Popcash

Jumaat, 31 Julai 2020

Bagaimana melihat satu satu perkara itu boleh dijadikan sebagai content?

Bagaimana melihat satu-satu perkara itu boleh dijadikan sebagai #content?

Jujurnya ini benda mudah namun kita sahaja yang tak perasan. Ingat, content terhasil dari 4 perkara iaitu Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif.

Saya beri contoh:

Sebiji pisang.

Content yang boleh dibangunkan ialah:

1. Teknik tanam pisang.
2. Jenis pisang. 
3. Resipi pisang.
4. Kelebihan pisang.
5. Benih Pisang.

Dan mungkin banyak lagi.

Kita ambil satu suasana seperti hari ini kalian membeli pisang goreng yang sedap di sebuah gerai.

Kalian ambil gambar gerainya, masuk dalam kereta, ambik gambar pisang tersebut. Kemudian kalian pun buat posting.

“Hari ini berjaya dapat beli pisang goreng ini. Aku dah lama sangat perhati orang ramai duk beratur setiap hari. (hari ini = fakta kejadian hari tersebut)

Ambil seketul, mak aih sedapnya! Ini aku boleh makan semua wehhh! (Emosi)

Kalau kau orang nak beli, kedai makcik itu ada di belakang Petronas Seksyen 3, pandang belah kiri dia ada jual cempedak semua. Berbaloi beli.”(Impak positif, ingat, memberi impak positif mesti sampai ke tahap apabila orang baca, orang boleh beli terus atau oleh faham terus atau boleh ikuti terus).

Untuk bahasa, hanya jaga ejaan sahaja. Lengkap tak? Senang kan?

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bina content walau ianya perkara biasa.
Nak tips lagi, klik sini https://t.me/ContentKHM

Selasa, 28 Julai 2020

Apabila tumbang, bangkit semula

Benar, asal jatuh, bangun balik.
Apabila tumbang, bangkit semula.
Jumpa gagal, usaha lagi.

Semua proses itu menyakitkan, perit. Namun tak boleh berhenti. Gagahkan tenaga dan lawan semuanya.

Selagi hidup, tak boleh biarkan emosi negatif menguasai diri. Kena baiki, belajar dan ambil sisi baik untuk berdiri lagi dan lagi.

Jalan ini memang akan jadi panjang. Setahun, dua tahun, 5 tahun, boleh jadi 10 ke 20 tahun baru jumpa perkataan berjaya.

Namun selepas dah capai, dah sentuh awan itu, tengoklah berapa banyak tangga dah kita lalui, berapa banyak juga hentian yang kita jumpa orang tarik kaki kita, yang tolak sampai kita cedera teruk sampai terbaring dalam lembah sendirian.

Semua akan kita kenang untuk jadi sempadan kepada lebih banyak lagi sukses.
Sungguh kawan-kawan, nak berjaya, lalui banyaknya cerita. Semua itu penguat. Seperti sakit, jika tidak berubat, kita tumbang dan terbaring.

Apabila sudah kuat, penyakit pun lari tak mahu hampiri.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Jatuh 7 kali, bangkit kali ke-8.

Ahad, 26 Julai 2020

Bentuk Content Yang Disukai Audien Selain Bercerita.

Bentuk #content yang disukai dan senang dibaca oleh audien selain dari bercerita:

1. List post.
- Bersifat numbering.
- Tidak ada emosi, hanya terus sahaja kepada fakta.
- Ditutup dengan impak positif.
- Biasanya posting “to educate”.

2. Posting How-To.
- Bersifat step by step.
- Ada emosi berselang seli dengan fakta.
- Posting DIY, resipi, tips serta apa sahaja perkara yang boleh diletakkan dalam bentuk langkah demi langkah.
- Menggunakan gambar atau video yang lengkap.
- Impak positif = boleh buat orang baca, terus faham dan buat sendiri di rumah.
-  Biasanya posting “to educate”.

