Popcash

Ahad, 28 April 2024

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

 KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuhi permintaan ibu pelakon itu.

Kata wanita berusia 24 tahun itu, keadaan kekasihnya yang masih terkejut selepas ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies membuatkan lelaki itu enggan pulang ke Singapura.


SARAH Yasmine dedah pernah sebumbung dengan Aliff Aziz selama sebulan.

“Ibu Aliff yang hubungi saya meminta bantuan untuk tengokkan keadaan anaknya yang pada waktu itu dalam situasi kurang baik.

“Aliff sangat teruk waktu itu sampai tak mahu pulang, jadi mak dia pun minta izin tumpangkan dia di rumah saya selepas akhirnya saya dedahkan hubungan kami.

“Dia enggan balik ke Singapura atas beberapa sebab, saya bawa dia duduk seketika di rumah sewa saya yang turut dihuni beberapa rakan lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Sarah, sewaktu kejadian Aliff ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies, dia sudah berada di ibu negara sekitar seminggu.

Namun disebabkan berlakunya insiden tersebut, tempohnya di negara ini dilanjutkan sehingga dua minggu sebelum mengambil keputusan pulang ke kota singa.

“Mac lalu saya menyewa sekejap dengan kawan di Kuala Lumpur kerana ada ‘job’ di sini dan dua minggu kemudian saya bawa dia balik ke Singapura untuk berehat.

“Ketika hari kejadian dia ada hubungi saya, cuma selepas tengah malam tiada sebarang ucapan selamat malam seperti rutin selalu membuatkan saya tak sedap hati.

“Keesokan pagi sebaik bangun tidur baru saya tahu kejadian tangkapan itu (khalwat), tetapi panggilan ke Aliff tidak berjawab sampai dia dibebaskan selepas pukul 2 petang,” ujarnya pada pertemuan ekslusif dengan media di Sg. Besi, hari ini.

Sarah yang ditemani ibunya pada perjumpaan tersebut turut mendedahkan Aliff juga memujuknya selain menjelaskan perkara yang berlaku pada 9 Mac lalu.

Mengakui tidak terus jatuh hukum atau membiarkan Aliff bersendirian menghadapi situasi sukar, keyakinan membuatkannya terus bertahan.

Namun selepas terjumpa bukti di telefon kekasihnya yang ditunjukkan Aliff sendiri mengakibatkan pergaduhan besar antara mereka sehingga dia meminta lelaki itu membuat pilihan.

“Banyak bukti saya dapat atas kebenaran diberikan Aliff selepas saya baca dan tengok sendiri mesej antara mereka yang turut menyebut Bella serta beberapa nama lain.

“Saya bukan mereka-reka pendedahan yang saya buat, cuma terkilan apabila tindakan saya disalah ertikan pihak luar sedangkan mereka tidak tahu hal sebenar.

“Semua ini benar, memang fokus utama saya adalah ingin mengelakkan Aliff berterusan dipergunakan individu tertentu,” ujarnya.

Sejak Isnin lalu, arena hiburan panas apabila wanita itu menyelak rahsia Aliff dan Ruhainies termasuk dakwaan mereka bercinta, selain aktres tersebut dikatakan menggunakan lelaki terbabit untuk menjatuhkan Bella.

Pendedahan dibuat Sarah turut mengheret lebih ramai selebriti termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong serta pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman selain terbaru Meerqeen dan Sophia Albarakbah. – KOSMO! ONLINE


Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...