Popcash

Memaparkan catatan dengan label cara membuat content yang berkesan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara membuat content yang berkesan. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Jun 2020

Cara Membuat Content Yang Berkesan

Tuan Hafizul Hakim seorang jurutera yang fokus menulis tentang hal simpanan, emas dan juga kisah pengembaraan keluar negara.

Selepas ikuti beberapa kelas juga bootcamp, beliau berlari dari 0 pengikut, dan hari ini melebihi 28,000 pengikut.

Jualannya juga sudah mencecah jutaan ringgit. Beliau hanya tulis #content yang tersusun. 

Beliau fokus kepada apa yang beliau tahu, mahir dan suka. Lalu dihamparkan menjadi bacaan yang orang nanti-nantikan.

Iya, tak semua status beliau menjadi viral, namun ia tetap menjadi penyeri kepada mereka yang benar-benar mengikuti beliau. 

Content yang beliau muat naik adalah perkara yang kita semua biasa tahu. Cuma ianya ditulis dengan beri impak positif yang cukup kuat. 

Beliau beri step by step,
Beliau sediakan cara dan bagaimana nak buat itu nak buat ini. Menjadikan apa yang beliau up itu:

1. Orang boleh faham terus
2. Orang boleh buat terus.
3. Orang boleh tiru terus (tiru maksudnya terus buat apa yang dia telah buat, buat copy-paste status / posting)
4. Boleh beli terus.

4 perkara inilah maksud sebenar MEMBERI IMPAK POSITIF kepada audien.

Kalau kita menulis, kita sahaja yang faham. Maka itu belum sampai ke tahap memberi kesan positif kepada orang lain. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Syukurnya semakin ramai yang berjaya. Mahu lagi tips content percuma, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...