Popcash

Memaparkan catatan dengan label storyTelling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label storyTelling. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2020

Storytelling adalah bahasa dari hati

Saya ada pandangan tersendiri tentang "storytelling" di media sosial ini. 

1. Banyak orang berfikir masalah utama mereka adalah mereka tak pandai menulis.

2. Saya kurang setuju, menulis di media sosial tak sesukar menulis untuk kertas cadangan atau sebuah laporan.

3. Menulis di media sosial sekadar untuk menyampaikan bicara hati, ia tidak perlu kepada kemahiran menulis aras tinggi.

4. Ramai juga sangka masalah menulis di media sosial adalah masalah content, masalah kekontangan isi, kolam idea kering selalu. 

5. Saya kurang setuju, kita sebenarnya terdedah dengan banyak peristiwa , tiap hari ada saja isu baru yang muncul, maklumat juga sekarang berada di hujung jari. 

6. Pada saya masalah utama dalam penulisan adalah masalah melihat.

7. Penulisan adalah wadah untuk menyampaikan apa yang kita lihat, agar orang yang membaca tulisan kita itu dapat melihat seperti mana kita melihat.

8. Kita harus mampu melihat satu isu itu dari sudut yang lain, dari sudut berbeza,  baru kemahiran menulis dan kecekapan mencari bahan kita menjadi produktif. 

9. Jika kita pandai menulis, dan pandai cari bahan, tapi kita tidak berlatih cara  melihat, maka kita akan nampak  apa yang orang lain juga nampak dalam sesuatu isu itu, tiada perbezaan. 

10. Asas utama dalam pemasaran ialah perbezaan, jika kita gagal mencipta perbezaan, hasil kita bersifat komoditi, berlatih cara melihat adalah langkah pertama dalam mencipta  perbezaan sama ada dalam penulisan atau pun perniagaan. 

11. Saya berlatih untuk memperbaharui cara melihat setiap hari, namun masih belum pandai - pandai lagi, tapi insyaallah saya akan terus berlatih dan berlatih...

12. Semua orang boleh menulis sebenarnya, semua orang ada content, cuma kita tidak pandai melihat content itu dari sudut berbeza, kerana kita kurang berlatih - itu saja.

 Universiti Realiti
  Adli Azamin Shukri

Foto : the hidden things, "storytelling" adalah menulis apa yang kita lihat dengan mengguna bahasa hati.

Rabu, 13 Mei 2020

Cara membuat StoryTelling lebih bagus dari menulis Content biasa

Soalan: Mengapa tuan kata #StoryTelling lebih bagus dari menulis #Content biasa?

Jawapan: Kerana kita semua suka dengar cerita. Agama kita datang kepada kita dalam bentuk bercerita, kisah Nabi (selawat) juga dalam bentuk bercerita, kisah ibu bapa, keluarga, kasih sayang, kejayaan, keseronokan, kebahagiaan, kekecewaan, semuanya dalam bentuk cerita. 

Cerita biasanya impaknya lebih baik, lebih bagus, lebih seronok berbanding penulisan rencana dan content biasa yang ditulis dalam bentuk poin atau nombor. Itu normal.

Bagaimana nak tulis cerita di media sosial? Tengok kembali bagaimana kita bertutur, bercakap dan berbuat. Itu adalah teknik paling bagus.

Media sosial medan interaksi, tulis dengan bahasa mudah namun dieja dengan betul. Itu sahaja!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Saya suka story telling!

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...