Pun begitu, bagi memastikan pokok cili kekal subur dan bebas serangan serangga perosak, pokok cili perlu juga diberi tumpuan dan penjagaan rapi.
Antara masalah yang sering dihadapi bila menanam pokok cili adalah daunnya akan kelihatan tidak subur.
Nak tahu cara merawat nya? Mudah sahaja dengan menggunakan bahan yang boleh disediakan sendiri, ayuh ikut perkongsian daripada Izham Alias ini.
Siapa tanam cili?
Mesti pernah alami masalah daun kerinting, kan? Ini saya bagi satu tipu untuk rawat.
Caranya adalah guna kunyit.
Langkah pertama: Tumbuk kunyit sampai hancur. Bukan serbuk kunyit kedai tu ye. Kunyit hidup orang panggil.
Langkah kedua: Tabur keliling pokok sebanyak 1 sudu makan.
Langkah ketiga: Siram air.
Langkah keempat: Tabur 3-4 hari sekali sehingga pucuk baru yang tumbuh kembali normal.
Boleh tgk contoh pokok yang diberi treatment ini?
BalasPadam