Youtuber dari Rusia telah melakukan tindakan kejam terhadap kekasihnya melalui Youtube Live. Kejadian itu berakhir dengan kehilangan nyawa apabila kekasihnya yang sedang hamil mati , lapor The New York Post.
Youtuber yang dikenali sebagai Stas Reeflay telah memaksa kekasihnya, Valya, hanya memakai seluar dalam dan berdiri di luar rumah pada suhu di bawah sifar. Tindakan ini dilakukan setelah salah seorang penonton memberi sejumlah wang sebanyak USD1,000 .
Valya cuba untuk menutup badan dengan jaket, tetapi Stas melarang dia memakai jaket. Dalam video yang disiarkan secara Live, Stas mengatakan kepada teman wanitanya bahawa dia mesti berdiri selama 15 minit di luar rumah pada suhu di bawah sifar.
Selepas 15 minit, Stas membawa Valya masuk ke dalam rumah, dan dia mula menyedari bahawa Valya sudah tidak sedarkan diri.
“Valya, Valya, kamu seperti mati. Valya, katakan sesuatu. Saya bimbang. Sial .. Saya tidak merasakan degup jantungnya,” kata Stas yang panik, tetapi masih menyiarkan kejadian itu secara ‘live’.
“Kawan-kawan, tidak ada nadi. Dia pucat. Dia tidak bernafas,” tambahnya.
Siaran langsung itu berterusan sehinggalah paramedik dan polis tiba. Valya dinyatakan mati di tempat kejadian. Diduga kerana hipotermia. Stas pula ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis. Jika didapati bersalah membunuh, dia bolah dipenjara hingga 15 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan