Soalan: Saya nak menulis. Tapi tak tahu bagaimana nak mula. Tuan boleh bantu?
Jawapan: Mudah sahaja, tak perlu rumit-rumitkan.
1. Membaca. Bacalah buku apa sahaja pun. Janji membaca. Kena baca apa yang kita suka, tak perlu tengok orang lain apa yang dia baca.
2. Pilih topik.
3. Kaji topik tersebut, baca lagi tentangnya. Cari buku, cari bahan rujukan. Telaah sebanyak-banyaknya. Apabila hadam satu-satu hal, akan mudah untuk luahkan ke kertas / wall media sosial.
4. #Content terhasil dari penyatuan fakta, emosi dan impak positif. Jadi gunakan ke tiga-tiga hal ini.
Fakta - kejadian benar, hal betul.
Emosi - perasaan.
Impak positif - yang apabila orang baca, orang boleh faham atau boleh ikut atau boleh beli terus.
5. Pendahuluan, terus kepada topik. Tak perlu meleret.
6. Isi, gabungkan fakta dan emosi pada setiap satu ayat. Ia akan memberi sedap kepada satu-satu cerita.
7. Tutup dengan impak positif. Ia akan jadi penutup yang bagus.
Begitulah. Mudah sahaja kan?
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan