Popcash

Rabu, 30 September 2020

Fokus, Konsisten dan Kerja Keras

Soalan: Tuan, baru-baru ini saya unfriend seseorang. Saya tak tahan apa yang dia tulis. Perli sana-perli sini, semua benda dia sahaja nak menang. 

Penat nak layan. Dia suka perli orang positif ni begitu begini, tak tahan juga, memang kami semua nampak ja dia “something wrong” akhir-akhir ini kerap tulis yang merepek dan marah-marah. 

Namun tuan, rupanya lepas unfriend, dia serang saya pula. Kata saya macam-macam. Saya nak block sahaja sebenarnya, tapi itulah, dulu kami baik ja. Saya masih berharap ada benda yang buat kami berkawan semula. Tuan rasa macam mana?

Jawapan: Jika kalian dah unfriend seseorang, elakkan membaca apa yang dia tulis. Tak perlu lagi pergi wall dia. Biarkan sahaja semuanya. Lupakan dia terus. 

Dan kalian teruskan tulis #content berkualiti tanpa langsung menyebut hal tentang orang itu atau yang ada kaitan dengannya. Dan tak perlu perli dia pun. Fokus sahaja bina tulisan kita okey. Kalau ikut perli, maka kita sama sahaja dengan dia. 

Lupakan, jalan terus, bina empayar, fokus, konsisten kerja keras. Semua ini adalah syaitan yang mengganggu urusan kita semua. 

Orang yang meroyan, menulis seolah-olah ramai yang membaca, bersungguh mendapatkan perhatian biasanya mempunyai masalah jiwa. Kita yang normal, senyum dan buat kerja sampai siap. 

Ingat, dia tak bayar bil kita, dia tak kisah pun kita begitu kita begini, yang dia tahu hanya sakitkan hati kita. Jadi tak perlu sakit, terus sihat dengan elakkan dia terus. Nanti termenunglah dia sendiri apabila tak ada yang melayannya. 

Kita orang tenang. Maafkan sahaja, ini media sosial, jalan terus dan bantu orang lain. Hanya kebaikan sahaja yang boleh masuk syurga, memurahkan rezeki dan sentiasa hidup dalam dunia yang positif. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
❤️

Selasa, 29 September 2020

Kekal berdiri teguh dan teruskan menulis kebaikan

Kelas pagi semalam beri saya 1 jawapan yang agak best. Jujurnya saya datang ke sini urusan kerja, bukan nak hadir mana-mana kelas. Namun ada masa terluang, saya pergilah daftar dan alhamdulillah masih boleh sertai.

Ada peserta tanya, dia dah pergi beberapa kelas menulis, namun masih tak dapat like, komen dan share yang banyak seperti orang lain. Dia minta cikgu itu semak tulisannya.

Cikgu itu kata, “its great!” Dan beri komen semuanya bagus-bagus, langsung tak ada kritikan. Cikgu itu tanya, dah berapa lama kamu menulis?

Dia jawab, “baru 5 posting.” Dan semua orang ketawa di dalam kelas tersebut kecuali cikgu. Cikgu itu minta semua berhenti berjenaka. Dia pesan kepada kami semua:

“Keyakinan menulis dan berkongsi kebaikan itu bukan untuk kalian takut kalian tak dapat like, tak dapat komen tak dapat share. 

Namun keyakinan itu ialah saya ok sahaja walau tak dapat apa-apa kerana saya yakin Tuhan ada untuk saya. Saya dah cuba, saya terus berusaha, sampai 1 destinasi, pasti akan ada yang boleh beri saya hasil.”

Semua terdiam dalam kelas tersebut. Cikgu itu bercerita tentang JK Rowling yang mana novel Harry Porter itu dibawa ke banyaknya penerbit namun tak ada 1 pun berhasil. Namun dia tetap percaya akan ada yang mahu lalu dia berjumpa walaupun memakan banyaknya masa dan dia sudah banyak kehabisan wang untuk proses itu.

Hasilnya hari ini, dia antara penulis yang menerima bayaran lebih 1 billion USD royalti sama ada dari buku dan filem. 

Lebih dari itu, beliau menyalurkan 90% wang royalti yang diterima ke badan-badan kebajikan. 

Kawan-kawan,

Menulis ini kerja susah. Nak cari #content juga benda sukar. Nak susun, nak bina, nak bangunkan, semuanya penat dan lelah. 

Kemudian, akan bertemu banyaknya gagal dari berjaya. Namun, percayalah hasilnya yang dapat ubah diri orang, bantu kesusahan orang serta membuka banyaknya jalan, adalah dari penulisan.

Kekal berdiri teguh kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Semoga Allah beri kita hadiah yang baik-baik juga. Kalau tidak di sini, pasti ada janjinya di sana.

Oh ya. Cikgu saya itu orang putih, dia sebut Tuhan, saya faham itu Allah, harap semua fahamlah. Nanti ada kecam dan persoal bukan-bukan pula. Hehe. 

Begitulah. Pengalaman kecil sahaja. Mohon maaf jika ada yang tak suka. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Kenangan di Wembley, London tahun lepas.

Ahad, 27 September 2020

Penerangan Mengenai Bad Marketing

Ada sangat ramai manusia yang faham tentang maksud bad marketing adalah sesuatu yang tidak bagus dan tidak perlu dilakukan oleh para penjual atau founder produk.
 
