Popcash

Rabu, 29 April 2020

Tulis dengan ejaan yang betul

Setiap posting bagus ditulis dengan ejaan yang betul. Namun ianya juga ditulis dengan menggunakan bahasa kita bertutur.

Ramai yang mengatakan ini hanya media sosial, namun kekuatan ejaan yang betul lebih dari itu. Ia membantu #content yang dimuat naik. Contohnya:

1. Dapat diterjemah melalui banyaknya bahasa. Sekiranya ejaan salah, ia tidak dapat diterjemah melalui “see translation”

2. Mengelak dari salah faham, kebiasaan orang membaca posting kurang dari 1 minit. Salah eja = salah faham sangat tinggi.

3. Sukar beri kefahaman. Menyebabkan orang terpaksa berfikir apa yang kalian ingin sampaikan. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Dulu-dulu pun kelaut, namun kita berubah okey. Perlahan-lahan.

Isnin, 27 April 2020

Corak Pemikiran Menentukan Kekayaan

#ESM
#InfinityX

Kekayaan = Infinity

Sebelum kamu boleh mengecapi kekayaan atau infinity 
kamu mesti mempunyai corak pemikiran tahap infinity juga.

Kamu mesti faham, dunia dalaman kamu membentuk 
segala apa yang berlaku dalam hidup kamu.

Rule #2 – Peluang perniagaan adalah banyak 
dan terlalu banyak ianya pada tahap infinity …

Cerita/storytelling macam ni. ^_^

Ada banyak bisnes yang profitable zaman dahulu. 
Contoh macam piring hitam n kedai cuci gambar. 

Zaman sekarang bisnes macam ni sudah hilang. 
Walau hilang, muncul lebih banyak bisnes baru. 

Today ada bisnes jual powerbank. 
Today ada bisnes buat app.
Today ada bisnes facebook.
Today ada bisnes instagram.
Today ada bisnes panda food.
Today ada bisnes uber/grab.

And banyak jenis bisnes yang tidak wujud. 
Berpuluh-puluh tahun yang lepas orang tak kenal. 

Pada masa akan datang akan muncul bisnes baru. 
Yang kita tak pernah terfikir pada masa ini. 

Makna dekat sini bisnes adalah sangat banyak. 
Makna dekat sini peluang buat duit sangat banyak. 

Sangat banyak tak terkira or more to infiniti. 
Peluang, bisnes, cara buat duit also infiniti. 

Sebelum kamu boleh mengecapi kekayaan atau infinity kamu 
mesti mempunyai corak pemikiran tahap infinity juga.

Basically kena sedar yang peluang infiniti itu wujud dahulu. 
Minda perlu dibiasa-biasakan dengan pemikiran seperti ini. 

Yang menjadi tanda tanya bagaimana untuk attach 
dengan bisnes yang sekian banyak seperti ini. 

Cara dia adalah kena stay dengan 1 bisnes dahulu. 
Sampai bisnes tu buat duit 3k-4k / month. 

Bisnes ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya. 
Semua ni outsource-kan, dia jadi mesin duit. 

Lebih banyak bisnes/sumber masuk duit yang ada. 
Makna lebih banyak u akan memiliki duit. 

Makna dekat sini untuk dapat duit yang infiniti. 
Kena ada pintu duit / bisnes yang banyak juga. 

Ini sebab syarikat-syarikat berhad n holding. 
Mempunyai berpuluh atau beratus anak syarikat. 

Reason kena stay dengan 1 jenis bisnes dahulu. 
Bila 1 bisnes telah menjadi mindset telah betul. 

Bila mindset telah betul lain2 bisnes juga akan betul. 
Kaya dan kejayaan ini bukan luck dia ada proses. 

Proses yang sangat susah pada awalnya. 
Kemudian bertukar menjadi very simple. 

Last time tak jauh dekat bawah pernah tulis. 
Jalan jauh, banyak kerja, bertahun-tahun lamanya. 

Ini adalah jalan yang ramai orang tak mahu buat. 
Mereka keep mencari jalan singkat, senang n cepat. 

Orang yang ikut jalan ini tidak akan kemana-mana. 
Sesiapa yang skip naik daripada bawah tidak akan naik. 

Jika dia naik, tidak lama selepas itu akan jatuh semula. 
Beruntung orang yang sanggup naik dari bawah bertahun-tahun. 

Orang ini akan mempunyai tapak bisnes yang sangat kukuh.
Dengan tapak yang kukuh boleh bina lain-lain syarikat. 

Jadi peluang bisnes adalah sangat banyak or infiniti. 
Pada masa akan datang akan muncul bisnes yang baru lagi. 

Ini bermakna pada masa akan datang ada pintu duit yang baru. 
Selepas itu akan muncul lagi pintu duit yang baru lagi. 

Ada satu company telah sediakan capital/modal dari awal. 
Ada sejumlah duit yang disimpan khas untuk future teknologi. 

Bila muncul teknologi baru, dia ada modal. 
Boleh invest untuk buat uji-kaji. 

Company yang tak terfikir untuk new teknologi. 
Pada masa itu akan pening untuk cari capital. 

Makna bila model bisnes terbaru telah muncul. 
Siapa yang buat persediaan akan buat duit. 

Ini reason kenapa perlu mula develop aset blog. 
Ini reason kenapa perlu mula kumpul database. 

Idea produk, idea bisnes, bisnes-bisnes baru. 
Always akan muncul pada masa akan datang. 

Bila blog sudah banyak trafik. 
Bila database sudah banyak. 

Bermakna prospek yang berkualiti telah ada. 
Tak perlu pening-pening nak buat marketing itu ini. 

Idea-idea baru always akan muncul masa akan datang. 
Idea-idea itu akan terus-menerus muncul berkali-kali. 

Today maybe tak nampak kenapa kena buat blog n database. 
Tapi pada masa hadapan bila idea baru muncul sangat untung. 

Idea adalah infiniti, peluang adalah infiniti. 
Peluang buat duit juga adalah infiniti, terlalu banyak. 

Sebelum kamu boleh mengecapi kekayaan atau infiniti, 
kamu mesti mempunyai corak pemikiran tahap infiniti.

Khamis, 23 April 2020

Cara Inche Hujan buat aset dengan menulis

#JVEbook 

U kena bezakan 2 perkara ni.

=> Apa yang i tulis. 
=> Apa yang i buat. 

Untuk perubahan hidup u boleh berlaku. 
U kena beri tumpuan lebih dekat apa yang i buat. 

=> Apa yang i tulis - 10% cukup. 
=> Apa yang i buat. - 90% .. 

So, apa benda yang i tulis dekat wall ni. 

Cerita 4 priority. 

1. Membaca 
2. Senaman 
3. Meditasi
4. Deliver Value

Cerita 7 Aset / Paip wang / Mesin Duit

Aset 1: Blog 
Aset 2: Database 
Aset 3: Knowledge
Aset 4: Meditasi 
Aset 5: Gold
Aset 6: Outsource
Aset 7: Network

And lain-lain cerita tentang sains itu ini. 
Kita guna sains supaya journey jadi more have fun / happy. 

Kalau u fokus more dekat apa yang i tulis. 
Peratus untuk u berjaya hanya 0% - 10% sahaja. 

Makna u xkn nampak banyak perubahan next 1-2 tahun lagi. 
Life u akan still sama macam sekarang. 

Dalam kajian kekayaan seseorang hanya berkembang 8%-12% sahaja. 
Dalam kebanyakan kes, 80% bila hujung tahun kaya tu jadi negatif. 

So, macam mana peminat i boleh berubah. 
Yang i expect dalam 3-5-7 tahun.

Result tu mula nampak dalam 1-2 tahun. 
Cara dia mereka fokus 90% dekat apa yang i buat. 

Apa yang i & peminat buat? Cerita 3 aset ni. 

Aset 1: Blog 
Aset 2: Database 
Aset 3: Knowledge

Keseluruhan research #WiTM 2017-2018. 
Semua tu bawa kepada 4 Priority + 7 Aset.

Konsep Ebook Rahsia 7. 

~ "Kita yang buat dia, bukan dia buat kita".. 

Sebelum rupa ecover jadi macam tu, ada beberapa ecover. 
Lepas tu kita bincang-bincang, rupa dia jadi macam tu. 

Content dia for sure memang best. 
Ada inject banyak sains minda n sains kekayaan. 

The point is for sure no point. 
The system is.. u kena buat apa yang i buat. 

Bila u buat apa yang i buat, peluang u untuk berjaya 90%. 
The question is.. apa yang i buat? 

What i do? 

Jawapan dia.. i ONLY buat aset. ^_^
7 aset yang selalu tulis, today i buat aset ebook. 

Makna dekat sini ada satu lagi pertambahan list. 