3. Posting Infografik.
- Bersifat fokus kepada satu-satu topik.
- Mempunyai grafik dan penunjuk yang bagus serta mudah difahami.
- Gambar grafik sebagai aksesori dan caption menerangkan semuanya dengan lengkap.
- Biasanya posting “to educate.”

***

Untuk “to inform” dan “to inspire” biasanya ditulis dalam bentuk story telling. Ia juga sangat bagus untuk dijadikan posting.

Namun ia bukan posting yang mudah untuk dibina kerana ia perlu ada Teknik bercerita yang kuat. Apapun, 3 jenis posting di atas boleh digunakan untuk kalian membina posting awal dan mendapatkan crowd kalian sendiri.

Cubalah ya. Pilih topik, tentukan matlamat dan up!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Suka nombo 2, tulis resipi! Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Selasa, 21 Julai 2020

Cara melihat semua benda sebagai content

Soalan: Bagaimana tuan melihat semua benda sebagai #content?

Jawapan: Ia adalah apa yang kita nak sampaikan kepada orang lain. Ia adalah matlamat membuat posting, kalau objektifnya baik, beri manfaat maka saya akan siapkan. 

Saya pegang 3 perkara ini sebelum memuat naik posting. 

1. Untuk beri orang lain didikan atau pelajaran (to educate).

Contoh: kita berjaya turunkan berat badan sebanyaj 5kg dalam tempoh sebulan, bagaimana posting to educate ini dibuat:

Susun apa yang telah dibuat. Sebagai contoh, kita diet, jaga makan, senaman dan sebagainya jadi postingnya akan begini:

“Saya berjaya turunkan 5kg dalam sebulan ini dengan cara mudah sahaja.

1. Minum 2 liter air sehari. Tak minum air manis langsung.

2. Sarapan hanya 2 biji telur separuh masak dan 1 keping roti.

Dan terus sambung sampai habis. Jika kalian lihat, ia adalah posting yang mendidik orang. 

2. Posting yang sekadar beritahu sahaja (to inform). Contohnya kita pergi makan di sebuah restoran, makanannya sedap, layanannya bagus. Maka kita pun tulis:

“Bestnya makan dekat sini, aglio olio dia terbaik rasa nak order lagi bawa balik. Kalau kau orang nak makan macam ini, kena datang Restoran Yellow Card ini, rasanya terbaik, parking luas. Meja tersusun ja dekat dalam, best! Puas hati!”

Ingat, dalam memberi posting begini, mesti ada impak positif. Dalam hal to inform, impaknya kena beritahu bagaimana orang lain nak beli, nak dapatkan.

3. Untuk memberi inspirasi (to inspire). Posting yang ini adalah yang menaikkan semangat, kisah kejayaan serta banyaknya benda disekeliling boleh diceritakan untuk membuka mata ramainya orang yang bermain media sosial.

Contoh mudah, bagaimana nak ajar anak mengaji mudah, Sirah nabi (selawat), kisah kejayaan orang sekeliling, bagaimana dia berjaya, bagaimana dia buat, bisnesman sana, olahragawan sini, semuanya boleh diceritakan.

Ia adalah inspirasi.

***

Sebab itu saya pandang semua benda sebagai content. Dalam kepala saya, saya sudah setkan apa yang saya nampak, saya lihat dan saya dengar mesti yang baik-baik.

Memilih content yang baik sangat mustahak. Sebarkan kebaikan, dan itu yang akan kembali kepada kita.

Jika dapat benda buruk, tegur terus dan simpan. Tak boleh teruskan menulis di media sosial. Ambil yang baik sahaja ya!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga kalian temu jalannya. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Rabu, 8 Julai 2020

Rujukan Membina Content

Di dalam membina content, saya sering sekali merujuk buku serta bahan bacaan di media social. Ianya membantu banyak hal dalam penulisan saya.

