Popcash

Memaparkan catatan dengan label berat Elyana kini 40kg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berat Elyana kini 40kg. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Disember 2020

Hidap kanser sejak hampir 10 tahun lalu, berat Elyana kini 40kg

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana mendedahkan dirinya yang menghidap kanser limfona sejak 10 tahun lalu telah memasuki tahap lima.


Menurut laporan Kosmo! Online, kanser tersebut turut merebak ke organ dalaman yang lain seperti rahim, hati dan pangkal peha.

“Semasa saya dimasukkan ke hospital pada bulan lalu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan, ia merupakan satu berita gembira buat saya.
“Namun begitu, doktor mendapati kanser itu telah merebak ke bahagian lain itu rahim, hati dan pangkal peha” kata pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu.


Berisiko lumpuh

Malah, penyanyi berusia 33 tahun itu juga berkata meskipun saiznya masih kecil namun boleh berisiko lumpuh sekiranya ia semakin membesar.

Selain itu, doktor juga menasihati agar segera melakukan rawatan kemote­rapi namun dia terpaksa tangguh atas faktor kesihatan.


“Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram” katanya.
Meskipun berdepan masalah kesihatan yang agak teruk, namun Elyana masih kuat dan ceria menjalani kehidupan bersama suami serta anak-anak tercinta.

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...