Sabtu, 22 Ogos 2020

Cara Membina Content Untuk Jualan

Untuk menjual, #content yang bagus biasanya mempunyai kekuatan luar biasa perkataannya. Biasanya, apabila orang baca, orang akan beli terus. Ia adalah 5 perkara ini:

1. Gunakan panggilan yang sesuai.
- awak, kamu, you, you all, anda, kalian. Bergantung kepada stail penulisan masing-masing.

2. Tambah sesuatu perkara dengan beri ia secara percuma. Perkataan percuma itu biasanya memberi nilai yang besar kepada audien.

3. Perkataan “kerana” sangat besar impaknya. Beritahu audien kenapa mereka perlu dapatkan produk / perkhidmatan kalian.

4. Perkataan “tidak rugi, kurang risiko, mudah, cepat, bagus,” akan beri audien rasa selesa. Beritahu audien yang produk / perkhidmatan kalian sangat rendah risikonya. (Namun tolonglah tidak gunakan pada tempat yang betul, mesti masih patuh syariah ya).

5. Beri arahan / perintah seperti “cepat! Lekas! Tinggal dua sahaja! Dapatkan sekarang!” Ini akan meningkatkan urgency dan audien akan membeli dengan segera. 

Begitulah. Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad, 
Nak tips lagi? Kekal terus di Channel ini yaaa https://t.me/ContentKHM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...