Yang utamanya ialah ia sampai kepada pembaca. Ini yang saya buat:

1. Saya beli buku yang ada kaitan dengan positioning yang saya buat di media social. Di sini saya putuskan untuk kongsikan tentang pembangunan content Facebook, dunia memasak dan hal-hal travel. 40% buku-buku saya ada kaitan dengan 3 hal ini.

2. Saya juga sering membuka beberapa laman web resipi, content management serta banyak tentang travel, story telling dan copy-writing. Setiap hari saya akan habiskan sekurang-kurangnya 1 jam membaca di sana.
 
3. Saya akan paksa diri membaca sirah, terjemahan Al-Quran serta banyaknya kisah-kisah nabi dan Rasul untuk jadikan ia sebagai medan sempadan kepada diri saya sendiri semasa menulis. Biasanya dapat 1 helai sehari pun dah cantik. Yang penting konsisten. 
 
4.  Novel adalah sebahagian dari dunia menulis cerita. Membaca novel yang bagus akan mencantikkan penulisan kalian. Pilih novel yang betul supaya stail kalian terbentuk dengan baik.
 
5. Praktis menulis di media social dengan yakin. Kurangkan membebel dan banyakkan menulis di Microsoft word terlebih dahulu supaya apa yang kita tulis mesti dalam perasaan sudah rasional, terhindar dari marah, gelisah dan resah.

Begitulah. Semoga ia juga membantu kalian yang semakin ramai suka menulis. Alhamdulillah. Tahniah! Selamat mencuba ya, Andrea Hirata kata:

“Berpikirlah tiga langkah ke depan, sebelum langkah pertamamu kamu ambil.”

Khairul Hakimin Muhammad
Baru nak jadi penulis, semoga bermanfaat.

Sabtu, 4 Julai 2020

Gunakan teks ejaan yang betul di Facebook

Facebook = Teks.

Berbeza dengan media sosial yang lain, Facebook membawakan “perkataan” untuk kita memahami apa yang nak disampaikan melalui posting yang kita muat naik sama ada ianya #content atau tidak, #storytelling atau tidak.

Oleh itu pembangunan teks yang mereka buat sampai ke tahap

- menterjemah setiap perkataan kepada lebih 240 bahasa.
- meneliti posting sama ada ianya betul membawa kepada komuniti positif atau tidak.
- sebaiknya memberi impak positif kepada pembaca.
- menggunakan sistem / software tertentu untuk mengesan ejaan yang betul atau tidak.
- mengesan perkataan yang membawa emosi untuk menaikkan reach.
- mengesan kegiatan plagiat, copy-paste dengan berkesan apabila dilaporkan kegiatan itu. 

Dan banyak lagi. 

Alangkah ruginya jika kita memuat naik posting tanpa menggunakan ejaan yang betul tanpa sedikit pun singkatan. Ianya beri impak yang sangat baik untuk posting, profile serta semua kegiatan kita di media sosial hari ini.

Kita mula hari ini ya!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Dulu-dulu pun mengeja kelaut juga. Nak tips lagi, kesini ya https://t.me/ContentKHM

Buat Bank Content Dan Susun Status

Pemain #content di media sosial hanya ada 15 jam sahaja untuk dapatkan:

Engagement tinggi.
Follower ramai.
Duit berkepuk.

Dalam tempoh 15 jam itu, ia bermula dari 7.00 pagi hinggalah 10.00 malam. Sekiranya orang itu belum ada 25,000 orang follower, maka itu sahaja waktu yang bagus untuk dimuat naik status di wallnya.

Semasa di Digital World Social Media Forum di Amsterdam, Semptember lepas, dikatakan tiada waktu premium pun untuk setiap negara. Yang mana tak ada pun waktu tertentu orang akan tunggu dan tengok untuk membeli. 

