Popcash

Selasa, 13 Oktober 2020

Cara Mengurus Stress

Jika kita sedang stress, sangkut tak dapat selesaikan masalah, terganggu sangat selepas kena marah, kena bantai dengan superior atau sesiapa, buat ini:

1. Pandang jam dan apabila sampai sahaja jarum saat ke nombor 12, tarik nafas sampai jarum nombor 1. Kemudian hembus sampai jarum nombor 2. Ulang sampai ia kembali ke nombor 12.

- tarik nafas dalam-dalam akan buat kalian sedikit lega.

2. Ambil kertas, pegang pen. Genggam pen atau pensil sekuat-kuatnya 10 saat. Dan lepaskannya perlahan-lahan 10 saat juga.

- tekanan kepada tangan dan melepaskannya perlahan-lahan akan buat badan anda ikut lega.

3. Gunakan kertas tadi, tulis kembali apa masalah yang dihadapi. Tulis secara nombor. Letak 1, 2, 3 secara tersusun.

4. Kemudian letak ranking mana yang paling priority mana yang paling lemah keutamaan.

5. Mulakan kerja ikut keutamaan. Fokus!

6. Kalian akan  mula perasan kerja akan siap satu demi satu. Banyak macam mana pun akan siap.

7. Jika kembali stress, ulang langkah 1 dan 2.

8. Azan sahaja, terus tunaikan solat. Dapat solat ba'diah dan qabliah adalah bonus. Menunaikan solat, membaca dan memahami apa dalam solat akan buat jiwa tenang. Relaks dan kool. 

Pergerakannya pula akan buat pelancaran darah yang bagus. Tenang dan perlahan-lahanlah.

9. Dalam sujud terakhir, doa setiap urusan yang kita buat hari itu Allah mudahkan.

10. Kemudian selepas solat, istighfar 3 kali, doa dan bangun kembali. 

Kalian akan perasan yang semua yang kalian lalui adalah pelajaran.

Kena marah, pelajaran,
Kena hina, pelajaran,
Kena bantai mental, pelajaran.
Dapat bonus, pelajaran,
Dapat team bagus, pelajaran.

Semua baik buruk, adalah pelajaran.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit!

Isnin, 12 Oktober 2020

Cara Atasi Blank Ketika Menulis

Kalau rasa sangkut, tak tahu nak tulis macam mana walau kita tahu cerita, tahu kisah, tahu benda itu. Namun bila nak tulis jadi blank, kalian kena:

1. Pergi ambil buku, baca sekurang-kurangnya 5 helai = 10 muka.

Itu kalian dah dapat lebih 500 patah perkataan yang kalian baca.

2. Pilih buku yang ada emosi, biasanya adalah novel.

3. Main media sosial, kalau sentiasa membaca buku tiada emosi seperti buku motivasi, buku DIY, buku resipi dan sebagainya, boleh jadi penulisan kita akan mendatar. 

Kena baca benda yang berbagai. 

Membaca akan menambah perkataan dalam kepala. BLANK, BLUR, SANGKUT tak boleh nak tulis tandanya kalian tidak ada perkataan dalam kepala. 

Begitulah!

Khairul Hakimin Muhammad,
Kalau nak share, kreditkan ke sini okeh:
https://t.me/ContentKHM

Sabtu, 10 Oktober 2020

Content Yang Dapat Memberi Manfaat Kepada Pembaca


Dalam dunia bisnes, ini yang kalian perlukan:

Pelaburan:

Kelas,
Buku,
Travel,
Networking.

Akan dapat:

Ilmu praktikal,
Ilmu teori,
Pengalaman,
Perkongsian.

Hasil:

Berani buat keputusan,
Tak takut gagal,
Matang dan tenang,
Kuat dan yakin. 

Waktu ini kalian akan dapat rasa yang perjalanan bisnes kalian ada naik turun, seronok melaluinya dengan banyak baik buruk. Dapat tenang buat keputusan dan belajar dari untung atau rugi. 

Waktu saya kerja dulu, saya takkan lupa Dato Rameli Musa (Founder Ingress Corporation Berhad) berucap semasa perhimpunan bersamanya, beliau kata,

“Projek ini sekitar RM1billion kalau kita dapat. Namun kalau projek ini tak bagus untuk kita, tak elok untuk pembangunan kita, maka saya tak kisah jika kita tak dapat. 

Namun jika projek ini boleh kita dekatkan diri kepada Allah, boleh banyak lagi bantu orang, maka saya akan rasa ralat.”

*

Bisnes adalah tentang bantu orang lain. Letak dalam kepala hal itu. Itu batu asas. Jika yang itu tak posisikan, maka kita akan terdorong rasa susahnya nak berbuat itu ini. 

Sama seperti kita bermain media sosial, tulis #content yang dapat beri manfaat kepada yang baca, lihat dan dengar.

Kasi orang ilmu, pengkongsian, faedah serta kesan positif. Ingat, tulisan kecil kita mungkin boleh bantu ramainya orang. Tak apa bermula dengan kosong follower, kami juga begitu. 

Janji tulis kebaikan. Itulah perkara paling utama dalam bermain hal alam maya ini. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Moga kita saling beri manfaat sesama sendiri. Amin.

Khamis, 8 Oktober 2020

Tips Cara Untuk Tulis Headline

"TULIS IKLAN PENDEK PUN ORANG TETAP TAK PEDULI IKLAN SAYA"

Iklan pendek atau panjang tapi orang tak baca tak guna juga. Mesej iklan tetap tak sampai.

Nak pelanggan baca iklan, kena bagi pelanggan 'rasa' dengan tajuk atau headline yang menangkap perhatian.

Dalam dunia pengiklanan, antara copywriter terkenal dan menjadi rujukan sampai sekarang adalah David Ogilvy.

David Ogilvy cakap:
“Apabila anda menulis headline, anda telah menghabiskan 80 sen daripada $1 anda.”

Ini menunjukkan betapa pentingnya headline dalam copywriting iklan. 


Apa tips yang Ogilvy ajar untuk tulis headline?

.

1. Fokus fakta yang menarik tentang produk

Antara ‘personal favorite’ headline yang ditulis oleh David Ogilvy adalah headline untuk iklan Rolls Royce.

"At 60 miles an hour the loudest noise in the new Rolls-Royce comes from the electric clock"

Headline ini telah menjadi rujukan copywriter zaman berzaman.

Ogilvy cakap yang dia hanya menulis FAKTA semata-mata dan fakta itu mestilah menarik minat target market, bukan fakta yang membosankan.


.

2. Headline mestilah bertujuan menapis prospek

Headline kita mestilah tarik perhatian target market yang TEPAT dengan bagitahu apa manfaat yang target market kita nak. Dari sini sebenarnya kita akan tapis orang yang baca iklan kita.

Davild Ogilvy pernah tulis iklan untuk satu produk krim hormon. 

“How Women Over 35 Can Look Younger”

Dalam headline ni, target market yang produk ni cari adalah wanita berumur 35 tahun dan ke atas yang nak nampak muda.

Jelas kan?

Headline dah siap-siap tapis siapa yang perlu baca iklan ni sampai habis. Wanita yang berumur 35 tahun ke atas pun akan rasa ‘bodoh’ kalau tak baca iklan ni.

.

3. Gunakan bahasa mudah

Gunakan bahasa biasa yang prospek atau target market kita guna dalam perbualan harian. Elakkan bahasa yang susah difahami atau jargon yang pelik-pelik.

Masih ingat iklan krim hormon tadi?

David Ogilvy pernah gunakan perkataan ‘obsolete’ yang bermaksud usang atau tua, tapi 43% target market dia tak tahu apa maksud ‘obsolete’.

Jadi, dia ubah kepada umur 35 tahun. Lebih mudah faham, tak perlu orang nak berteka-teki berapa umur yang sesuai untuk baca iklan ni.

.

Best kan kalau boleh tulis headline yang power?

Lagi best kalau copywriting iklan tu pelanggan akan baca sampai habis. Sebab iklan yang bagus perlukan ramuan yang cukup supaya pelanggan akan terus bertindak lepas baca iklan.