Aset 1: Blog 
Aset 2: Database 
Aset 3: Knowledge
Aset 4: Meditasi 
Aset 5: Gold
Aset 6: Outsource
Aset 7: Network
Aset 8: Ebook 

How i do? 

Macam mana i buat.. ikut jalan orgaik / jalan jauh. 
Why i ikut jalan jauh.. sebab jalan jauh = shortcut. 

2017 - 2018 i buat sharing research WiTM. 
Ada banyak peminat, lepas tu peminat buat aset itu ini.

Mereka experience banyak perubahan:- 

Perubahan Bisnes & Kewangan.
Perubahan Diri Sendiri.
Perubahan Sekeliling.

Yup.. cerita-cerita magik tu ada dalam ebook ni. 
Apa yang mereka buat, macam mana mereka buat, n why mereka buat. 

Why i buat semua benda-benda ni.. 

1. Sebab ada banyak peminat. ^_^
2. Lepas tu dapat jadi artist. 
3. Lepas tu semua ni very fun. 
4. Semua ni ada FEEL.. *ni sangat penting. 
5. Semua ni ada soul, passion, spirit, rasa hidup. 
6. Semua ni growing ourself, more growing = more feel rich. 
7. Dapat viral blessing, viral pahala, viral everything. 

.

Dalam kisah u.. 

Apa yang u perlu buat untuk dapat banyak perubahan. 

1. Kumpul DATA 2 tahun. 

Time is the real currency, time is the only money. 
Kenapa i ambil masa 2017-2018 buat research WiTM. 

Sebab i gunakan time tu untuk kumpul data. 
Bila u kumpul data selama 2 tahun, macam-macam u akan belajar. 

Tetapkan 1 topik.. lepas tu setiap hari kumpul DATA. 
Dari google, youtube, sharing, feedback semua tu catit nota. 

And sekarang kita telah mulakan new research #Sainskekayaan. 
Again akan berlalu sehingga 2020 - 2022 estimate settle.

So u kena ada buku nota, setiap hari catit nota. 
Any idea, any info, any everything kena rekodkan. 

Ini apa yang i buat, kalau ini juga yang u buat. 
U juga akan experience sama macam apa i dapat. 

Makna peratus untuk u berjaya next 1-2 tahun. 
Peluang perubahan tu boleh sehingga 90%. 

U kena kumpul data selama 2 tahun. 
And u akan jumpa macam-macam benda best. 

Data tu berkaitan dengan bisnes yang u buat sekarang. 
Tudung, kosmetik, makanan, insuran, servis renew, design, etc. 

U kena kumpul data yang banyak, ini semua orang berjaya lakukan. 
Kalau u buat macam ni, u akan terkejut dengan potensi diri u. 

U akan experience dengan limpahan knowledge yang sangat banyak.
Bila u banyak kumpul data, catit nota, mind wave u growing. 

U akan experience banyak knowledge tak terfikir mula muncul. 
Dalam dunia minda benda ni nama dia pure creation. 

Waktu siang u kumpul data n catit nota, 2 tahun target. 
Waktu malam u tidur, minda u masih bekerja dalam dunia dia. 

Genius / The flow state / The flow. 
Semua orang adalah genius, semua orang adalah bijak. 

U just dont know yet.. ^_^

Maybe u tak tahu apa dia genius tu. 
U pernah dengar tapi u tak berapa clear. 
Termasuk u tak tahu macam mana nak stay in the flow tu. 

Cara dia very simple, kumpul DATA + Catit NOTA banyak-banyak.
Bila setiap hari u buat macam ni, genius tu akan muncul. 

Minda u akan sampai ke level-level tertentu. 
Minda u akan mula bekerja untuk u supaya jadi more kaya. 

Idea-idea yang tak pernah terfikir selama ni akan mula muncul. 
Easily, effortlessly, dia just flow dalam hidup u. 

Dekat sini u nampak penghasilan luar biasa dalam dunia. 
Lukisan, buku, penulisan, movie, design, product, iphone, etc. 

Dekat sini u juga nampak ada sebilangan orang yang luar biasa. 
Player lain biasa-biasa, tapi dia generate sangat banyak duit. 

Dalam semua bidang, bisnes, design, saham, creative, kosmetik etc. 
Semua orang tu sebenarnya telah sampai ke level the flow state.

Bila idea pure creation tu datang, mereka mula deliver. 
Mereka dapat sangat banyak duit, kejayaan yang besar. 

I jumpa 1 ads tentang penjual insuran yang luar biasa. 
Dia buat seminar macam mana dapat close RM65 Juta. 

I believe that, orang ni sudah sampai dekat the flow tu. 
For sure cerita yang sama, gagal bertahun-tahun itu ini. 

Lepas tu dia banyak belajar (Kumpul Data + Catit NOTA). 
Bila buat dengan banyak pure creation mula muncul. 

Dia buat sangat banyak duit, dia jumpa teknik closing a sale. 
Lepas tu dia apply itu ini..dapat result, dia share balik. 

So, situasi macam ini juga boleh berlaku dalam hidup u.
Ambil masa 2 tahun kumpul data + catit nota banyak-banyak. 

Sepanjang 2 tahun lepas i selalu suggest dekat komen. 
Ok catit nota, catit nota, catit nota.. itu ini. 

Tujuan sebenar adalah untuk u buka the flow tu. 
Sampai minda u boleh create pure creation. 

So, untuk dapat apa yang i dapat ini u kena buat. 
TIME adalah sangat mahal.. ambil masa 2 tahun buat research. 

.

2. Sharing 

Apa lagi yang i buat sepanjang 2017-2018. 
I buat sharing a lot dekat Facebook. 

Tujuan dia untuk dapat feedback, untuk idea luar kotak. 
Peminat i banyak cerita perubahan luar biasa dekat PM. 

Semua cerita-cerita tu adalah kisah magik. 
Bila fikir balik is that true semua tu dalam 2 tahun.

Daripada feedback, kisah-kisah perubahan tu jadi luar kotak. 
Kekayaan u berada di luar kotak pemikiran u sendiri. 

U kumpul data, catit nota, lepas tu buat sharing. 
Feedback n kisah perubahan pembaca tu semua luar kotak. 

Pure creation + Out of Box = Welcome to super rich club. ^_^
So u kena rajin deliver, deliver dengan banyak data u. 

Miralce dalam hidup tu sebenarnya dekat sharing. 
Selain dapat duit, client, network, agent, itu ini. 

Daripada feedback direct or indirect tu adalah wisdom.
Wisdom adalah level dia atas level genius. 

Kalau u belajar dari experience sendiri u jadi bijak. 
Kalau u belajar dari experience orang lain u jadi bijaksana. 

Ini adalah level 1% manusia sahaja yang capai. 
Mereka ini sebenarnya banyak belajar dari orang lain. 

U xkn boleh hidup selama 1,000 tahun. 
Tapi u boleh ada kebijaksanaan macam hidup 1,000 tahun.

Semua ilmu tu ada dalam buku n kehidupan orang lain. 
Kalau u banyak belajar dari ini u akan jadi wisdom.

Wisdom ni adalah true wealth yang u cari selama ni. 
Dia ada kaya external & kaya internal. 

The more u share, the more internal u jadi kaya. 
Bila sampai level, kaya internal mula effect external. 

Cara untuk buat duit yang banyak adalah sharing. 
Dengan sharing yang banyak kaya tu just flow dalam hidup u. 

So xda teknik power, selling, closing, marketing etc. 
Semua tu just 10% sahaja.. 90% closing datang dari sharing. 

U kena deliver value dengan banyak bertahun-tahun. 
Baru orang mula kenal u, mula suka/selesa/terima. 

Lepas tu baru minat akan muncul untuk beli produk u. 
This is the only way untuk buat selling yang banyak. 

U kena deliver message dengan banyak bertahun-tahun. 
Lebih ramai orang dengar/baca sharing u. 

Lebih besar peluang untuk u mendapat kekayaan. 
The law of give and take, what u give, u get back more!

Jangan buat sharing untuk dapat duit, selling whatever. 
Ini adalah intention yang very low energy. 

U kena buat sharing / deliver value dengan intention. 
Supaya kekayaan yang banyak mengalir dalam hidup u. 

Akhir dari semua marketing yang u buat akan kembali
dekat intention/niat awal yang u telah buat. 

Keseluruhan sharing u bertahun-tahun tu yang akan 
membuatkan kekayaan tu mula ter-attract dalam hidup u. 

Cerita 2 tahun lepas menghasilkan diri u hari ini. 
Untuk kaya next 2 tahun kena deliver for kekayaan yang banyak.

Bila u buat sharing dengan banyak, baru kekayaan
yang banyak tu akan mula muncul, with intention yang betul. 

Basically u kena buat sharing dekat semua tempat.
Facebook, blog, youtube, ig, dekat team, network, etc. 

