Isnin, 15 Jun 2020

Pelajari Skrip Trivago

Tahun lepas boleh dikatakan skrip ini anda biasa dengar. Tahun ini, skrip trivago ini sudah kurang di dengari? Sharing ini panjang. Jemput save nota ini.

Dan saya percaya ada juga yang sudah menghafalnya.Bukan kuasa iklan semata mata tetapi ada penggunaan ayat yang mudah difahami dan ayat ayat sangat mempengaruhi minda. Fokus nya ayat "call to action". 

Cuba perhatikan skrip ayat iklan mereka
Hotel yang sama, bilik yang sama. Tetapi 2 harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih?

Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago. Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga jimat. Hotel? Trivago.

-

Mahukah saya kupaskan apakah sebenarnya yang dibina dalam ayat ayat pengiklanan trivago ini. Jom sama sama kita pelajari. 

Ayatnya seperti berikut.
Kenapa perlu cari pelanggan baru 
sedangkan pelanggan lama sudah ada,
Kenapa mahu buang database mereka tak membeli sedangkan mereka baru hanya menolak sekali sahaja tawaran anda
kenapa syarikat seperti TRIVAGO masih jalankan iklan sampai sekarang? Sedang kan target mereka hanya untuk penginapan yang jimat dan selesa.
saya tak nak jawab kenapa, saya nak kongsikan apa baiknya skrip ayat iklan trivago.Hehe sahaja buka persoalan di minda anda semua 🙂

Cuba lihat skrip nya
---

Hotel yang sama, bilik yang sama. 
Tetapi 2 harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih??
Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago.
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terjimat. 
Hotel? Trivago. .

---
Kupasan saya, Ianya banyak mengunakan ayat ayat Call To Action. Ayat ayat arahan yang pendek tapi punchline. Sekali lagi, apakah Call To Action
maksudnya ayat arahan yang mudah mempengaruhi minda dengan segera.

Lihat sahaja ayat 
Hotel yang sama, bilik yang sama
Ini ialah ayat CTA (persamaan)
Ia memperlihatkan sesuatu yang tampak sama

--

Lihat pula ayat ini
Tetapi 2 harga berbeza, kenapa bayar lebih?
Ini ialah ayat CTA ( perbezaan) dan ( kerugian )
Ia memberikan maksud yang jelas dan memberikan pengaruh bahawa anda boleh berjimat

--

Lihat ayat ini pula
Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago.
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.
Ini ialah ayat CTA ( tawaran) & ( perbandingan)
Serius ayat ini sangat berkesan sebab ada tindakan diberikan dan keupayaan mereka dari pesaing lain.

--

Lihat pula ayat ini
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terjimat. 
Hotel? Trivago. .
Ini ayat CTA ( jaminan) & (soalan)
Menguatkan lagi ayat dari perenggan kedua hingga perenggan terakhir. Dan ia meningalkan satu penyataan.

.
Kesimpulan dari skrip ini. Pandangan saya, ia sebenarnya memahami setiap perenggan ayat diatas yang dilontarkan ada kait rapat dan menguatkan dengan baik sekali.

Dari awal skrip trivago ini ada kesan yang baik.
6 perkara mereka hidangkan dalam bina skrip jualan mereka yang memastikan ianya pendek dan bermaklumat.

Mereka sediakan skrip yang 
1)Beri kesamaan
2)Beri perbandingan
3)Beri tawaran
4)Beri keunikan 
5)Beri jaminan
6)Beri Penjenamaan
7) Beri Penomboran

Jadi selepas ini cuba anda bina satu skrip yang berasaskan 7 perkara saya berikan.

Ini baru disentuh tentang skrip sahaja. Belum disentuh bab warna. Macam macam ilmu kita boleh belajar kan.-

Tuan Izan Shafie
Moga ilmu ini bermanafat untuk anda ya
#TagKawanKawanYa
#GuruNiagaAkademi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...