Nak tahu apa ramuan penting yang perlu ada dalam copywriting iklan yang berkesan?

Klik sini : https://brc.my/copywriting-101-cara-buat-iklan-copywriting/hai/278

Jika tiada minat bagaimana untuk menulis?

Soalan: Tuan, saya tak ada "minat" yang boleh dikongsikan di media sosial. Saya suri rumah, kerja saya ialah bangun setiap pagi, siapkan sarapan suami, buat bekal untuk anak-anak. Kemudian apabila semua dah keluar, tinggal saya dengan baby. Sempatlah saya kemas rumah.

Dalam tengah hari anak-anak balik, makan tengah hari saya dah prepare siap-siap. Petang suami balik. Dia nak rehat, jadi saya buat bodoh jelah sampai dia kata dia lapar baru saya hidang makanan. 

Saya nak cerita apa tuan di media sosial kalau hidup saya begini? Saya tak travel, saya tak pergi restoran mahal, saya juga tak ada minat macam orang lain. Hidup saya dekat rumah sahaja. 

Jawapan: Semua dah ada dalam apa yang Puan tulis. 

Puan kata, puan konsisten siapkan sarapan suami. Jadi ambil gambar, kongsikan resipi. 

Puan juga kata puan konsisten siapkan bekal anak-anak. Jadi ambil gambar dan kongsikan idea bekal anak-anak. 

Puan juga jaga bayi. Boleh juga kongsikan tips bagaimana nak handle bayi sambil boleh kemas rumah. 

Puan kata juga yang makan tengah hari sentiasa tersedia. Jadi ambil gambar dan kongsi. 

Ingat, buat bank penulisan. 

Ambil gambar dulu. Apabila sudah free, tulis di microsoft word. Kemudian emelkan kepada diri sendiri dan buat posting di Facebook dengan tersusun. 

Puan akan mula dapat crowd. Percayalah. 

#RahsiaBapaViralKebangsaan.

Rabu, 7 Oktober 2020

Bagaimana nak tahu topik yang kita pilih itu orang suka?

Soalan: Bagaimana nak tahu topik yang kita pilih itu orang suka?

Jawapan: Oh mudah sahaja. Tengok apa yang kita sendiri suka atau memang kena suka atau memang kena buat setiap masa / setiap hari. Contohnya:

Makan,
Solat, 
Kerja,
Bersembang,
Main telefon,
Travel,
Hobi, minat,
Benda yang kita mahir,
Sukan,
Permotoran,
Fesyen,
Kosmetik,
Beg, kasut,
Anak-anak,
Hal pasangan,
Keluarga,
Ibu bapa,
Adik beradik,
Buku,
Kisah inspirasi,
Hal agama,
Masjid / surau,
Kesihatan,
Keselamatan,
Berkebun,
Shopping,

Dan banyaklah lagi. Semua ini benda normal sahaja dalam kehidupan. Dan itulah maksud “titik persamaan” tersebut.

Di media sosial, tak perlu beriya nak tulis benda “rare”, apabila sukar nak beri kefahaman, orang akan mula mencari benda lain untuk dibaca. 

Ingat, mudahkan sahaja. Janji tulis dalam bentuk #content yang tersusun. Buat mapping dan tengoklah beribu posting boleh dibina.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Selasa, 6 Oktober 2020

Buntu Tulis Copywriting Iklan?

Buntu tulis copywriting iklan?

Percaya atau tidak, sebenarnya copywriter hebat pun akan rasa satu tahap di mana dia tak mampu nak tulis copywriting yang hebat.

Keadaan ini dipanggil writer’s block. Bukan penulis buku saja yang ada masalah writer’s block ni tau.

Ada 3 punca utama masalah ni.

.

1. Masa

Kita tergesa-gesa nak siapkan satu-satu copywriting iklan.

Menulis iklan ini ada kalanya perlukan masa dan input yang cukup. Selagi tak cukup input atau info, selagi tu kita akan stuck mencari idea nak tulis.

Dan idea tak akan datang dengan hanya kita duduk termenung depan laptop saja. Ini pentingnya research.