U kena buat sharing dengan banyak dan sangat banyak. 
Baru kekayaan yang banyak tu akan muncul dalam hidup u. 

Money = Currency.. Time is the real currency. 
U kena guna energy 2 tahun untuk buat sharing. 

Lepas tu energy tu akan dipulangkan balik. 
Dalam bentuk kekayaan internal dahulu. 

Minda u akan ada pure creation. 
Feel/rasa u akan mula Feel Rich. 

Dekat sini u akan mula create a new reality. 
Makna diri u akan create reality macam apa u nak. 

2 tahun lepas maybe u busy dengan masalah. 
2 tahun lepas maybe u busy dengan aktiviti untuk selesaikan masalah.

2 tahun lepas maybe u busy dengan untuk bina kekayaan. 
2 tahun lepas maybe u busy dengan buat itu ini untuk hidup senang. 

Sebenarnya cara untuk dapat apa yang u nak bukan macam tu cara dia. 
Cara dia adalah u kena deliver value dengan banyak tanpa syarat. 

Bila u buat something untuk dapat something, u block energy. 
Buat bisnes, marketing, itu ini untuk dapat duit etc. 

Kalau u nak something dari apa yang u deliver. 
Makna selama ni u sedang block diri sendiri. 

U hanya akan dapat hasil bila beri tanpa harap balasan.
Soul tu kena free-kan dahulu. 

Bila u nak macam-macam, u akan terikat / ter-block. 
Bila u just do without syarat or nak apa-apa. 

Bila xda apa yang u nak, u akan attract everything. 
Diri u akan jadi ZERO Energy.. baru attraction tu berlaku.

U kena buat sharing sampai u telah boring. 
U kena releasekan semua data yang u ada. 

Sampai diri u jadi ZERO.. feel ZERO. 
Sampai u rasa sudah xda apa lagi yang tinggal. 

Bila sudah jadi ZERO Energy macam ni baru wave baru muncul. 
Kalau botol tu penuh, u xkn boleh isi air yang baru. 

Sharing or deliver value makna u sedang release. 
Makna u sedang beri everything kepada alam. 

U kena beri, sharing, deliver more n more. 
Sampai everything habis, sampai jadi limbo.

Limbo makna u mula nampak hidup berulang-ulang. 
Limbo makna u mula nampak pattern dalam hidup. 

Inilah level dimana kekayaan tu akan mula muncul. 
Kaya tu berada beyond everything yang u pernah fikir selama ni. 

Sharing ni pula tak kisah yang percuma or berbayar. 
Buat buku, coaching, services, ebook, seminar, consultant, advisor. 

Tak kisah percuma or berbayar, ini bukan persoalan dia.
As long as u buat sharing dengan banyak ini cerita dia. 

So, kalau u minat nak dapat apa yang i dapat. 
(1) kena kumpul data, (2) kena buat sharing dengan banyak. 

KPI sharing yang banyak tu macam ni.

+ U Kena ada 3,000 Artikel. 
+ U Kena ada 3,000 Video. 
+ U Mena ada 3,000 Poster/tutorial.

Kalau tulis panjang-panjang tu adalah aset artikel. 
Kalau just beberapa perkataan itu aset poster. 

Video sebelum ni buat, lepas tu stop, next mula balik. 
Semua tu ikut flow.. tak kisah as long as buat sharing.

.

3. The Avengers - EndGame 

Dalam network marketing nama dia buddy system. 
Dalam conventional nama dia teamwork. 

Dekat sini miracle akan mula muncul dalam hidup u. 
Ecover tu adalah hasil brainstorming teamwork. 

Dengan avenger u can do beyond your imagination. 
Benda yang u tak pernah terfikir u boleh buat. 

Benda yang susah, akan jadi sangat simple n easy. 
Semua ni akan berlaku bila ada aset network / avenger.

Kalau u nak dapat apa yang i dapat. 
U kena buat apa yang i buat. 

(1) Kumpul data bertahun-tahun. 
(2) Buat sharing, orang kenal u, u kenal orang.
(3) Buat aset network, sama-sama win-win buat viral. 

Basically u kena besarkan TEAM & Network bisnes u. 
Baru duit yang banyak akan mula muncul. 

Lebih besar u punya TEAM & Network lebih kuat miracle berlaku. 
Makna u boleh buat duit dengan lebih banyak.

Orang kaya fokus dekat ASET & NETWORK. 
Orang biasa fokus cari duit banyak-banyak.

Jadi selama ni kalau mindset tak sama macam orang kaya.
U kena adjust mindset bagi sama macam mindset orang kaya. 

Baru u akan dapat hidup sama macam orang kaya hidup. 
Lebih banyak aset yang u ada, lebih besar kekayaan u. 

Jadi kalau u nak dapat macam apa yang i dapat. 

(1) Buat research, kumpul data, learn, learn n learn. 
(2) Data yang ada tu kena buat sharing dengan banyak. 
(3) Kena besarkan network secara berterusan. 

Kekayaan akan muncul ikut berapa besar network yang ada. 
Kenapa ramai tak jadi kaya, sebab buat kerja 1 orang sahaja. 

Or ada yang buat kerja dengan team beberapa orang sahaja. 
Ini bukan cara untuk bina kekayaan, G20 tak buat macam ni. 

Orang kaya semakin kaya akan konsisten kembangkan aset. 
Orang kaya semakin kaya akan konsisten kembangkan network. 

I dekat line bisnes digital, like ebook, video, etc. 
If u dekat bisnes kosmetik, cari network dalam industri kosmetik.

Tujuan develop aset network untuk kembangkan idea. 
Lebih besar network, lebih banyak idea baru muncul. 

Kekayaan berada diluar kotak pemikiran kita. 
Lebih banyak idea muncul, lebih besar peluang bina kekayaan. 

.

Aset Ebook 

Bila ebook ni sudah siap diri u sudah jadi berbeza.
Makna aliran data dalam subconscious sudah berubah.

Sebelum ni saya tidak ada aset ebook. 
Sekarang saya sudah ada aset ebook. 

Jadi u punya subconscious behaviour akan jadi berbeza. 
Hidup sudah tak sama lagi macam dahulu, u sudah level up. 

Semua perkara yang besar bermula dari kecil. 
300 pintu duit bermula dengan 1 pintu duit. 

Untuk menjadi kaya u kena bina banyak pintu duit. 
Lebih banyak pintu duit ada, minda akan give more idea. 

Today maybe kita buat dalam bentuk ebook. 
Lepas ni maybe kita buat dalam bentuk video. 

And kita akan always brainstorm idea-idea terbaru. 
Selain sharing-sharing berkaitan penulisan. 

Dari semasa ke semasa i akan share tip-tip menulis. 
U akan belajar banyak perkara tentang penulisan. 

Kita xnk just post dekat Facebook macam ramai orang buat.
Kita nak buat penulisan yang dapat ubah diri sendiri. 

Setiap kali buat sharing i feel more growing. 
Sebab tu i suka buat research. 

The best is buat research mana u nak pergi. 
Kalau u nak banyak buat selling, research tentang selling. 

Beli buku, google, youtube, buat research dengan banyak. 
Apa yang u research tu buat sharing dengan banyak. 

Dalam kaedah speed learning, selepas learn u kena share. 
Lebih banyak u share, u akan lebih mahir tentang topik tu. 

Dalam 1 kelas siapa yang paling pandai. 
For sure murid yang dapat no. 1 dalam peperiksaan. 

Sebenarnya tak macam tu, yang paling pandai adalah cikgu. 
Murid belajar dan ulangkaji beberapa kali sahaja. 

Tapi cikgu telah ulang subjek tu bertahun-tahun. 
So minda cikgu tu jadi sangat canggih. 

Tu sebab kita lihat anak cikgu kebiasaan pandai. 
Sebab cikgu tahu dekat mana weakness pelajar. 

Belajar, sharing, apply, lepas tu ulang balik. 
Belajar, sharing, apply, lepas tu ulang balik. 

Bila u belajar n sharing tentang selling dengan banyak. 
Makna minda u akan menjadi semakin cekap dengan selling. 

Bila minda jadi cekap, u akan lebih mudah buat selling. 
Mistake ramai orang, just belajar, terus apply. 

Mereka skip dekat 1 part, tak buat sharing apa yang belajar. 
Orang yang paling pandai selling paling banyak buat sharing.

Sebab tu kebanyakan owner n stokis bila sampai level tu. 
Kekayaan mereka akan terus-menerus growing. 

Sebab menjadi tugas mereka buat sharing dekat agent. 
Lebih banyak buat sharing, minda mereka semakin cekap. 

Kaitan dengan aset ebook, apa topik u minat convert jadi aset.
U boleh tambah lagi paip wang, selain besarkan branding. 

Dulu i pergi seminar untuk jadi industri leader. 
U kena keluarkan buku n ebook baru brand tu berkembang. 

I also ada idea untuk buat ebook 3/5/7 founder. 
From Founder To Founder.. 

Bila ebook ni siap ramai founder akan mula kenal. 
Makna ini antara cara untuk besarkan network. 

Maybe u ada idea nak keluarkan ebook sendiri. 
Also boleh join projek ebook ni. 

Antara cara untuk kembangkan bisnes adalah dengan ebook. 
Makna orang akan lebih kenal u punya branding / company. 

Lebih ramai orang kenal, lebih besar peluang buat duit.
Ebook also adalah aset, lebih banyak aset lebih kukuh bisnes. 

I ada peminat yang sebelum ni buat bisnes kosmetik organik.
Lepas tu dia mula buat aset ebook, dapat banyak agent. 

Dia kata bisnes ebook boleh jadi extra income. 
Dalam bisnes ebook ada kelebihan yang tersendiri. 

Yang minat untuk jadi penulis ebook baca komen pertama.

Rabu, 22 April 2020

Cara buat content impak positif

Content mesti beri impak positif. Sama ada teks atau video atau bergambar, mesti ada kesan ini:

1. Apabila orang baca atau tonton, orang faham.

2. Apabila orang baca atau tonton, orang buat terus (ikut terus atau tiru terus).

3. Apabila orang baca atau tonton, orang beli terus.

Itu kekuatan bermain media sosial. Kalau tidak beri kesan, ia bukan #content.

Contohnya: Kisah kita bukan tentang kita susah, kita payah, namun ia mesti beri kesan dalam bentu tips, kaedah, cara untuk bangkit semula. Mesti ada teknik supaya orang boleh belajar.

Jika kisah itu sekadar untuk simpati tanpa ada apa-apa yang boleh dipelajari, maka ia bukan impak positif.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Selasa, 21 April 2020

Cara start bisnes baru secara online

Macam mana nak start bisnes baru secara online?

1. Beli domain dan hosting dulu. Cek domain kat domainr . com . Hosting boleh pakai yang free dulu macam GCP trial atau AWS. Kalau nak murah dan Malaysia punya, Yeahhost pun ok.

2. Setup FB page, IG dan Twitter handle. Guna nama yang kita nak pakai sebagai brand.

3. Lepas tu buat design logo boleh guna free tools macam Canva atau bayar sikit kat Shutterstock dan edit guna AI.

4. Setup website guna Wordpress. Kalau ecommerce, install sekali Woocommerce. 

5. Setup payment gateway pakai Billplz atau Toyyibpay.

6. Dapatkan pixel dan code Google Analytic

7. Tarik trafik ke website kita menggunakan FB ads.

Semua aktiviti diatas boleh dibuat dalam tempoh 8 jam atau sehari saja dah cukup. Kos yang perlu dilaburkan adalah sekitar RM 200.

Isnin, 20 April 2020

Cara buat research produk nak dijual

Macam mana nak buat research produk apa nak jual?

1. Google Trend. Search graf trend bisnes tersebut kat Google Trend dulu.

2. Survey guna surveymonkey atau google form. Minta orang berpotensi untuk survey

3. Test buat iklan produk tu di FB ads dengan kos yang rendah

4. Search di keyword tool. berapa kos keyword yang orang bid dan demand

5. Search keyword produk dekat shopee, lazada, carousell, google dan facebook untuk tengok persaingan dan demand.

Ahad, 19 April 2020

Cara mencipta post yang viral

Macam mana nak cipta post yang viral?

1. Post yang menyentuh emosi, hati manusia

2. Penulisan yang panjang

3. Ada intro, klimaks, outro

4. Post berbentuk penceritaan

5. Ambil isu semasa sebagai topik utama

6. Post tersebut kena awal berbanding orang lain

7. Post tidak berniat menjual apa2

Cara mudah membuat jualan dan marketing online

Macam mana nak senang buat sales n marketing online?

1. Ada banyak follower. Dekat tempat audience yang sesuai macam facebook, IG

2. Ada banyak database subscriber. Telegram channel, email, youtube

3. Content, content, content. Video, audio, penulisan, infografik, kartun

4. JV dengan orang dah ternama. Orang bisnes, selebriti, influencer, blogger, businessman, politician, etc

5. Brand yang kuat. Jual produk yang dah Top 3 brand dia dalam industri.

6. Harga yang murah. Ni strategi Shopee, Amazon, 1688, etc

Ammar Azhar

Sabtu, 18 April 2020

Fahami Konsep Facebook Ads

Tahun 2010 saya mula gunakan
FB ads untuk buat bisnes.

Tahun 2012 baru saya faham
konsep FB Ads ni.

Konsep FB ads ni sama
macam flyers.

Flyers kena cantik, kena kemas
kena ada maklumat yang mahu buat
orang datang kedai.

Iya, flyers mesti buat orang
datang ke kedai kita, bukan untuk
menjual menggunakan flyers.

Kedai kita = website.

Saya guna website tahun 2011 untuk
berikan offer sahaja, iya, offer,
dah masuk kedai, kita letak offer
sekian-sekian untuk orang tanya 
sales person kita.

Waktu tu tak ada whatsapp lagi.
Kalau ada pun kami belum guna.
Waktu tu masih SMS.

Jadi FLow iklan :

Flyers bawak ke website bawak ke sales person.

Flyers tarik minat orang 
Website beri keyakinan kepada orang.
Sales person close sales dan optimize sales.

Prinsipnya sampai sekarang tak berubah
dan masih sama sehingga kini.

Bezanya, sekarang dah ada
macam-macam automation program
yang boleh bantu kita buat semua kerja
dengan lebih mudah.

Bila mudah, ianya tak menjadikan
kerja itu senang, ianya mebantu kita
tambah kualtii kerja dan kuantiti kerja
sahaja. Prosesnya masih sama..

#tukangfikir

Jumaat, 17 April 2020

Tips Cara Bina Content Berkualiti

Media sosial sering dikaitkan dengan minda separa sedar. Boleh jadi kita akan terikut dengan emosi buruk sekiranya kita membaca mana-mana posting dalam keadaan penat, resah, gelisah, muram dan murung. 

Untuk pembina #content, adalah sangat penting mengekalkan rasional di dalam posting-posting yang dimuat naik. 

Content yang ada sifat rasional:

1. Memberi banyaknya kesan positif di dalam ayat dan perkataan.

2. Jalan cerita jelas dan tidak menggunakan perkataan bombastik / kiasu / puitis yang melampau.

3. Memberi kefahaman di dalam menerangkan isu, bukan sekadar meluah sahaja tanpa memberi penjelasan yang sebaiknya. 

Ingat ini, orang rasional akan mendapat lebih ramai follower, lebih murah rezeki dan lebih tinggi kredibilitinya. Mereka ini tidak terganggu dengan posting negatif dan mereka sendiri juga sentiasa memuat naik posting positif. 

Rasional = selesa kepada follower = kesetiaan follower kepada kita. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Terus positif!

Cara Pemain Industri Bermain Social Media

Di dalam bermain Social Media #Content, ada 5P yang biasa digunakan oleh pemain-pemain industri besar ini. Ia adalah:

1. Plan - Merancang content yang bagaimana untuk mendapat perhatian audien.

2. Produce - Hasilkan content yang kita mahir, suka, dan semestinya mempunyai titik persamaan besar dengan audien tersebut.

3. Publish - Perlu ada lebih dari 1 channel untuk kita keluarkan content tersebut. Contoh, Facebook, Telegram, Website, Blog. 

4. Promote - Juga perlu dibuat dalam bentuk iklan termasuk menggunakan khidmat review dan Ads.

5. Prove - Mesti ada data. Buktikan semua ini dengan analisis dan KPI yang kita sendiri tetapkan. 

Tak cuba, tak tahu. Kita yang bina audien kita dan nilailah dengan sebaiknya. 

Semoga bermanfaat.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bina empayar!

Selasa, 14 April 2020

Lancarkan Challenge Kepada Diri Sendiri


Menulis #content dan #StoryTelling di media sosial ini, perlu lancarkan “challenge” kepada diri sendiri. Saya buat ini:

1. Mesti menulis 3,000 patah perkataan sehari. Saya bermula dengan 100 patah, kemudian naik ke 300, 1,000 dan hari ini 3,000 patah. Wajib. Tulislah apa sahaja di Ms Word. Buat challenge yang kita mampu, bukan merepek-merepek.

2. Mesti membaca sekurang-kurangnya 1 buku sebulan. Ia untuk tambah perkataan semasa menulis. Tidak membaca, tak jumpa perkataan, dan proses menulis akan jadi sangat susah.

3. Keluar dari rumah dan pergi ke taman, kawasan orang ramai, naik public transport dan sebagainya (sekadar cadangan) sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Tidak keluar, hanya duduk di rumah / pejabat, idea akan kering. Dan itu akan menyebabkan kita hilang motivasi nak menulis. (YANG INI LEPAS PKP BOLEH BUAT SEMULA)

4. Hadir sekurang-kurangnya 2 kelas setahun tentang dunia menulis. Tak boleh syok sendiri. Mesti tambah ilmu. 

5. Bangun awal pagi untuk dapatkan kesegaran. Sebelum subuh, mandi, dan cuba membaca tafsir Al-Quran sekurang-kurangnya 2-3 muka surat sehari. Tafsir Al-Quran adalah nadi kepada dunia penulisan, dos and donts, teknik serta gaya penyampaian, lengkap di dalamnya. 

Semoga bermanfaat kawan-kawan, terus lancarkan challenge kalian hari ini juga. Tenang-tenang, Buya Hamka ada mengatakan:

“Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil”

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Masih belajar menulis.

Cara Bina Content Soft Sell dan Hard Sell di Blog



Letak dalam kepala posting menjual ada 2 jenis sahaja. #Content yang dibina tak susah mana.

1. Soft Sell. Posting menjual tanpa memerintah, tanpa menyuruh, tanpa memberi arahan.

Contoh ayat: Pes masakan ini sedap dan senang nak guna. Hanya letak daging atau ayam, siap.

Butiran untuk buat pesanan ada di sini ya (link pembelian).

Tiada arahan hanya memberitahu sahaja.

2. Hard Sell. Posting menjual dengan perintah atau arahan atau suruhan atau paksaan.

Contoh ayat: Pes masakan ini sedap dan senang nak guna. Hanya letak daging atau ayam, siap.

Lekas beli! Tak rugi pun beli pes ini sebab ia sedap ya ampun! Kalau tak beli nanti hangpa rugi! Cepat cepat order sekarang juga laki hangpa nak makan esok! Klik sini sekarang! (Ada arahan, ada gesaan dan suruhan).

******

Mana yang lebih bagus? Dua-dua ada kelebihan. Dua-dua boleh jana jualan jadi guna dua-dua.

Jika saya, 1 posting soft sell pagi, 1 lagi posting hard sell petang. Apa susah, pakai sahaja semua.

Duit masuk walau sedang tidur. Gitu. Alhamdulillah.

Begitulah gais, semoga bermanfaat.

Khairul Hakimin Muhammad

Menulis Wajib Ada Fakta

Dalam menulis posting, wajib ada fakta. Kena letak dalam kepala yang bermain dengan media sosial, pendapat kita tak penting. Yang paling mustahak ialah perkara benar dan betul. Itulah maksud bermain dengan #Content.

Selepas itu barulah ia disusun ayat dan perkataannya bersama emosi. Dua perkara ini jika tidak serasi, tidak akan menjadi. 

Contoh silap:

Memang best kurma ini. Lembut dan tak manis sangat. 

>> kesilapannya ialah tiada fakta tepat tentang kurma tersebut. Emosinya tergantung dan kita tertanya-tanya banyak perkara. 

Contoh betul:

Puas hati beli kurma Algeria dari team KHM. Memang lembut dan tak puas makan. Asyik nak mengunyah sahaja dari pagi sampai petang. Sedap! Best! Puas hati. Kalau nak beli, pi ke wall beliau okey!

>> menulis tepat di mana dia beli itu adalah fakta, lebih dari itu, faktanya memberi impak positif kepada audien (audien boleh pergi beli terus) dan diserasikan dengan emosi sedap dan puas hati.

Ya, fakta itu bukannya perlu cari di Wikipedia. Ia hanya perkara benar kejadian pada waktu tersebut sahaja. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Senang kan? Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Posting Mesti Beri Kesan Kepada Audien.


Posting mesti beri kesan kepada audien. Jika tidak, maka ia bukan #Content.

Nak tahu ia berkesan atau tak, tengok ada tak orang membeli.

Nak tahu ia bagus atau tak, tengok ada tak orang share. 

Sebelum nak tulis apa-apa, tengok apa matlamat menulis posting, adakah ia termasuk mana-mana dalam 5 matlamat ini:

1. To Educate
2. To Inform
3. To Inspire
4. To Entertain
5. To Moneytize.

Jika tidak tersenarai dalam 5 ini, maka itu bukan content. Dan jangan pula bising kenapa tiada like, tiada komen, tiada share dan tiada sales.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Yang ini to educate. Hehe. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Bisnes Online Satu Keperluan


Main media sosial, orang anggap hal kecil.
Apabila ada orang buat jualan berjuta, kita pandang sebelah mata. Rasa susah nak percaya.

Ini yang berlaku semasa PKP. Apabila dah biasa dengan jualan di mall atau mana-mana ruangan offline, kedai dan sebagainya, kita tak kisah dengan jualan secara online.

Kali ini, medan online terpaksa diikuti. Semua tempat mengambil pesanan melalui sistem atau paling kecil caranya pun melalui Whatsapp.

Kawan-kawan,

Main media sosial langkahnya kecil sahaja. Semua medan ini percuma. Pembangunan #content di wall kita itu yang perlu diusahakan dengan sebaiknya.

Boleh jadi ia akan membuka banyaknya jalan, memunculkan berbagai pintu dan tiba-tiba di tangan kita ada bermacam kunci.

Lalu kita buka dan kita lihat wah banyaknya rezeki.

Iya, ada orang jualannya sehingga RM10,000 seminggu semasa PKP ini. Semalam rakan saya menjual makanan hanya di kawasannya sahaja, jualan sehari mencecah RM4,200. 

Siap ada beberapa runner yang uruskan penghantaran semuanya. Beliau hanya guna Instagram dan Facebook sahaja. Dari segi sistem semua guna Whatsapp.

Tak salah mencuba, tak perlu bimbang, buang ego, buang sombong, dulu kita semua kaya-kaya beli karipap pun dari IKEA, boleh jadi hari ini kita hanya pandai itu sahaja.

Maka juallah, supaya kita juga ada pendapatan. Tak salah baru bermula. Yang salahnya tak buat apa-apa langsung.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad

Semua Orang Mampu Menulis


Semua orang boleh menulis. Sekiranya dia membaca, proses penulisan akan jadi kacang gila.

Membaca = proses memasukkan perkataan dalam kepala.
Menulis = meluahkannya semula.

Di media sosial, tak perlu ada kemahiran menulis novel, cerpen, artikel, rencana, jurnal dan sebagainya. Cukup kalian tahu asas membangunkan #content, kalian akan jadi juara.

Asas penulisan di media sosial:

1. Pendapat kita tak penting. Utamakan #fakta.

2. #Emosi adalah wajib. Sebab itu reaction yang diberikan oleh Facebook berbentuk emosi. Ia adalah like, wow, angry, happy, love dan sad.

3. Wajib menulis dengan ejaan yang betul. Kalian nak tulis dalam #bahasa apapun, kalian punya pasal, janji ejaan betul. Langsung tiada singkatan digunakan.

4. Wajib memberi #impak #positif kepada audien. Ia adalah:
- apabila audien baca, audien faham.
- apabila audien baca, audien tiru atau buat terus.
- apabila audien baca, audien beli.

Jika tiada salah satu dari 3 ini, posting kalian bukan content.

Contoh ayat menggunakan content:

Kurma Ajwa ini dibawa masuk oleh Mofaz Dagang (fakta). Memang lembut, sedikit basah dan rasanya manis. Sedap dan best (emosi). Jika kalian nak beli, harganya hanya RM45/500gm termasuk penghantaran. Lekas klik link ini (CTA) - (Impak positif apabila orang baca, orang beli).

Senang kan? Ya. Semua orang boleh guna teknik ini. Tak payah nak tambah smiley icon bagai, cukup ayat yang sedap. Siapa kuasai ilmu ini, dia jadi kaya. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad

Main Dengan Content Hasilnya Berganda


Main dengan #Content, hasilnya berganda.

Buat posting #crowd, dapat #follower. Apabila mereka semua dah berkumpul, klik butang follow yang kita dah setkan, maka kita gunakan sebaiknya.

Sentiasa engage dengan mereka. Pastikan mereka stay dan loyal dengan kita. 

Kemudian susun untuk posting #RM yang kita akan jana jualan.

Sifirnya mudah sahaja:

Awal pagi - Posting crowd - dapat share, follower naik.

Selepas itu buat posting sales, dapat duit walau posting itu tak ada siapa like atau komen.

Kemudian susun posting side supaya engagement berlaku dan wall kita masih kukuh dengan reach yang betul.

Follower dapat
Duit dapat,
Engagement maintain.

Ingat, kita bukan kerja untuk bayar bill sahaja sepanjang hidup, banyak lagi benda lain nak buat terutama kena tolong orang dan kita juga mahu bawa keluarga bercuti pusing dunia. Eh itu lepas covid-19 terhapuslah. Hihi.

Begitulah kawan-kawan, mari guna sosial media dengan baik dan berguna! Mula hari ini. Bismillah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Isnin, 13 April 2020

Fokus Dan Tutup Telinga


Nak buat duit di media sosial, kena fokus dan buang benda bukan-bukan dalam kepala.
Kalau asyik risau:

1. Orang tahu maklumat.

2. Orang hack.

3. Orang add pun takut.

4. Orang stalk.

5. Takut ada haters.

6. Takut keluarga cakap macam-macam.

7. Takut nanti kawan perli.

Dan sebagainya, maka kalian tutup sahaja media sosial kalian. Nak buat, main dengan #content, kena fokus dan pasang pendiding kat telinga, mata dan jari. 

Kena kuat dan tak peduli apa sahaja anasir syaiton yang duk bermain dekat kita. 

Lantak orang nak fikir apa. Kita buat duit dan bayar bill sendiri. Orang lain bukan bayarkan untuk kita pun. Nak risau buat apa kan kan kan. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Jalan terus dan beranilah!

Pilih 3 Perkara Dalam Bentuk Content Yang Nak Ditulis Di Media Sosial

 

Pilih 2 atau 3 perkara dalam bentuk #content yang nak ditulis di media sosial. Contoh:

1. Travel.
2. Makan.
3. Jual Produk Bayi.

Travel adalah perkara yang diminati, makanan pula memang duk makan hari-hari.

Travel - up itinerari, tips beli tiket, beli penginapan, review sana sini, cerita, musim, makanan, culture, gambar dan keindahan, orang, buku, filem yang dibuat di situ serta macam-macam. 

Post ini akan dapat #crowd. Konsisten susun pada setiap hari jam 10.00 pagi.

Makanan pula up makan dekat mana, kalau pandai masak, buat resipi, kalau boleh cerita pasal bahan, equipment, dapur, material, diet, serta utensil, organizer semuanya boleh di up. Akan dapat crowd juga.

Up pada jam 3.00 petang setiap hari.

Untuk Iklan produk bayi, buat ja hard sell jam 12.00 tengah hari setiap hari. Tak ada masalah pun crowd dan posting sales itu tak ada kena mengena. Ianya posting kehidupan dan memang itulah yang kita suka dan lalui.

Susunannya,

Crowd - sell - crowd.

Posting malam, buat side, fun-fun. Esoknya buat lagi benda ini. Susun semuanya. Kalian akan dapat crowd, follower mula naik, sales pun akan mula kencang.

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Travel, Kemanusiaan, Makanan, Story.

10 Perkara Tentang Content Marketing Hari Ini.

10 Perkara Tentang Content Marketing Hari Ini.

1. Hampir 80% pencarian 1-1 produk atau perkhidmatan menggunakan telefon bimbit berakhir dengan pembelian.

2. 48% pengguna media sosial tertarik dengan 1-1 produk hanya kerana penerangan yang betul dan pengiklanan yang ringkas dan padat.

3. Hampir 90% pembeli bersetuju apabila dia mahu membeli sesuatu dari seseorang di media sosial, dia mahu melihat gambar orang yang menjual serta yakin nama yang digunakan adalah nama manusia (bukan nama syarikat atau nama kedai).

4. Dikatakan, setiap 500 follower yang anda dapat, anda boleh menjana RM250/jam. Ia adalah kaitan penggunaan posting untuk mengumpul crowd atau menaikkan engagement atau terus membuat iklan. 

5. CMI Marketing Prof 9th Annual Marketing Survey mengatakan, “90% of successful content marketers prioritize their audiences needs over the sales and promotional messages,” dengan kata lain, posting crowd dan side vs iklan ialah 9:1.

Sekiranya anda membuat status iklan atau promosi produk lebih banyak dari status kehidupan yang memberi manfaat, anda akan hilang 5-12% audien pada setiap hari. 

6.  Hashtag digunakan di dalam content atau story, bukan lagi sebagai list di bahagian bawah posting. Ia sangat bagus digunakan bagi produk atau kempen.

7. Facebook menjadi medan education dan Instagram adalah medan entertainment. Ke 2-2 medan ini mempunyai asas dan ‘game’ berbeza.

8. React (klik like atau mana-mana butang emosi kepada komen atau terus reply) akan menjadikan orang itu setia dengan anda. 81% orang yang suka komen akan berubah kepada pelanggan kepada produk anda.

9. Facebook bersetuju untuk membuang akaun anda sekiranya anda bercakap dengan bahasa kasar, mengugut, memberi info salah, copy paste (walau dengan kredit) serta membawa pergaduhan di mana-mana ruangannya. Sesiapa sahaja boleh report dan akaun anda boleh dipenjarakan atau dibuang terus.

10. 63% pelanggan bersetuju yang mereka lebih yakin kepada satu-satu bisnes atau produk apabila syarikat tersebut juga mempunyai website atau blog.

Sumber: SocialMediaExaminer, JeffBullas, CMI, ContentExpert.

Khairul Hakimin Muhammad

Kosisten Setiap Hari Membuat 3 Posting.


Jika setiap hari anda membuat purata 3 posting, maka anda telah berjaya memuat naik status di Facebook sebanyak 90 kali dalam sebulan.

Dan dalam setahun, ia jadi 1,080 buah posting.

Cuba kira semula berapa banyak posting kalian yang ditulis dengan baik, memberi impak positif kepada pembaca dan berapa banyak pula yang bertukar kepada jualan?

Jika 10% (108 posting) dari posting tahunan (dari 1,080 buah posting) tersebut, menjana sekurang-kurangnya RM1,000 jualan, maka jualan setahun ialah RM108,000. 

Kita ambillah jadi dropshipper dapat komisen 25% maka bersih yang kita dapat ialah sebanyak RM27,000 setahun. 

Bahagi 12 bulan, dapatlah bersih RM2,250 sebulan. Dah sama macam gaji seorang eksekutif okeh. 

Itu kalau jualan RM1,000. Jika RM1,500? RM2,000? Semua boleh sahaja. 

Kawan-kawan yang baik,

Gunakan media sosial sebaiknya. Jika kalian tulis perkara yang beri kebaikan dan impak positif kepada audien, maka audien akan klik butang share. Dan dari share itulah follower kalian akan meningkat. 

Kemudian, tebarlah jala dan buat jualan dengan berstrategi. Kalian akan dapat hasilnya. 

Hari ini, ramainya suri rumah sudah handal membuat jualan dan menulis banyaknya perkara kebaikan di media sosial. Dan bergaya duduk di rumah menjadi dropshipper yang menjana puluhan ribu ringgit sebulan namun langsung tak mengeluarkan sesen pun modal. 

Dan saya sebagai orang yang berkongsi hal penyusunan content, membina bagaimana cerita terbentuk serta bagaimana menulis dengan betul di media sosial, amat-amatlah bersyukur. Alhamdulillah.

Dan kawan-kawan, 

Tak terlambat untuk mulakan hari ini. Gunakanlah media sosial ini dengan sebaiknya. Anda yang tentukan hasilnya bagaimana. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Sekadar berkongsi ilmu #TipsContentKHM kepada kalian. Alhamdulillah.

Hanya perlu 10% Dari Total Post Untuk Buat Iklan

Hanya perlu 10% dari total post untuk buat iklan .

Contoh, sehari kalian up 4 posting. 
Setahun, 4 kali 365 hari, jumlahnya 1,460 posting.

45% dari situ kalian buat posting crowd (high-impact) yang mana post tersebut akan menyebabkan orang klik butang share. Biasanya ia tentang content -  to educate, to inform dan to inspire. Follower akan naik dari post begini

Lagi 45% kalian nak hidupkan sosial media dengan meletakkan posting sampingan seperti selfie, check in, pergi makan, buat lawak, cia cia cia semua. Yang ini tak ada impact sangat pun namun ia beri perhatian kerana memang kalian wujud dan real, bukan fake. Follower akan banyak beri enggagement di sini.

Jadi 10% itu buat iklan betul-betul. 

146 posting iklan itu jika kita  post, katalah boleh dapat RM1,000/posting.

Jadi, 146 posting kali RM1,000 = RM146,000 sales setahun. 

Main Facebook dah 7 tahun, total sales ialah RM1.02 juta. 

Itu kalau posting iklan itu kita boleh dapat sales RM1,000. Kawan-kawan kami boleh ja dapat sekitar RM12,000-20,000/posting. 

Ianya adalah dengan susun content, susun posting dan susun strategi untuk muat naik. 

Orang lain buat duit gila-gila bermain media sosial, kita takat duk tengok jelah orang main, lepas itu marah itu tak boleh beli, ini tak boleh travel dan sebagainya. 

Haih. Geramnya.

Great Topic Yang Boleh Menarik Perhatian Pembaca di Media Sosial

 IBM telah membuat survery tentang “Great Topic” yang boleh menarik perhatian pembaca di media sosial. 

Ianya adalah titik persamaan yang besar yang mana jika kita muat naik, audien akan trigger dan boleh react dengan baik terhadap posting tersebut. Ia adalah:

1. Parenting.

2. Kesihatan, senaman, pemakanan dan ubatan.

3. Public safety di rumah, sekolah, tempat awam. 

4. Perbankan, simpanan dan pelaburan.

5. Hartanah, infrastruktur dan pembinaan.

6. Makanan, tips simpanan, organize dan resipi.

7. Produk untuk kesihatan (yang diluluskan). 

8. Kisah (story) tentang kempen kebaikan.

9. Education (khas untuk anak-anak bawah 10 tahun). 

10. Married life (kehidupan suami isteri) yang boleh dijadikan panduan. 

11. Pengangkutan termasuk kenderaan sendiri.

12. Travel, tips, itinerary, tempat menarik.

13. Gadget DIY untuk organizer rumah, untuk sihat sihat seperti home gym dan sebagainya.

14. Buku, novel dan travelog.

15. Fesyen, tips pemakanan, mix match dan sebagainya.

Kesemua 15 perkara ini adalah perkongsian dari pengalaman penulis. Dan biasanya jika ia ditulis melalui asas content (Fakta, Emosi, Bahasa dan Beri Impak Positif) akan dapat Share, kemudian membina engagement yang baik dan penulis tersebut akan mula membina followernya yang tersendiri. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Content Master, The Content Success.

Buku yang membantu penulisan di media sosial

Buku yang membantu penulisan di media sosial:

1. Travelog. Akan membantu dari sudut menulis hal fakta dalam bentuk yang santai.

2. Novel nipis. Membantu memasukkan visual emosi yang betul.

3. Non fiksyen seperti kisah kejayaan orang lain. Membantu mendapatkan perkataan dan ayat sesuai untuk tulis kisah kebenaran yang biasa kita jumpa.

Setkan Matlamat Untuk Bangunkan Content

Setkan Matlamat Untuk Bangunkan Content. Ia bukan sekadar ROI.

1. Untuk Brand Awareness. 
- lihat like, share dan komen (soalan) yang datang dari posting.

2. Untuk Kesetiaan Pelanggan atau Menaikkan Engagement. 
- Content berterusan untuk sentiasa memberi makna kepada pelanggan dalam apa sahaja bentuk seperti contest, hadiah serta iklan dalam bentuk kemanusiaan.

3. Untuk Membawa Leads masuk (sales).
- Content yang dibangunkan dalam bentuk Soft Sell atau Hard Sell untuk terus mendapatkan jualan. 

Boleh jadi bisnes kita perlu 3-3. Maka bangunkan 3-3nya ya. 

Khairul Hakimin Muhammad,
The Content Success.

Posting Kehidupan Yang Tak Perlu Ada Elemen Peribadi

Posting Kehidupan yang tak perlu ada elemen peribadi:

1. Jika nak cerita hal masak apa, tulis resipi. Orang bukan tahu kita sedang masak kepada yang tersayang. Ambil gambar makanan, step by step. Itu akan beri impak positif kepada audien. Ada banyak cara, bento kepada anak, bekal kepada suami, boleh jadi ada resipi setiap hari. Walau bisnes kosmetik, tulis resipi adalah termasuk dalam posting kehidupan, ia ok. 

2. Jika keluar dari rumah mahu makan di kedai bersama keluarga. Tak perlu selfie sekeluarga. Cukup buat ulasan kedai tersebut, makan apa, tulis apa yang dihidang, apa yang bersih, parking bagaimana dan lokasinya. Itu impak positif kepada audien.

3. Di rumah, anak selalu ada masalah belajar. Namun kita tahu tips dan teknik nak beri dia fokus. Tulislah posting itu tanpa perlu sebut pun nama anak, tanpa perlu letak pun gambar anak. Itu adalah impak positif kepada audien. 

4. Tips sidai baju, lipat baju, susun baju, organize baju. 

5. Organize dapur, guna elemen tupperware dan sebagainya.

6. Kalau pandai deko, cerita bagaimana konsep dan sebagainya. Semua boleh. 

7. Tips mengaji, belajar, senangnya didik anak begitu begini semua boleh sahaja kongsi. 

8. Janji ada impak positif kepada audien. Ingat, elemen peribadi bermaksud perkara-perkara yang sangat rapat dengan kehidupan kalian seperti kisah dalam bilik tidur, gambar anak-anak, gambar isteri / suami. 

Ada banyak elemen dalam rumah yang boleh ditulis tanpa perlu ada elemen peribadi, ia mesti beri sesuatu kepada yang membaca. Apabila dia sudah baca, dia rasa terisi dengan ilmu, rasa boleh buat terus dan ada perasaan untuk cuba. Itulah impak positif kepada audien. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tenang-tenang tulis.

Personal Branding di Media Sosial

Personal Branding di Media Sosial.

1. Dalam 4 posting sehari, 3 post kehidupan, 1 post sahaja bisnes.

2. Akaun personal ialah medan kehidupan. Akaun page = bisnes. 

3. Kalau ada bisnes kosmetik, tak perlu bersusah payah nak bangunkan semua hal kosmetik. Buat post dalam kehidupan seharian, bagaimana guna, video make up, tips cara pakai dan untuk iklan, fokus sahaja kepada 2 jenis (hard sell dan soft sell). 

4. Personal branding di media sosial berbeza dengan orang yang sudah dikenali sebelum ada media sosial dan orang yang baru nak up. 

Orang dah dikenali, bolehlah sembang kata kena up pasal bisnes dia hari-hari.

Orang yang baru nak up, ia perlu dapat trust dahulu. Sembang banyak pasal bisnes, orang nak follow pun takut apatah lagi nak beli barang.

5. Personal branding lebih rendah kekuatannya berbanding company branding. Namun 2-2nya boleh naik seiring dengan baik.  Orang yang mahu menaikkan diri dalam bidangnya di media sosial, kena sembang juga hal kehidupan, barulah ada kepercayaan tinggi. 

Kalau hari-hari tak habis tentang tips, berjual, kempen beriya sana sini, tak mahu ada posting yang mahu buktikan dia wujud seperti manusia biasa, berhati-hatilah. 

Orang yang tak mahu reveal kehidupannya, boleh jadi dia itu sendiri adalah palsu. Apatah lagi postingnya. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Storyteller

10 Bukti Yang Anda Sedang Membuang Masa

10 Bukti Yang Anda Sedang Membuang Masa. 

1. Menanti-nanti inspirasi. 
- untuk dapatkan inspirasi, ia bukan datang bergolek. Kalian perlu bangun dan berbuat. Jika duduk sesaja, memang taklah. Ia mesti dalam bentuk tindakan. Inspirasi akan datang apabila kalian buat silap atau berjaya. Silap = baiki. Berjaya = bantu orang. 

2. Risau apa yang orang lain fikir. 
- tak habis-habis fikir apa yang orang lain fikir tentang kita. Ia biasanya jadikan kita terperuk dalam bilik atau rumah. Tak bertindak dan jadi pengecut kepada fikiran sendiri. Bangun! Lawan dan usahakan sesuatu!

3. Kuat Merungut. 
- Jika kalian kuat komplen. Kena cek diri sendiri. Orang yang suka merungut biasanya mulut sahaja jalan. Diri sendiri tidak. Dan dia sendang buang masa untuk repair, untuk bantu dan untuk tolong. Jenis menjerit dan menyuruh sana sini. Sendiri buat? No. Tak ada, kemudian komplen komplen komplen. 

4. Cuba untuk puaskan hati semua orang.
- Tak berhenti nak buat itu ini untuk semua orang. Menjadikan ianya akan tercicir di mana-mana. Hilang fokus dan kemudian akan sesat dalam perjalanan sendiri. Relaks, dan buat perlahan-lahan untuk diri dan orang terdekat dahulu. 

5. Kuat bandingkan diri dengan orang lain. 
- Ini 1 hal. Melihat competitor itu bagus. Belajar apa yang mereka buat juga bagus. Namun membanding kekuatan sampai tak perasan diri itu lemah bukan main itu yang jadi hal. Ia biasanya akan jadikan kita down dan malas nak teruskan perjuangan. Stop! Fokus bina tentera, pasang strategi untuk menang. 

6. Ulang kesilapan. 
- Ini eloklah kena penampar. Kalau pernah buat 1-1 kesilapan, kemudian tak belajar dan ulang lagi dan lagi. Kau bukan sahaja membuang masa. Malah kau buang duit, tenaga dan segala yang kau laburkan. 

7. Terlalu perfectionist. 
- Yang ini akan menjadikan kalian slow ya amat. Sikit-sikit nak repair. Sikit-sikit salah sana salah sini. Tak mahu teruskan kalau ada secubit pun perkara yang tidak memuaskan hatinya. Kadang-kadang, kena bulldoze. Buat sahaja dan tengok hasil. Kemudian, repair repair repair. Barulah belajar dari kesilapan. Oh ya, bulldoze with brain okeh. 

8. Tidak susun keutamaan. 
- Jika jenis main belasah semua benda. Asal tersangkut, masa itulah akan terganggu semua perancangan. Kalau susun mana dulu yang priority dan sebagainya. Ia akan memudahkan kerja!

9. Jenis Takut Gagal. 
- Bila takut gagal, sahihlah tak mahu mencuba. Dan bila tak mencuba, tak tahu hasil dan takkan belajar mana salah silapnya. Aduhlah. 

10. Tidak hidup untuk diri sendiri.
- Jenis tak habis-habis nak please orang lain. Diri sendiri tak merasa hasil. Kena marah, kena maki kena macam-macam sampai diri sendiri down dan depress. Lalu hati jadi mati dan buang masa memberi kekayaan kepada orang lain. Sendiri miskin. 

Begitulah. Bangkit kawan-kawan! 

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita lawan! Masa itu duit okeh. Lambat seminit, rugi beribu! Bangun!

3 Jenis Saluran Pengedaran Content Yang Dalam Dunia Internet

Mengikut JeffBullas.com, ada 3 jenis saluran pengedaran content yang bagus dalam dunia internet.

Ia disebut sebagai Digital Marketing Trifecta.

1. Owned Media (Media yang kita dimiliki):

Owner yang memiliki sendiri platform ini seperti blog dan website. Biasanya ia menjadi tumpuan kerana penulisan blog dan dalam masa sama, kedai diwujudkan supaya memudahkan pembelian.

1. Earned Media (Media yang diperoleh) - Sebaik sahaja anda meletakkan content anda di saluran ini, audien akan dapat membaca dan berkongsi secara terus.

Biasanya ia adalah akaun media sosial yang percuma seperti Facebook, Instagram, Twitter, Kontakte, Tumblr, Flikr, Sweebee, Youtube dan sebagainya.

Ia membawa kepada pendedahan lebih organik untuk content anda dalam bentuk likes, komen dan share.

3. Paid Media (Media berbayar) - Dalam lanskap media sosial semasa, update content yang dihybrid dengan iklan akan dilihat oleh peratusan kecil pengikut.

Iklan ini datang dalam bentuk sponsored, boost post dan sebagainya. Ia adalah akaun berbayar (atau iklan berbayar) dari media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Jika kalian lihat ke 3-3 jenis platform ini, ada 1 sahaja titik persamaan. Iaitu CONTENT.

Jika content bagus, orang suka dan orang akan setia datang ke situ walau di mana ia berada.

Bangunkan content di media yang anda miliki dan lihatlah kalian akan dapat bina pengikut dan mudahnya membuat jualan sampai juta-juta.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
www.khairulhakimin.com

10 Tanda Anda Sudah Matang Bermain Media Sosial

10 Tanda Anda Sudah Matang Bermain Media Sosial.

1. Hanya memuat naik perkara yang perlu sahaja. Hal peribadi, kejayaan atau kesedihan yang tidak mempunyai apa-apa impak kepada pembaca lain, tidak dimuat naik kepada umum.

2. Bermain media social hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Masih boleh berinteraksi dengan baik bersama kawan-kawan dan keluarga.

3. Pilih bahan bacaan yang betul dan tepat. Tidak sesekali mengikut rentak orang lain dengan mengetahui hal viral yang tidak penting, tidak perlu dan membuang masa.

4. Hanya tekan share apabila perkara itu sahih, memberi impak positif dan untuk menyebarkan kebaikan sahaja. Selain dari itu, abaikan.

5. Banyak memberi peluang kepada diri untuk siasat terlebih dahulu mana-mana berita sebelum copy dan paste di medan lain seperti Whatsapp dan sebagainya. Tak perlu jadi hero untuk sentiasa kekal nombor 1 dalam menyampaikan berita. Tak ada siapa nak anugerahkan perkara itu.

6. Menghormati perbezaan apabila ada perbincangan. Sekiranya dikecam kerana berbuat salah dan silap, tak perlu bertahan untuk sombong, boleh sahaja memohon maaf dan teruskan bermain media social seperti biasa.

7. Tidak mengecam orang lain sekiranya dia berbuat salah dan silap. Tegur dengan baik dan lebih baik secara PM tepi.

8. Tak perlu paksa orang untuk menerima pendapat atau cadangan kita. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan apa yang kita utarakan, berlapang dada untuk terima.

9. Menghormati tuan punya posting tanpa perlu copy paste. Sekiranya mahu kongsi, klik butang share. Copy dan kemudian letak kredit di medan sama (Facebook) tetap tidak ada integrity. Jika paste di web, blog, whatsapp dan medan lain, ia ok.

10. Sesekali, enjoy sahaja bermain media social. Banyakkan buat posting kebahagiaan, hentikan kecam sana kecam sini. Tulis benda baik, kongsi perkara yang kita suka buat dan sentiasa kemaskini kebaikan, ia akan kembali semula kepada kita. Audien kita adalah apa yang kita muat naik.


Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Ulang Tahun ke-10 bermain Facebook.

Kenapa Orang Tak Mahu Baca Cerita Kita

Kenapa orang tak mahu baca cerita kita?

1. Terlalu banyak watak (character). 3 watak maksimum untuk penulisan di media sosial. Contoh nak cerita tentang parenting, cukup tentang anak kita, kita dan isteri atau suami, tak perlu pergi ambil tambah watak anak jiran anak Jessica Alba bagai.

2. Terlalu banyak plot. Maksimum 3 plot sahaja untuk dimuat naik di Facebook. Mesti ada naik turun emosi, dan pengakhiran, mesti memberi impak positif walau emosinya sedih.

3. Sangat bagus ada conflict dan solusi. Contohnya, anak malas belajar (conflict) jadi terus beri step by step untuk anak menjadi rajin (solusi).

4. Ending dengan ibrah, impak positif yang audien boleh buat terus apabila sudah baca.

Barulah orang akan klik butang share dan berkongsi sesama kalian.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Salam dari Dubai, Transit sat.

Tips Penulisan Berpengaruh



Sedikit tips Penulisan Berpengaruh yang saya amalkan dari tahun 2015 dan kini mempunyai lebih 188,000 pengikut.

1. Ejaan Betul. Tidak kira kalian siapa, santai atau rojak atau biasa, tulislah dengan ejaan yang betul tanpa 1 singkatan pun. Ejaan yang bagus akan membantu menaikkan kredibiliti, memberi kefahaman yang baik dan membantu  ‘see translation’ berfungsi dengan sempurna.

2. Perkataan biasa. Sebaiknya guna perkataan yang biasa. Tidak perlu sampai menulis dengan perkataan canggih dan bombastik hingga akhirnya memberi orang lain sukar untuk faham.

3. Beri ayat yang tepat. Tak perlu panjang lebar memberi penerangan. Sekiranya boleh diringkaskan dan sudah memberi kefahaman, terus titik noktah. Panjang-panjang nanti akan jadi membebel.

4. Satu lagi hal membebel iala banyaknya pengulangan perkataan yang sama di dalam 1 perenggan. Elakkan. Ia akan tambah bosan orang membaca.

5. Pastikan 4-5 baris ayat, buat perenggan. Ia mesti ada ruang antara 1-1 perenggan itu supaya ia memudahkan orang membaca menggunakan telefon bimbit. Ingat, 90% pengguna media sosial, guna telefon bukan laptop.

6. Pastikan tulisan kita beri impak positif kepada audien. Jika tidak, sukar benar mereka ingin klik butang share.

7. Tenang dalam menggunakan perkataan. Sama ada marah, gelisah atau teruja, pilih perkataan yang sesuai. Dilarang sama sekali berkasar, mencarut dan sebagainya.

8. Tulis perkara yang kita mahir, suka dan sudah kaji. Jika tidak, kita akan dapat soalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya.

9. Jika ingin banyak share (untuk naikkan follower), tulis perkara yang banyak titik persamaan di antara kita semua. Jika tulis perkara rare, orang akan keliru dan kita sahaja yang akan faham.

10. Untuk dapat like dan komen (bagi naikkan enggagement) tulis perkara yang menghiburkan orang. Audien yang tersenyum biasanya akan setia.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Content Developer.

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...