Jujurnya, kesilapan memahami terma tersebut menyebabkan kesemua perancangan untuk menjadikan produk itu trending atau viral akan runtuh teruk.
 
Bad marketing diterjemah sebagai “pemasaran jahat’ yang mana digunakan oleh pemilik syarikat untuk bersaing sesama sendiri. Biasanya, mereka ini hanya melakukan semua itu hanya untuk sifat awareness sahaja. Bukan untuk jualan yang berjuta-juta.
 
Di negara luar, mereka menggunakan saluran ini dengan sangat berhemah dari sudut pemasaran. Sebagai contoh, apabila BMW mengeluarkan seleksi kereta baru, maka Audi pula akan mengeluarkan iklan yang melawan-lawan.
 
Ia dinamakan sebagai ‘Advertisement War’.
 
Begitu juga dengan Adidas dan Nike, Samsung dan Apple, Coke dan Pepsi, KFC dan McD dan banyak lagi. Mereka melakukan ‘bad marketing’ ini dengan sangat tersusun dan berstrategi supaya ianya akan mencantikkan permainan penjualan.
 
Kalian kena ingat, peperangan antara brand ini bukan sahaja berlaku di kalangan penjual dan para pegawai pemasaran, namun ianya akan jadi bualan di media sosial.
 
Apabila ‘advertisement war’ ini berlaku dengan jelas di mana-mana, maka ‘bad marketing’ mereka menjadi dengan baik. Ia masuk terus ke dalam kepala kita semua.
 
Selain itu, ‘planned mistakes’ juga ada kaitan dengan ‘bad marketing’. Caranya ialah, mereka akan sengaja membuat kesilapan kecil untuk pelanggan viralkan tentang mereka.
 
Jika kalian ingat, Starbucks pernah diviralkan dengan kesilapan nama yang dibuat di atas cawan pelanggan. Oleh yang demikian, pelanggan akan marah atau memuat naik di media sosial dengan nada perli kepada syarikat itu. Maka ia viral.
 
Ada banyak lagi contoh “planned mistakes” yang dibuat-buat dan akhirnya ia jadi viral. Contohnya nak beli beger ayam, dapat nugget. Kesilapan ejaan dalam iklan, logo buruk, serta kesilapan membuat poster juga termasuk.
 
Dua perkara ini menjadi kebiasaan di dalam dunia pemasaran jahat. Dan ianya sering dibuat kerana memang memberi nama mereka naik di mana-mana. Namun, Sekadar awareness sahaja. Mereka fun-fun melakukan ini semua dengan bajet yang lebat.
 
Dan kalian kena ingat, dikatakan setiap ‘bad marketing’ yang mereka lakukan ialah adanya perancangan ke dua-dua belah pihak di belakang tabir supaya ke semua pihak yang terlibat akan dapat hasil yang lebih kurang sama.
 
Mereka merancang semuanya dengan seteliti mungkin.
Kita duk bergaduh, depa dapat nama yang akhirnya menukarkan kepada jualan. Kahkah.
 
Dalam dunia pemasaran hari ini, ada ramai taikun-taikun yang menolak untuk melakukan ‘bad marketing’ ia kerana berisiko tinggi untuk produk dan syarikat mereka hancur terus kerana boleh jadi ada kesilapan yang boleh berlaku.
 
Sosial media hari ini tersangat kejam sehinggakan boleh jadi mereka berdendam dan mahukan setiap apa yang mereka sakitkan itu perlu ditimbal balas. Maka, mereka tetap mahukan kehancuran.
 
Di Malaysia,
Kefahaman terhadap ‘bad marketing’ ini sangat nipis. Malah, kita beranggapan setiap hal pemasaran jahat yang dibuat oleh pengasas produk, artis serta mana-mana ikon adalah sebuah pemasaran.
Tidak kawan. Harapnya kalian tidak salah faham. Ada banyak kesilapan yang dibuat oleh mereka yang kemudiannya dikecam dengan teruk hingga akhirnya mereka terpaksa tutup kedai.
 
Ingatlah, ayat ‘Bad Marketing is Good Marketing’ hanya tertakluk kepada dua perkara itu sahaja. Selain dari dua itu, bukan.
 
Pada tahun 2015, Fortune pernah mengeluarkan list yang mana beberapa syarikat mega dunia telah tersalah langkah dalam melakukan marketing dan ia terus tidak disebut sebagai ‘bad marketing’,
Ianya digelar sebagai ‘stupid marketing’.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sikit-sikit sahaja belajar marketing.

Jumaat, 25 September 2020

Posisi Diri di Media Sosial

Posisi diri di media sosial ini terletak kepada apa yang kita bangunkan sama ada dalam bentuk teks atau gambar atau video.

Kena ingat, ini media sosial, jadi kalian boleh tulis content yang:

1. Berkaitan dengan bisnes anda, 1 atau 2 kali sekali.

2. Perkara yang kalian minat, suka atau mahir, 1 atau 2 kali sehari.

Untuk bisnes, boleh jadi posting iklan (to convert), boleh juga jadi posting penerangan produk (to inform).

Untuk perkara yang kalian minat atau suka atau mahir boleh jadi posting to educate, to inform atau to inspire.

Ke dua jenis posting ini akan beri hasil lumayan.