Jadi, luangkan masa untuk buat kajian. Kumpul bahan sebanyak yang mungkin supaya proses menulis jadi lebih senang.

.

2. Tunggu idea ‘perfect’ baru tulis

Kita nak idea tu ‘perfect’ dalam kepala kita dulu sebelum mula tulis copywriting iklan. 

Terlalu menunggu idea yang ‘perfect’ tapi sampai ke sudah tak mula buat.

Percayalah, selagi kita tak buat, selagi itu kita takkan jumpa idea copywriting yang ‘perfect’.

Macam mana nak tangani masalah ni?

Tadi kita dah kumpul bahan untuk tulis copywriting. Jadi sekarang buat je!

Lepas buat, baru kita cari kat mana salah, mana yang perlu dibaiki dan mana yang bagus untuk kita kekalkan.

Macam mana nak tahu copywriting kita menjadi?

Copywriting kita menjadi bila ada respon dari pelanggan atau prospek.

.

3. Tak faham pun apa itu copywriting

Copywriting ni apa ke bendanya?

Bila tanya soalan ni, ramai yang sebenarnya tak dapat jawab.

Yang jawab pun akan cakap copywriting adalah ayat gempak, meletup, memukau.

Takde pun ayat pukau, gempak, meletup. Ini semua kepercayaan karut. Yang ada hanyalah bahasa yang kita gunakan untuk sampaikan mesej kepada target market kita.

That’s it!

Buang kepercayaan karut pasal copywriting dan kembali kepada asas. Ini yang paling penting.

.

Takde idea nak tulis iklan berkesan?

Jangan panik.

Panduan Copywriting 101 boleh bantu anda siapkan 'ramuan' sebelum tulis iklan. PERCUMA je tau.

Masalah blur nak buat copywriting iklan ni sebab tak cukup ramuan je. Dah cukup semuanya, senang je nak buat.

PICIT link ini : https://brc.my/copywriting-101-cara-buat-iklan-copywriting/hai/278

30 Perkara Mudah Tulis Di Media Sosial

Dalam menulis #content, fokus kepada perkara biasa atau kecil sahaja berbanding nak menulis yang hebat dan besar-besar. Di media sosial, orang mahu info, maklumat, ilmu dan perkongsian yang kena dengan diri mereka. Contohnya:

1. Resipi.
2. Tips menggosok baju.
3. Menyediakan bahan memasak.
4. Tips tidurkan anak.
5. Tips lipat baju cepat.
6. Bagaimana buang kotoran di baju.
7. Cara nak basuh singki.
8. Nak kasi bau wangi dalam rumah.
9. Organizer dapur, tandas dan bilik tidur.
10. Cara kemas rak kasut.
11. Cara buat muka kelihatan berseri.
12. Tips kusyuk solat.
13. Cara hafal bacaan Quran.
14. Bagaimana mudahnya mendapat rezeki.
15. Cara bisnes dropship.
16. Teknik belajar bersama anak.
17. Parenting zero to hero.
18. Deko rumah luar dan dalam.
19. Teknik mudah hafal dan faham hadith.
20. Hilangkan kotoran barangan di dapur.
21. Cara siapkan melipat baju.
22. Teknik memahami tulisan dalam whatsapp.
23. Kisah keluarga, ibu ayah dan ahli yang beri inspirasi.
24. Bagaimana susun atur jadual keluarga semasa travel.
25. Bagaimana menyimpan duit.
26. Khasiat pemakanan.
27. Hal diet dan nak sihat.
28. Lokasi menarik riadah.
29. Jenis senaman dan kesan baik.
30. Fesyen, kosmetik, teknik, tutorial guna. 

Ini antara 30 perkara mudah nak tulis di media sosial. Semuanya boleh dibangunkan menggunakan content biasa. 

Ingat, titik persamaan yang besar adalah kunci kepada sukanya orang membaca apa yang kita tulis. Ia adalah benda yang boleh difahami dan dihadam dengan mudah. 

