Selasa, 21 Julai 2020

Cara melihat semua benda sebagai content

Soalan: Bagaimana tuan melihat semua benda sebagai #content?

Jawapan: Ia adalah apa yang kita nak sampaikan kepada orang lain. Ia adalah matlamat membuat posting, kalau objektifnya baik, beri manfaat maka saya akan siapkan. 

Saya pegang 3 perkara ini sebelum memuat naik posting. 

1. Untuk beri orang lain didikan atau pelajaran (to educate).

Contoh: kita berjaya turunkan berat badan sebanyaj 5kg dalam tempoh sebulan, bagaimana posting to educate ini dibuat:

Susun apa yang telah dibuat. Sebagai contoh, kita diet, jaga makan, senaman dan sebagainya jadi postingnya akan begini:

“Saya berjaya turunkan 5kg dalam sebulan ini dengan cara mudah sahaja.

1. Minum 2 liter air sehari. Tak minum air manis langsung.

2. Sarapan hanya 2 biji telur separuh masak dan 1 keping roti.

Dan terus sambung sampai habis. Jika kalian lihat, ia adalah posting yang mendidik orang. 

2. Posting yang sekadar beritahu sahaja (to inform). Contohnya kita pergi makan di sebuah restoran, makanannya sedap, layanannya bagus. Maka kita pun tulis:

“Bestnya makan dekat sini, aglio olio dia terbaik rasa nak order lagi bawa balik. Kalau kau orang nak makan macam ini, kena datang Restoran Yellow Card ini, rasanya terbaik, parking luas. Meja tersusun ja dekat dalam, best! Puas hati!”

Ingat, dalam memberi posting begini, mesti ada impak positif. Dalam hal to inform, impaknya kena beritahu bagaimana orang lain nak beli, nak dapatkan.

3. Untuk memberi inspirasi (to inspire). Posting yang ini adalah yang menaikkan semangat, kisah kejayaan serta banyaknya benda disekeliling boleh diceritakan untuk membuka mata ramainya orang yang bermain media sosial.

Contoh mudah, bagaimana nak ajar anak mengaji mudah, Sirah nabi (selawat), kisah kejayaan orang sekeliling, bagaimana dia berjaya, bagaimana dia buat, bisnesman sana, olahragawan sini, semuanya boleh diceritakan.

Ia adalah inspirasi.

***

Sebab itu saya pandang semua benda sebagai content. Dalam kepala saya, saya sudah setkan apa yang saya nampak, saya lihat dan saya dengar mesti yang baik-baik.

Memilih content yang baik sangat mustahak. Sebarkan kebaikan, dan itu yang akan kembali kepada kita.

Jika dapat benda buruk, tegur terus dan simpan. Tak boleh teruskan menulis di media sosial. Ambil yang baik sahaja ya!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga kalian temu jalannya. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...