Popcash

Isnin, 24 Ogos 2020

Cara Membuat Profile Media Sosial

#Profiling ni mudah ja kawan-kawan. 

1. Profile itu mesti buat orang selesa.

2. Mesti guna gambar manusia, guna nama manusia. Bukan gambar lain, bukan nama selain nama manusia.

3. Profilenya public dan ada butang follow.

4. Profile yang orang nak follow ialah yang memuat naik posting secara consistent tentang 1-1 topik tersebut. 

5. Topik boleh lebih dari 1. 5 pun hokey anak-anak heh. Janji consistent.

Ha gituuu. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Kalau nak copy-paste, pastikan kredit ke channel ini https://t.me/ContentKHM

Sabtu, 22 Ogos 2020

Cara Membina Content Untuk Jualan

Untuk menjual, #content yang bagus biasanya mempunyai kekuatan luar biasa perkataannya. Biasanya, apabila orang baca, orang akan beli terus. Ia adalah 5 perkara ini:

1. Gunakan panggilan yang sesuai.
- awak, kamu, you, you all, anda, kalian. Bergantung kepada stail penulisan masing-masing.

2. Tambah sesuatu perkara dengan beri ia secara percuma. Perkataan percuma itu biasanya memberi nilai yang besar kepada audien.

3. Perkataan “kerana” sangat besar impaknya. Beritahu audien kenapa mereka perlu dapatkan produk / perkhidmatan kalian.

4. Perkataan “tidak rugi, kurang risiko, mudah, cepat, bagus,” akan beri audien rasa selesa. Beritahu audien yang produk / perkhidmatan kalian sangat rendah risikonya. (Namun tolonglah tidak gunakan pada tempat yang betul, mesti masih patuh syariah ya).

5. Beri arahan / perintah seperti “cepat! Lekas! Tinggal dua sahaja! Dapatkan sekarang!” Ini akan meningkatkan urgency dan audien akan membeli dengan segera. 

Begitulah. Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad, 
Nak tips lagi? Kekal terus di Channel ini yaaa https://t.me/ContentKHM

Jumaat, 14 Ogos 2020

Cara Susun Atur Posting Di Media Sosial

Susun atur posting. 

1. Di posting / feed - posting sesuai diup sekitar 2-3 kali sehari. Ambil selang masa 2-3 jam antara posting crowd / side dengan sales. 

Crowd - 7-8am.
Sales - 10am.
Side - 12pm.
Sales - 1pm.
Crowd - 4pm
Sales - 8pm.
Side - 10pm.

Kalau nak 3 posting, susun sahaja.
Nak 10 posting pun susun sahaja.

Crowd = orang akan share / repost, jadi dapat double engagement (orang berkumpul di wall).

Kemudian tebar jala dengan posting sales. Orang beli barang yang kita up.

Selepas itu nak naikkan semula engagement, buat posting side seperti OOTD, Selfie dan sebagainya. 

Dapat sesuatu?

Ha gitulah. Good luck.

Khairul Hakimin Muhammad.
Silakan Copy Paste tulisan ini dan beri kepada ejen, kawan, saudara mara kita yang berniaga. Nak tips lagi, terus ke sini okeh: https://t.me/ContentKHM

Bangunkan Channel Telegram

Bangunkan diri di media sosial, wajib ada Channel Telegram. Ia adalah

1. Funnelling. 
- kita lorongkan orang mempunyai minat, kesukaan dan perhatian sama ke situ.

2. Pembangunan #content yang sekata. Tiada banyak pilihan posting namun fokus kepada beberapa perkara sahaja.

3. Jika kita selebriti, ikon, atau manusia dikenali di kaca tv dan mana-mana media lain, kita boleh bangunkan sebanyak mana dan berbagai jenis content di situ.

4. Namun jika kita tidak dikenali dan baru bermula, adalah sangat baik kita fokus kepada pembangunan content yang tersusun dan berstrategi. Pemilihan topik amat penting untuk jadi crowd puller.

5. Iklan boleh dibuat namun ia ada kaitan dengan pembangunan topik crowd puller tersebut.

6. Boleh sahaja nak guna nama sendiri atau judul topik sebagai nama Channel. 

7. Mesti muat naik sekurang-kurangnya 1 post sehari.

*****

Mengumpulkan orang yang punya minat sama, kesukaan sama dan mahu belajar perkara sama adalah satu keperluan hari ini.

Rugi jika tak buat. Jika masih belum ada, hari ini boleh mulakan. 

