Popcash

Memaparkan catatan dengan label cara menulis Content semudah ABC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara menulis Content semudah ABC. Papar semua catatan

Selasa, 1 Disember 2020

Cara Menulis Content Semudah ABC

Nak tengok satu-satu perkara untuk tulis ke dalam dunia #content, jujurnya mudah sahaja kawan-kawan:

Contoh kita makan tengah hari di sebuah restoran, oklah Kedai Makan Mak Som. Baik, bagaimana nak susun ia dalam dunia content? Begini:

1. Ambil sahaja lauk yang kita suka. Kemudian duduk, pergi basuh tangan. Haha.

2. Ambil gambar makanan tersebut.

3. Okey. Dekat sini jujurnya kita boleh jadikan ia sebagai 3 jenis posting berbeza. Ia adalah:

To educate: Bagaimana nak masak lauk yang sama macam Mak Som masak, ia posting resipi, how to, bagaimana petua sedap begitu begini, banyaklah boleh buat kalau to educate ini.

To Inform: terus tulis apa yang kalian makan, dekat mana, lokasi kena tulis dengan tepat, kasi harga, ambil lagi beberapa keping gambar dalam restoran termasuk gambar lauk lain dan tempat duduk nak makan <<< ini senang viral. Hihi.

To inspire: ha cari sedikit kisah Mak Som dan ceritakan tentang bagaimana beliau boleh sukses berniaga. Dapat bersembang dengan beliau adalah kredit besar.

*** 

Nampak tak dunia content sangat besar. Dengan 1 pinggan nasi, boleh buat banyaknya tulisan bermanfaat. Kita yang putuskan nak tulis apa, janji memberi faedah kepada yang membaca.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...