Tulis biar beri manfaat, kecil besar itu bukan kriteria bagus. Yang penting, beri kesan baik kepada pembaca.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad, 
Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Isnin, 5 Oktober 2020

Storytelling adalah bahasa dari hati

Saya ada pandangan tersendiri tentang "storytelling" di media sosial ini. 

1. Banyak orang berfikir masalah utama mereka adalah mereka tak pandai menulis.

2. Saya kurang setuju, menulis di media sosial tak sesukar menulis untuk kertas cadangan atau sebuah laporan.

3. Menulis di media sosial sekadar untuk menyampaikan bicara hati, ia tidak perlu kepada kemahiran menulis aras tinggi.

4. Ramai juga sangka masalah menulis di media sosial adalah masalah content, masalah kekontangan isi, kolam idea kering selalu. 

5. Saya kurang setuju, kita sebenarnya terdedah dengan banyak peristiwa , tiap hari ada saja isu baru yang muncul, maklumat juga sekarang berada di hujung jari. 

6. Pada saya masalah utama dalam penulisan adalah masalah melihat.

7. Penulisan adalah wadah untuk menyampaikan apa yang kita lihat, agar orang yang membaca tulisan kita itu dapat melihat seperti mana kita melihat.

8. Kita harus mampu melihat satu isu itu dari sudut yang lain, dari sudut berbeza,  baru kemahiran menulis dan kecekapan mencari bahan kita menjadi produktif. 

9. Jika kita pandai menulis, dan pandai cari bahan, tapi kita tidak berlatih cara  melihat, maka kita akan nampak  apa yang orang lain juga nampak dalam sesuatu isu itu, tiada perbezaan. 

10. Asas utama dalam pemasaran ialah perbezaan, jika kita gagal mencipta perbezaan, hasil kita bersifat komoditi, berlatih cara melihat adalah langkah pertama dalam mencipta  perbezaan sama ada dalam penulisan atau pun perniagaan. 

11. Saya berlatih untuk memperbaharui cara melihat setiap hari, namun masih belum pandai - pandai lagi, tapi insyaallah saya akan terus berlatih dan berlatih...

12. Semua orang boleh menulis sebenarnya, semua orang ada content, cuma kita tidak pandai melihat content itu dari sudut berbeza, kerana kita kurang berlatih - itu saja.

 Universiti Realiti
  Adli Azamin Shukri

Foto : the hidden things, "storytelling" adalah menulis apa yang kita lihat dengan mengguna bahasa hati.

Ahad, 4 Oktober 2020

Ucapan dalam media sosial

Ucapan termasuk dalam kategori “side” di media sosial. Ia bukan #content.

Biasanya digunakan hanya untuk dapat like dan komen sahaja. 

Contoh: Assalamualaikum kawan-kawan. Selamat Pagi semua! Semoga semua diberkati Allah dan urusan kalian semua dipermudahkan.

Orang takkan klik butang share. Namun ia masih ok. 

Like dan komen akan membantu menaikkan engagement. Ia keperluan dalam bermain media sosial.

Namun jika kalian dapat menulis content “crowd”, kalian akan dapat share. 

Saya jenis orang yang tak suka mulakan posting pagi dengan ucapan. Saya tembak sahaja terus dengan posting yang orang akan klik butang share. Jadi follower saya akan bertambah. 

Lagi best. Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Jika mahu copy paste, hanya dibenarkan ke group khas masing-masing sahaja. Jangan letak di wall. Pastikan kredit ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Sabtu, 3 Oktober 2020

Tulis dengan ayat mudah faham, perkataan yang senang dihadam

Ini media sosial, tulis dengan ayat mudah faham, perkataan yang senang dihadam. Tak perlu guna yang biasa ada dalam novel dan sebagainya. Yang penting, ejaannya betul. 

Antara contoh perkataan yang sering digunakan namun sukar orang faham:

Usai,
Waima,
Abiotik,
Absolusi,
Etimologi,
Groto,

Dan sebagainya. 

Jujurnya, media sosial untuk kita sampaikan ilmu, informasi serta mendidik ramainya orang dalam banyaknya cabang melalui penulisan #content. Mudahkan kawan-kawan, orang nak baca, dia nak terus faham. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...