Popcash

Memaparkan catatan dengan label cara daftar i akaun kwsp melalui kiosk kwsp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara daftar i akaun kwsp melalui kiosk kwsp. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Disember 2020

Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP

Permohonan i-Sinar akan dibuka pada 21 Disember depan. Permohonan tersebut haruslah menggunakan portal rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/


Manakala i-Akaun adalah untuk memudahkan urusan pengurusan wang EPF KWSP, ahli digalakkan untuk register i-Akaun.

Kemudahan yang ditawarkan oleh i-Akaun KWSP 
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman
  • Transaksi caruman KWSP terkini
Berikut merupakan cara untuk mendaftar i-akaun KWSP menggunakan KIOSK KWSP atau BANK.

Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP

Berikut adalah cara daftar :
  • Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, imbas cap jari.
  • Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefonpendaftar oleh pihak KWSP.
  • Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan imbas cap jari sekali lagi.
  • Pilih "Semak Penyata" dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2 dan baki keseluruhan.
  • Sila muat turun aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda melalui Play Store bagi Android atau App Store bagi pengguna Ios.
  • Masukkan nombor ID dan kata laluan yang diperolehi daripada kiosk.
  • Sila masukkan nombor ID dan kata laluan baruuntuk memudahkan anda.
  • Pendaftar i-Akaun berjaya.
Cara Semakan Lokasi Kiosk KWSP Berdekatan Anda
  1. Layari laman web rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/
  2. Tekan bahagian "Hubungi Kami / Reach Us" dan klik di paparan "Pejabat dan Kios / Offices and Kiosks"
  3. Pilih negeri mana yang anda sedang duduki, pilih "Pihak Ketiga Kios" di bahagian Jenis dan Klik Carian.
  4. Senarai kiosk yang anda cari terpapar.


Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...