Ahad, 21 Jun 2020

Asas Facebook Ialah Teks

Asas Facebook ialah teks. Selain dari itu, semuanya adalah aksesori termasuk video, gambar, background, check in, tagging, feeling dan sebagainya. 

Paling menarik, aplikasi yang ini membina platform ini dengan berjaya menterjemah lebih 240 bahasa di seluruh dunia. 

Dengan kata lain, jika kalian bangunkan content positif, ianya boleh dibaca di mana-mana dengan hanya perlu klik ‘see translation’.

Syaratnya ialah kalian hanya perlu tulis dengan ejaan betul sahaja. 

Tahun lepas, saya dihubungi oleh team Cookly dari Kanada untuk saya join team mereka sebagai chef. Mereka menemui profile saya hanya dari posting resipi yang viral. 

Kesemua resipi yang saya tulis, saya eja dengan betul. Dan menjadikan ianya mudah untuk diterjemah. 

Untuk resipi, saya perlukan gambar, dan segala bentuk kaedah langkah demi langkah yang saya buat, membantu ramai orang untuk faham apa yang saya sampaikan. 

Dan syukur, ia menjadi dengan baik.

Itulah content. Ianya ada di sisi kalian sahaja. Kalian suka memasak, kongsi resipi. 
Kalian suka travel, kongsi tempat menarik.
Kalian suka memancing, kongsi port terbaik. 

Semua boleh. Yang penting, ianya menjadi manfaat kepada yang lain. Itulah kebaikan sosial media, ianya bukan sahaja untuk diri sendiri, malah bersifat global. Lagi banyak share, lagi meluas ilmu yang kalian beri. 

Cubalah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Content Master Kesayangan Negara.

1 ulasan:

  1. Alamak saya kadang-kadang guna perkataan ringkas.
    Saya tidak aktif menulis di Facebook.

    BalasPadam

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...