Begitulah,

Khairul Hakimin Muhammad,
Channel saya: https://t.me/ContentKHM

Selasa, 11 Ogos 2020

Guna Formula 50/20/30 membina content

Setiap kali menulis #content, saya gunakan formula 50/20/30.

50% #Fakta.
20% #Emosi.
30% #ImpakPositif.

Pendapat atau pandangan sendiri, saya ketepikan terus. Ingat, di media sosial, hal ini tak penting.

Orang suka baca benda benar, betul dan bermaklumat walau ia sekadar menulis resipi, hal berkebun atau perkara yang boleh buat kita kurus, sihat dan cergas. 

Yang penting ianya adalah fakta. Dan fakta itu tidaklah sampai ianya seperti rencana. Ia hanya perkara yang benar dan betul sahaja.

*

Contoh ayat fakta di media sosial:

Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam.

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. 

Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. 

Sebut 16 jam, 8 jam, air masak, tanpa susu, tanpa gula, semua itu adalah fakta untuk mereka yang mengamalkan diet intermitten fasting. 

*

Untuk emosi, beritahu dengan jelas dan visualkan semuanya dengan perkataan dan ayat yang betul. 

Contoh ayat yang ditambah emosi:

Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. Tenang, kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu drama. 

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja!

Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Ha ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey! 

Nampak tak penambahan tatabahasa seperti tanda seru, tanda soal, semua itu memberi emosi kepada pembaca. Ada juga penambahan ayat seperti sedang berinteraksi, ada juga divisualkan seperti perkataan lompat bintang. Itu semua emosi yang bagus.

*

Impak postif pula, ia mesti:

- apabila orang baca, orang faham. Atau,
- apabila orang baca, orang boleh buat terus. Atau 
- apabila orang baca, orang boleh beli terus. 

Jadi dalam kes intermittent fasting ini, kalian boleh tambah di hujung posting dengan menulis:

Jika kalian nak bermula, 

Download aps Body Fast. Ia akan bantu kalian rujuk berapa berat, berapa ukur lilit, dan waktu puasa dan makan kalian.

Kemudian, kalau ada bajet ambil coach, tak ada, tak apa.

Siap sedia untuk puasa pada hari isnin sampai ahad. Jika nak buat cheat day, susun hari yang sesuai.

Minggu pertama akan turun sekitar 2-3kg bergantung kepada jenis orang. Mula makan nasi, jangan terus tak makan nasi. Tenang-tenang.

(Sampai habis step).

*

Itu antara mudahnya menulis menggunakan content.

Masing-masing kena set formula dan bagaimana nak tulis supaya sentiasa beri impak kepada audien. Jika tulis suka-suka dan sekadar seronok, ok sahaja. 

Namun jika nak ianya diklik butang share, atau orang beli apa yang kita nak jual, kena usaha betul-betul jadikan posting kita posting yang terbaik. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM.

Sabtu, 8 Ogos 2020

Bagaimana nak pastikan pengikut kita adalah pengikut yang betul?

Soalan: Bagaimana nak pastikan pengikut kita adalah pengikut yang betul? 

Jawapan: Ia boleh dilihat dengan apa yang kita telah tulis dan paparkan di wall kita sendiri.

Jika kita rajin (konsisten) menulis resipi senang, maka kita dapat audien ibu-ibu bekerja yang selalu susah nak ke dapur.

Jika menulis hal enjin kereta, dapat audien lelaki yang sukakan dunia pemotoran. 

Jika rajin kecam-kecam artis, akan dapat juga audien yang suka maki hamun dan berkata nista.

Jika rajin tulis gaduh politik, akan dapat audien kaki sembang, kaki perang dan carut-carut sana sini. 

***

Kebanyakan perkara baik (#content yang bagus) adalah datang dari apa yang kita lakukan dalam hal seharian. Ia adalah titik persamaan yang besar sesama kita. 

Cuma kita kena tulis untuk:

To educate, atau
To inform, atau
To inspire orang lain.

Audien yang bagus dan positif punya kuasa beli yang tinggi. Mereka boleh membeli produk kita tanpa banyak soal dan tanpa alasan. Mereka support dan sering bercakap serta rekomen kepada yang lain.

 Yang negatif, biasanya kencang di media sosial bab-bab bermusuh, namun tidak banyak berani membeli produk (keluarkan duit).

Jadi, bina pengikut ikut apa yang bagus ditulis. Kemudian, baru berniaga. Dan lihatlah bagaimana bisnes berkembang apabila rajin menulis perkara kebaikan. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, ke sini https://t.me/ContentKHM

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...