Itu semua mitos jika ada yang kata waktu 3.00 petang begitu begini. Namun kebenaran ini pernah ada sekitar tahun 2013 ke 2017. Kini tiada lagi. 

Hanya ada waktu orang aktif dan tidak sahaja.
Aktif = 7.00 pagi hingga 10.00 malam.
Tidak aktif = 10.00 malam hingga 7.00 pagi.

Jadi, susun sahaja kawan-kawan (ini untuk 6-8 status sehari)

7.00 pagi - Crowd (untuk dapatkan follower)
9.00 pagi - Iklan 1 (dapat duit)
11.00 pagi - Side (naikkan engagement semula)
1.00 tengah hari - iklan 2 (dapat duit)
3.00 petang - crowd (dapat follower)
5.00 petang - side (naikkan engagement)
8.00 malam - Iklan 3 (dapat duit)
10.00 malam - side atau crowd (untuk naikkan engagement atau follower).

Susun sahaja kawan-kawan.

Buat bank content, susun status. 

Kerja jalan, wall media sosial pun cantik, duit pun masuk. Senang kan? Selamat mencuba! 

Khairul Hakimin Muhammad,
Kata nak jualan RM1juta setahun, kena buatlah!
Nak tips lagi? Terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Jumaat, 3 Julai 2020

Cara untuk dapatkan follower 100,000 setahun di akaun media sosial

Ini yang saya buat di akaun media sosial saya untuk dapatkan 100,000 follower setahun.

1. Elak dari ter-add orang yang bukan kawan sebenar. Memasukkan orang yang kita tak kenal akan menyebabkan fokus kita lari apabila baca apa yang dia tulis. Tak kenal, tak tahu dan tak akan faham apa yang dia maksudkan.

Tak perlu penuhkan friends, hanya setkan butang follow sahaja. 

2. Susun #content dan fokus. Dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam, susun posting crowd, side dan RM. ke tiga-tiga posting ini beri hasil berbeza.

3. Crowd beri follower, Side beri engagement, RM beri duit. 

4. Belajar dari kesilapan. Viral sekali tak naik follower dengah banyak. Kena banyak kali. Dan tak boleh penat atau bosan kalau nak hasil. 

5. Ambil kelas menulis dalam dan luar negara. Asah kemahiran dengan pergi belajar. Di situ akan jumpa ramai orang dan dapat lagi banyak idea.

6. Berkawan dengan buku. Baca lebih 4 buku sebulan. Nak menulis, kena membaca. Hanya dengan membaca buku akan jumpa perkataan. Dah itu satu-satunya cara nak luahkannya semula dalam penulisan.

7. Banyak ambil sisi positif dalam melihat dan mendengar. Elakkan negativity, itu semua akan menjauhkan diri dari nak menulis perkara baik. Fokus, sabar, konsisten. Akan dapat hasilnya. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Menuju ke 300,000 pula. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Rabu, 1 Julai 2020

Carta Menulis Content Di Media Social Untuk Pendiri Bisnes

Carta Menulis #Content di Media Sosial untuk pendiri bisnes:

Pilih Niche (yang punya titik persamaan besar dengan audien)

⬇️⬇️⬇️

Asingkan Niche ikut keutamaan, wajib ada 3, untuk Crowd, Untuk Side dan untuk RM. 3 jenis ini berbeza postingnya.

⬇️⬇️⬇️

Susun posting crowd sehari sekali.
Target naik follower: 10-50 orang sehari.
50 orang sehari, setahun boleh dapat 18,000 orang. 

⬇️⬇️⬇️

Susun posting RM sehari sekali.
Target sales: RM200-500 sehari.
RM500 sehari, setahun boleh dapat RM182,500.

⬇️⬇️⬇️

Susun posting side 1-2 kali sehari.
Target engagement naik 100-200% sehari.

⬇️⬇️⬇️

Ulang semula sampai kaya. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tulis content bermanfaat. 
Nak tips lagi, ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...