Orang akan nampak kalian yang suka memancing (posting minat) dengan posting penerangan tentang jenis sungai, jenis ikan, teknik memancing, jenis umpan dan sebagainya, dalam masa sama orang tahu kalian punya bisnes apabila kalian muat naik posting iklan dan sebagainya.

Di media sosial, orang mahu lihat kita punya kehidupan. Dan kita muat naik semua itu bukan untuk menunjuk, namun beri impak positif kepada audien dengan menggunakan #content secara tersusun dan konsisten. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Orang tahu saya suka memasak dengan posting resipi saya, orang tahu saya suka travel dengan posting tips saya dan orang juga tahu saya berkongsi ilmu content dengan buat kelas, jual ebook dan sebagainya. ❤️

Nak tips lagi, terus ke sini ya 
https://t.me/ContentKHM

Rabu, 23 September 2020

Maksud menyebarkan positiviti di media sosial

 

Maksud menyebarkan positiviti di media sosial ialah:

1. Cerita kebaikan, bukan keburukan.

2. Sebut fakta yang benar, betul, bukan direka-reka.

3. Sekiranya perkara itu hal buruk contohnya seperti mahu mengelak membeli barangan salah, timbang kilo, produk tak sah dan sebagainya, buat posting tips, buat #content langkah demi langkah mengelak, kaedah dan sebagainya, bukan memburuk tanpa fakta yang betul.

4. Sekiranya perkara itu jahat, jenayah dan sebagainya, tulis perkara yang boleh elak atau cegah atau kawal perkara itu berlaku. Teruskan menulis hal yang boleh memberi manfaat kepada audien bukannya menambah keburukan orang dengan membawa orang beramai-ramai komen membusuk di wall. 

Ingat, hal jenayah adalah tugas penguasa untuk selesaikan. Kita hanya boleh tulis perkara yang beri pengajaran.

Sekiranya kita membawa orang memburuk sama-sama di ruangan komen, kita akan rasa agung, rasa berkuasa namun kita lupa perbuatan itu adalah berdosa.

5. Melawan perkara salah adalah positiviti di media sosial, namun tulisannya mesti membawa audien ke arah positif bukannya bergaduh dan memburuk orang lain.

6. Ramai yang beranggapan menulis hal melawan di media sosial adalah hal negatif. Namun jika ia ditulis dengan kritis sosial, membawa orang berfikir serta bijak dalam menggunakan perkataan dan ayat yang baik, akan membuat audien bertenang dan mahu melakukan kebaikan, ia bukannya menambah buruk.

7. Orang yang sedang marah, biasanya akan menulis keburukan orang, bukannya membawa orang lain cegah, rawat dan elak perkara buruk itu berlaku.

8. Contoh mudah, pergi ke restoran. Baru perasan restoran itu kotor selepas habis makan. 

Orang yang kurang bijak akan ambil gambar dan viralkan di media sosial untuk menegur pemilik restoran.

Orang yang bijak akan tegur terus secara berdepan, kemudian akan memuat naik di media sosial cara nak pilih restoran bersih atau tak atau bagaimana nak kekalkan kebersihan di restoran atau bagaimana pelanggan boleh bantu kekalkan kebersihan di restoran tersebut.

Memuat naik #posting dalam keadaan rasional atau tidak akan menyebabkan kesan buruk atau kesan baik. Itu perkara biasa. 

Kesan buruk; hancur bisnes orang.

Kesan baik; dapat baiki kesilapan semua orang.


Kita yang pilih yang mana bawa lebih banyak kebaikan, baru jadi luar biasa.

9. Ada banyak hal buruk berlaku sekitar hidup kita, kita yang pilih sama ada mahu bantu selesai atau mahu tambah buruk.

Untuk bantu selesaikan, buat posting “to educate.”

10. Kita tak baik mana, saya juga tak baik mana. Sekiranya kita mahu duduk dalam komuniti positif, tulislah perkara yang boleh membawa ke arah masyarakat yang positif.

Ianya adalah posting yang boleh mendidik, bukan mencela, memberi informasi bukannya menghina, juga menyebar inspirasi bukan menambah gaduh dan cerca.

Begitulah.

Saya bukan orang pandai, juga jauh dari banyaknya berbuat kebaikan, Allah simpan aib saya. Saya hanya berusaha menyampaikan ilmu untuk kita sama-sama lawan kejahatan, keburukan serta kerosakan dengan menulis teknik yang boleh dipraktikkan oleh semua orang.

Khairul Hakimin Muhammad,

❤️. https://t.me/ContentKHM

Selasa, 22 September 2020

Waktu aktif rancak bermain sosial media

Semasa Digital World Social Media Conference di Amsterdam 2018 lepas, dikatakan waktu aktif rakyat Malaysia bermain media sosial ialah dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam.

Tiada waktu puncak, tiada juga waktu premium seperti yang digembar gemburkan. 

Jadi hanya susun sahaja #content yang kita mahu muat naik.

Sebagai contoh dan rujukan kalian:

Jika mahu buat 1 kali iklan sehari, maka ini cadangannya:

10.00 pagi - Posting crowd.
12.00 tengah hari - posting RM.
2.00 petang - posting side.

Jika mahu buat 2 kali iklan sehari, maka ini cadangannya:

10.00 pagi - posting crowd.
12.00 tengah hari - posting RM.
2.00 petang - posting side.
4.00 petang - posting RM
8.00 malam - posting side. 

Ingat ini,

Posting Crowd akan dapat double engagement.
Posting RM pula, engagement akan jatuh.
Manakala posting Side, akan membantu menaikkan kembali engegement kerana akan dapat Single engagement.

Susunan ini akan membantu beberapa perkara.

Crowd = akan menaikkan follower.
RM = akan menaikkan sales.
Side = akan maintain engagement yang bagus.

Tinggal nak bermain dengan content dan posting sahaja.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Sabtu, 19 September 2020

Penggunaan Muzik Dalam Penulisan

Penggunaan muzik dalam penulisan

Terpulang kepada individu, ada mereka yang suka menulis dalam diam tanpa sebarang gangguan muzik dan ada juga yang suka menulis sambil mendengar muzik atau lagu. 

Jika saya, saya memang menggunakan lagu dan muzik sebagai pembangkit mood menulis berdasarkan mood emosi apa kah yang ingin di masukkan dalam penulisan. 

Jika tulisan itu beremosikan cinta dan perasaan, saya akan menulis berlatar belakang kan lagu cinta dan rindu. 
Jika ia mood perjuangan, saya akan mencari lagu - lagu semangat. 

Ketika saya menulis travelog di Sulu dulu, saya banyak menggunakan latar belakang lagu Pagara Ako, lagu dalam bahasa Tausuq. Walaupun saya mengemas kini tulisan di Malaysia, mood perasaan macam berada di sana lalu diterjemahkan dalam karya. 

Anda bagaimana?

Teknik Emosi Dalam Penulisan

Teknik Emosi Dalam Penulisan

Pernah baca surat rasmi atau surat-surat berkaitan pentadbiran? Ciri penting, memang langsung tiada nilai emosi. Senang cerita isinya kering.

Namun ia memang perlu dalam urusan-urusan pentadbiran yang tidak melayan hal emosional.   

Untuk menghasilkan tulisan yang menyentuh jiwa pula, penulis mesti menyentuh hati pembaca dengan muatan-muatan emosi dalam karya mereka. Jika dalam perbualan, kondisi nada sangat memainkan peranan begitu juga penggunaan emoji dalam ‘chat’ di media social.   

Yang dimaksudkan dengan emosi ialah suatu keadaan peraaan yang dialami oleh seseorang dalam situasi tertentu. Emosi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama, emosi yang berhubungan dengan peristiwa yang baik atau positif seperti senang, lega, bangga dan gembira. Sementara emosi yang berhubungan perkara yang buruk atau negatif seperti sedih, marah, malu, takut dan kecewa.   

Maka, bagaimana dalam penulisan karya? Salah satu tekniknya menggunakan predikat emosi.   Sebagai contoh, “saya berasa sangat marah dengan awak”, “sedih rasanya bila terkenang masa lalu”.

Boleh ditambah ‘double’ emosi seperti visualisasi keadaan seperti, “air mata mencurah-curah laju, sedih mengenang masa lepas”

#tipsmenulisangahsunan

Membina Content dengan fakta

Soalan: 

Tuan, jualan saya sudah pun mencecah RM1juta sebulan. Cumanya baru-baru ini saya terima beberapa rungutan yang ejen-ejen saya tersalah membuat jualan. 

Mereka overclaim produk saya dan menjadikan ianya laju serta banyak terjual. Saya sudah beri pekeliling, kasi surat, pegang tanggungjawab untuk repair semua hal tersebut. Namun ada ejen yang undur diri kerana jalan yang saya sediakan itu agak susah nak buat sales.

Produk saya bukan produk kesihatan, ianya sekadar kosmetik sahaja, tak ada janji-janji manis jadi muka putih ke apa ke, ianya memang bedak, gincu serta adalah sedikit untuk cantikkan bulu mata. 

Tapi saya tak tahu kenapa ejen saya boleh pergi claim bukan-bukan. 

Tuan boleh beri idea? 

Jawapan:

Dalam membina #content, memang kena cerita fakta, hal sebenar dan perkara betul sahaja. Mana-mana founder yang datang ke kelas saya, akan ada yang tak setuju, ada juga yang setuju. 

Saya berkeras yang kita tak boleh overclaim. Kena cari jalan untuk menjual tanpa membuat tuntutan yang bukan-bukan terutama bab merawat penyakit. 

Content terbina dengan apa yang kita nak sampaikan. Bukannya kita reka-reka.

Sama ada dari testimoni atau bukan, ia tetap kena guna benda betul sebagai asas.

Cara nak bina content tentang satu-satu produk ialah bangunkan content mapping mengikut setiap satu jenis produk. Kalau 20 produk, 20 mapping.

Cara nak buat ialah:

Layer 1: Nama Produk.
Layer 2: Bahan-bahan dalam produk.
Layer 3: Kelebihan dalam bahan-bahan.
Layer 4: Kegunaan dalam bahan-bahan.
Layer 5: Cara menggunakan, tutorial.
Layer 6: Bagaimana untuk mendapatkannya.

Setiap 1 layer, susun di mana untuk letak posting:
- to educate.
- to inform.
- to inspire.
- to entertain.
- to convert to RM.

Kemudian, susun untuk content mana yang mahu dibuat dalam bentuk teks atau teks bergambar atau sekadar gambar berposter atau video. 

