda, ia adalah sebuah proses yang kompleks dan kita akan ingat bertahun-tahun.

4. Orang yang kerap marah terhadap 1-1 hal, akan menyebabkan organ dalam badannya mudah gagal, darahnya sering naik turun dengan tidak seimbang dan otak serta badannya sering stress.

5. Kebiasaannya orang-orang ini tak berani untuk menggunakan akaun media sosial yang real. Dia sendiri meletakkan dirinya dalam mood “selamat” kerana ingin melakukan perkara yang tidak baik seperti di atas. 

Kita pilih kita mahu komen yang bagaimana. Untuk nak menegur orang buat salah dan silap, boleh sahaja menegur dengan ayat baik dan perkataan yang baik-baik.

Marahlah, tegaslah. Namun tidak guna perkataan kasar, carut dan maki. Ianya bukan sahaja merosakkan orang yang dihamun, namun ia sedang menjadi penyakit kepada yang sedang marah. 

Begitulah. Semoga kita dapat kawal diri di media sosial. Ada benda kita boleh kutuk, ada benda kita kritik dan belajar. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Komen positif sahaja!

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...