Popcash

Memaparkan catatan dengan label Cik B Dato' Vida. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cik B Dato' Vida. Papar semua catatan

Khamis, 3 Disember 2020

Haters hina Cik B “Duit Banyak, Pergilah Kuruskan Badan, Cantikkan Muka” , Ini Komen Cik B

Cik B anak Jutawan Dato' Vida sekali lagi mendapat komen berbaur sinis yang memperlekehkan bentuk badan dan paras rupanya daripada haters.

Haters tersebut juga turut mengaitkan kekayaan keluarga Cik B dengan memintanya untuk menguruskan badan dan mencantikkan wajah.

Tulisan sindiran berkenaan; “Duit banyak, pergilah kuruskan badan, cantikkan muka. Itu pun nak ajar. B*d*h.

Bagaimanapun, Cik B tampil menjawab ciapan berkenaan dengan menjelaskan dia selesa dengan tubuh badannya sekarang.

“Cik B suka muka dan badan Cik B yang sekarang,” jawabnya ringkas.

Kematangan Cik B itu meraih pujian netizen dan menganggap tidak perlu untuk menghakimi bentuk badan dan paras rupa seseorang.

“Muka dah manis dan badan kalau Cik B sihat tak da apa-apa penyakit okey, as long as Cik B happy thats good.. Dont listen or pay attention to negative talk, unless advice by professional,” tulis seorang pengguna.

“Kalau ikutkan kekayaan Cik B dgn Dato Vida ni, setakat nak kuruskan badan cantikkan muka macam si bodoh tu cakap, sebelah mata ja bro. tapi sebab dia ada kecantikan dia sendiri, tak perlu pun dia nak buat semua tu,” tambah pengguna lain pula.

Netizen lain juga menyokong pendirian Cik B dan meminta agar tidak melayan komen sebegitu lagi.


Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...