Apabila mapping siap, tanggungjawab menjual akan jadi lebih bagus. Kita akan bercerita benda benar sahaja. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Pilih nak buat produk pahala atau produk dosa sebelum mahu bina empayar. Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Jumaat, 18 September 2020

Cara susun atur content untuk bisnes

Soalan: Saya ada 3 bisnes berbeza, bagaimana saya nak tulis di wall saya. Saya jadi pening dan tak tahu nak mula yang mana.

Jawapan: 3 bisnes atau 5 bisnes, tak pernah jadi masalah. Ia adalah bagaimana kita susun atur semuanya tanpa perlunya kita kecoh dan gopoh.

Posting #crowd: tetap perlu susun #content untuk mendapatkan share dan menaikkan follower.

Posting yang ini susun jam 8.00 pagiz

Posting #RM: tetap perlu susun content untuk semua bisnes yang kita ada.

Contoh: Bisnes makanan, up jam 10.00am setiap hari. Bisnes baju up jam 3.00 petang setiap hari. Bisnes baju bayi up jam 6.00 petang setiap hari.

Bermain media sosial, tak perlu nak kumpulkan semua benda dalam 1 #posting. Tenang-tenang susun. 

Kemudian bermainlah dengan posting #side untuk kekalkan engagement bagus di wall kita. Susun sahaja gais, hasil akan datang kemudian. 

Semua benda nak serabut, memang tak kemana. Tenang-tenang. Duduk di meja, susun satu demi satu.

Rezeki tak lari kemana pun. Ada sahaja untuk kita. Lagi kita susun, lagi beri lega. Kehidupan pun lancar dan kita sentiasa bahagia. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Rabu, 16 September 2020

Cara membuat content elemen emosi

#Content terbina dengan adanya elemen emosi. Segala hal tersebut akan menyebabkan orang yang membaca atau yang melihat video akan lebih merasai apa yang mahu disampaikan. 

Pembaca sangat suka dirinya “masuk” ke dalam cerita. Ianya secara spontan akan membaca sehingga habis kisah tersebut.

Ini disebut sebagai “tersentuh.”

Untuk dapat elemen itu, rahsianya ialah visualkan emosi tersebut.

Contoh: 

Gembira = hingga kami berpelukan.
Sedih = sampai mengalir air mata.
Kecewa = hingga menekup muka.

Ayat-ayat visual begini wajib digunakan untuk memberi sentuhan kepada content atau story telling. Sama juga jika mahu ianya digunakan di dalam ayat iklan (copy-writing). Perkataan seperti:

Zero risiko = tak perlu berdebar bimbang bukan-bukan.
Lekas beli = nanti rugi dan menyesal kemudian hari.
Tinggal 2 helai sahaja = nanti menangis bucu katil.

Semua ini adalah ayat yang boleh kita gambarkan dan itulah yang menjadi penguat kepada kisah atau cerita tersebut.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips content / story telling lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM

Jumaat, 11 September 2020

Fungsi Like dan Share

Soalan: Tuan, saya punya posting like dia dah cecah 100 dah. Namun tak ada pun orang follow.

Jawapan: Like = suka. Itu sudah bagus. Biasanya yang suka suki ini datangnya dari kawan (20%) dan follower (80%).

Namun, jika elemen "Like" itu ditambah dengan elemen "Share", maka butang share akan ditekan.

Like = unsur populis.
Share = unsur content.

Untuk tambah bilangan pengikut, bukan sekadar suka yang kita cari. Ia wajib ada unsur content.
#RahsiaBapaViralKebangsaan

Di media sosial kita tidak bersaing

Di media sosial, kita tidak bersaing. Sesiapa sahaja boleh lakukan perkara yang sama.

Yang bezakan kita ialah content. Minah kongsi resipi dengan Timah yang cerita dia masak apa adalah dua perkara yang berbeza.

Jika contentnya sama, maka stail pula berbeza. Minah kongsi resipi asam pedas, Joyah juga kongsi resipi asam pedas. Namun Minah punya resipi ada langkah demi langkah, Joyah pula berupa buku.

Jika content sama, stail juga sama, maka bahasa mungkin berbeza, mungkin impak positifnya juga berbeza.

Relaks kawan. Raikan perkongsian kawan-kawan.
Bab dia nak meniru, hal dia.

Dan ketahuilah, sekiranya sudah ada yang mula ikuti cara kalian. 

Itu tandanya kalian sudah berada di hadapan.

Tenang-tenang sahaja.

Khairul Hakimin Muhammad,
Media sosial untuk semua berbaik-baik.

Sosial media mesti bersifat sosial media.

Sosial media mesti bersifat sosial media. Sekiranya kita ke depankan profil kedai atau perniagaan berbanding kehidupan, boleh jadi orang akan berundur untuk mengenali kita.

Kena ingat, kita tergolong dalam BBNU. Punya ramai belum kenali kita lagi. Oleh itu nisbah bercerita di sosial media ialah:

5 kali posting kehidupan.
1 kali posting perniagaan.

Ia akan menarik minat audien untuk mendekati dan mengenali kita dengan lebih rapat. Sekiranya posting kita hari-hari menjual menjual menjual kemudian produk produk produk, maka kita bukan lagi bermain sosial media, kita sedang jadi papan iklan di wall orang.

Entah-entah tak sedar sahaja sudah kena unfriend.

Begitulah.

#RahsiaBapaViralKebangsaan

Rabu, 9 September 2020

Teruskan Membuat Content


CAKAP SAHAJA, TERUSKAN SAHAJA. PROSES SAMA KAMI LALUI. 

Jika orang tak menonton, bermakna tajuk kita tak cantik, content kita tidak disukai orang. Cari jalan buat apa yang orang suka bukan apa yang kita juga suka. Baru frekuensi sama, baru lah ada signal. Kalau buat yg orang suka tapi kita tak suka, tak lama lah tu kita give up. 

Jangan give up. 
Enjoy the Process

Setiap hari lihat balik traffic yang masuk, new likes yang dapat dan review serta tanyakan diri sendiri

1. Apa yang mereka mahukan?
2. Bagaimana mahu buat lagi menarik?
3. Bagaimana nak retain viewers 
4. Bagaimana nak convert viewers jadi Liker

UPGRADE YOURSELF DAY TO DAY. Proses buat dan kaji kemudian improve itu proses ulang-ulangan bukan pada tahap anda, tapi tahap saya sendiri masih terus berlaku. 

Kalau rasa lambat sangat nak naik, perbanyakkan lagi serangan. Jangan menyerah kalah kalau hanya 1 content dalam 2-3 hari. Kalau dapat hari-hari lagi baik. Kalau dapat sehari 2-3 kali itu lagi baik. 

Macam mana? 
Anda di mana sekarang?

Nak give up?

SAIFUL NANG
RareFounders.Com

Cara Kurangkan Kos Iklan Dengan Content Marketing

BUKAN SAYA TAK BAGI MENGIKLAN, SAYA SARAN UNTUK KURANGKAN KOS IKLAN DENGAN CONTENT MARKETING

Sudah 2 bulan lebih secara konsisten saya sarankan untuk RareFounders mengiklan tanpa mengiklan. Caranya dengan

1. Kenalpasti sasaran pelanggan
2. Tahu apa yang mereka suka
3. Buat content yang kita pandai dan memikat hati target
4. Target akan follow kita
5. Iklan targetting follower akan jadi lebih murah berbanding target terbuka. 

Cuma semua itu perlukan consistency. Jika sekarang telah mengiklan dan membuat jualan cuma kosnya tinggi, JANGAN TERUS STOP. Buat iklan macam biasa, dan gunakan CONTENT MARKETING. 

Slowly nanti awak boleh kurangkan iklan hardsell bila result iklan content lebih tinggi dan jauh lebih murah dari iklan biasa.

Ada yang stuck tak?
Angkat tangan

SAIFUL NANG
Content Marketer
RareFounders.com

15 Cara Bagaimana Nak Buat Content Dan Fokus Untuk Menaikkan Follower Page FB

15 CARA BAGAIMANA NAK BUAT CONTENT DAN FOKUS UNTUK MENAIKKAN FOLLOWER PAGE FB

Dah give up ke hari-hari menulis tapi follower tak naik-naik. Check engagement percentage ramai bawah 10%. Nak mengiklan, dah jadi 2x ganda lebih mahal berbanding dulu kala sekalipun copywriting dah power habis. 

Ini tips dan langkah-langkah afdhol untuk diikuti. Kalau skip langkah ini, mungkin Page FB kita bukan tak naik, tapi meninggal terus.

1. Ketahui apa yang kita paling pandai dan suka buat. Kalau tak ada benda yang kita pandai, pastikan ada benda yang kita suka buat dan kita jadi suka belajar. 

 2. Tentukan siapa target awak. Kalau menulis macam budak Wicet, tapi target golongan bangsawan memang susahlah nak masuk. Kalau target bangsawan, bahasanya, tulisannya, pakaiannya semua wajib sesuai dengan golongan sasaran.

 3. Buat content di FB seboleh-bolehnya SETIAP HARI. Kalau nak cepat naiklah. Kalau nak lambat naik, buatlah 2x seminggu atau sekali seminggu. Tapi jangan komplenlah kalau tak nampak progres sangat. 

 4. FB LIVE buat masa ini ialah content paling baik menambah followers dan membuat engagement kepada followers sedia ada. 

 5. Video, Photo beserte tulisan juga ialah content yang juga sangat baik. Tetapi content sekadar text bukan content terbaik waktu ini. Malah agak corot. 

 6. KENA KONSISTEN BUAT CONTENT walaupun macam krik-krik tak ada orang nak like dan komen

 7. KENA KONSISTEN BUAT CONTENT walaupun macam krik-krik tak ada orang nak like dan komen

 8. KENA KONSISTEN BUAT CONTENT walaupun macam krik-krik tak ada orang nak like dan komen

 9. KENA KONSISTEN BUAT CONTENT walaupun macam krik-krik tak ada orang nak like dan komen

 10. KENA KONSISTEN BUAT CONTENT walaupun macam krik-krik tak ada orang nak like dan komen

 11. KENA KONSISTEN BUAT CONTENT walaupun macam krik-krik tak ada orang nak like dan komen

 12. Pada post tertentu, boleh selitkan jarum halus menjual secara macam tak menjual. Tak perasan pun ada iklan. Jika engaging, baru BAYAR ADS untuk boost post engagement atau target conversion. 

 13. Follower bertambah sikit demi sikit

 14. Maintain followers dengan live dan kadangkala offline activities seperti gathering, get together etc etc. 

 15. Itu jer.

Selasa, 8 September 2020

Pembangunan Diri Di Media Sosial

Ramai yang keliru dengan pembangunan diri di media sosial. Adakah perlu tiru sahaja mereka yang sudah popular atau sudah dikenali begitu sahaja? Atau relaks dan tenang jadi diri sendiri namun bina content secara perlahan-lahan. 
Baik, begini:

Laluilah setiap satu cabaran di media sosial ini dengan fasa-fasa yang berbeza. Ianya memberikan kalian pengalaman yang amat berharga dalam membangunkan kredibiliti diri sebagai pemilik perniagaan atau apa sahaja yang kalian sedang ceburi. 

1. Fasa Kampung  (0 - 3,000 Pengikut).
Fasa ini adalah fasa pengenalan. Bangunkan penulisan content dengan santai. Perbanyakkan cerita mengenai diri, perjalanan kehidupan dan kisah-kisah yang kalian jumpa. 

Untuk fasa ini, menjual dan membuat posting RM akan dirasakan sedikit payah. Namun tetap kena buat perlahan-lahan. Nisbahnya tetap kecil dan posting crowd perlu dibuat sebanyak banyaknya. 

Waktu ini, elak beriya-iya membuat status dengan menaikkan pendapat sendiri. Kalian belum dikenali, nak sibuk beri pendapat tentang isu, entah-entah tak pasal-pasal kena bantai (bash) semula. 

2. Fasa Pekan (3,001 - 10,000 pengikut). 

Fasa ini adalah fasa membangunkan kepakaran. Nisbah posting perlu begini:
40% kepakaran.
30% ulasan isu.
20% tips (apa-apa sahaja).
10% kehidupan diri.

Di sini, jika nak menjual, buat posting kehidupan yang ada nilai RM. Dengan kata lain, jika mahu buat posting iklan sekalipun, ia mesti dalam bentuk story (copy-writing). 

3. Fasa Bandar (10,001 - 25,000 pengikut).

Untuk fasa ini, kalian sudah semakin dikenali. Teruskan dengan nisbah Fasa Pekan, namun kalian perlu perbanyakkan posting crowd yang tersusun. Ia perlu masuk di bahagian posting kepakaran tersebut. 

Sebagai contoh, kalian punya posting crowd ialah travel. Dan itu memang kalian punya kepakaran. 

Jadi, posting travel mesti disusun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Wajib. 

4. Fasa ADUN (25,001 - 50,000 pengikut). 

Ini adalah fasa kalian sudah pun dikenali. Malah ramai yang mengatakan untuk jadi orang yang berpengaruh di media sosial, kalian wajib ada sekurang-kurangnya 25,000 pengikut. 

Jika sudah sampai ke tahap ini, tahniah! Kalian sudah dikenali. 
Bangunkan imej, bina pengikut dengan memberitahu tentang produk, kepakaran serta perkhidmatan yang dibuat.

Dan tidak lupa untuk perkenalkan diri ya! 

5. Fasa Parlimen (50,000 - 100,000 pengikut dan seterusnya).

Waktu ini kalian sudah jadi idola seseorang. Posting kalian akan dinanti-nanti. Imej kalian sudah pun diterima. 

Dan pada waktu itu, hanya jaga konsistensi posting yang bagus-bagus. Sentiasa alert dengan isu, dan sentiasa juga berinteraksi dengan audien dengan membalas komen, membuat live video dan sebagainya. 

Fasa kita berbeza, cabaran juga berbeza, tenang sahaja okeh! Bina perlahan-lahan dan alaminya sendiri bagaimana perasaan tersebut. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Rindunya fasa kampung!

Ahad, 6 September 2020

Tips Penulisan Berpengaruh

TIPS PENULISAN BERPENGARUH

Minggu lepas saya berkongsikan tentang bagaimana membina pengaruh dalam penulisan di Akademi Bonda Nor. Seorang penulis prolifik tinggi.  Bermakna, dengan penulisan kita mampu mempengaruhi orang lain sama ada untuk menyokong, menentang, membeli, merangsang dan bertindak. 

Dalam senaraian ini, ada bahagian yang kadangkala kita tidak suka dan ada orang tidak suka tetapi kita perlu lakukannya. 

1. Kenali PENTAS penulisan kita. Adakah di dalam blog, fb, ig, Twitter atau dalam buku?

2. Kenalpasti khalayak sasaran bagi menentukan lingo penyampaian agar sampai tepat kepada sasaran.

3. Kenalpasti landasan perjuangan kita. Bahagian ini kadangkala kita terpaksa menulis KERANA PRINSIP bukan kerana populariti. Anda akan diuji di bahagian ini. Ilmu yang Allah beri kepada kita bukan percuma, tetapi ada kerja perlu dibuat. Allah mahu kita sebarkannya dan bukan simpan sendiri-sendiri. Ada kala, apa kita katakan itu pasti mewujudkan pergeseran namun atas nama perjuangan, kamu teruskan juga. Lebih mulia mati dengan parut juang dari hidup tak mengubah apa-apa. 

4. Konsisten dan sentiasa menambahbaik gaya penulisan dan hikmah menulis. Hikmah penulisan ini makan masa, sekadar gaya penulisan biasanya akan terbentuk dengan apa yang kita baca. Hikmah ini, penulis macam saya yang sudah puluhan tahun menulis juga masih belajar. CARANYA, respon dengan ALAM. Jika penulisan kita menyebabkan kemarahan ramai, lembutkannya sedikit dengan hikmah tanpa menumpulkan ketajaman isi juang. Step ini perlukan masa dan di antaranya akan ada juga kecaman yang kadang-kadang menjadi yuran kepandaian kita. Ride The Issue tapi kuasai isunya dahulu, cakap bila kita tahu bukan cakap apa yang kita tak punyai pengetahuan. Katakan sesuatu yang BERBEKAS bukan sekadar angin lalu sahaja.

5. Jangan putus asa kerana kelainan pandangan. Raikan pandangan berbeza, baca dan pertimbangkan. Carutan, makian semua boleh simpan tepi jauh-jauh kerana carutan dan makian tanpa hujah yang kukuh serupa seperti sampah yang mereput.

Akhir kalam, jika tak mabuk bermain ombak, jangan belayar di laut luas. Jika tak mampu belayar di laut terbuka, jangan didamba pengalaman sebesar dunia.

SAIFUL NANG
I am RareFounder

Jumaat, 4 September 2020

Cara Menulis Content Semasa Mengembara

Soalan: Saya selalu travel, namun tak tahu nak tulis apa. Tengok orang lain, seronok ja menulis. 

Jawapan: Ada banyak benda yang boleh ditulis semasa mengembara. Dan jika nak beri kesan baik kepada orang lain, penulisan itu mesti impaknya positif. Jika negatif, tak perlu tulis.

Ini senarai perkara yang boleh ditulis sebelum, semasa dalam perjalanan atau selepasnya:

1. Itinerary, jadual serta perancangan perjalanan yang tersusun. Jika jenis yang langgar semua benda, tulis dan post semua itu selepas travel.

2. Budaya, hal budaya orang, cara makan, cara hidup, perkahwinan, anak-anak, cara cakap hello, hai, berterima kasih dan sebagainya semuanya boleh ditulis.

Contohnya di Turki, Istanbul terutamanya, sekiranya kalian solat di mana-mana masjid, selepas ambil wuduk pastikan kalian kesat dan lap semua bahagian yang basah menggunakan tisu yang disediakan. 

Kemudian, pakailah stokin untuk menunaikan solat. Budaya di Turki mengutamakan kebersihan, kering dan berstokin merupakan budaya yang masih digunakan sehingga hari ini.

Ini salah 1 posting mudah tentang budaya. Senang kan?

3. Makanan, halal haram, cara nak simpan, cara nak bawa, dos and donts.

4. Tempat menarik, tempat wajib yang perlu dilawati. - review (to inform)

5. Penginapan, hotel, AirBnB, homestay semuanya boleh ditulis. - review (to inform)

6. Kaitan dengan filem, drama. - lokasi pengambaran dan aksi yang dilakukan di situ.

7. Transportation. Publicnya bagaimana, kalau boleh bawa kereta macam mana.

8. Orang. Boleh review sesiapa yang pernah datang ke sini atau yang menjadi ikon atau idola di tempat itu.

9. Sejarah. Ini antara benda yang best untuk dibuat posting. Historical building atau mana-mana kesan sejarah akan buat posting lebih menarik dibaca. 

Dan banyak lagi kawan-kawan!

Walaupun dalam negara, kita tetap ada banyak benda untuk ditulis, apatalah lagi di luar. Yang perlu kita buat ialah susun satu demi satu.

Tak perlu kalian ambil semua benda dan tulis dalam satu posting. Tenang-tenang.

Ada ramai antara kita yang bercuti percuma hanya kerana diminta untuk menulis di tempat tersebut. Mereka diberikan tiket penerbangan, penginapan, makan, transport semuanya free dan hanya perlu menulis sahaja di media sosial masing-masing.

Menulislah untuk beri orang lain faham atau tahu atau beri ilmu kepada orang lain.

Dunia pengembaraan penuh dengan pengalaman yang hebat, perkongsian kalian akan bawa banyaknya cita-cita dan harapan untuk ikut kalian ke tempat yang kalian pernah tuju.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Khamis, 3 September 2020

Cara menulis content menggunakan formula 50/20/30

Setiap kali menulis #content, saya gunakan formula 50/20/30.

50% #Fakta.
20% #Emosi.
30% #ImpakPositif.

Pendapat atau pandangan sendiri, saya ketepikan terus. Ingat, di media sosial, hal ini tak penting.

Orang suka baca benda benar, betul dan bermaklumat walau ia sekadar menulis resipi, hal berkebun atau perkara yang boleh buat kita kurus, sihat dan cergas. 

Yang penting ianya adalah fakta. Dan fakta itu tidaklah sampai ianya seperti rencana. Ia hanya perkara yang benar dan betul sahaja.

*

Contoh ayat fakta di media sosial:

Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam.

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. 

Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. 

Sebut 16 jam, 8 jam, air masak, tanpa susu, tanpa gula, semua itu adalah fakta untuk mereka yang mengamalkan diet intermitten fasting. 

*

Untuk emosi, beritahu dengan jelas dan visualkan semuanya dengan perkataan dan ayat yang betul. 

Contoh ayat yang ditambah emosi:

Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. Tenang, kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu drama. 

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja!

Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Ha ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey! 

Nampak tak penambahan tatabahasa seperti tanda seru, tanda soal, semua itu memberi emosi kepada pembaca. Ada juga penambahan ayat seperti sedang berinteraksi, ada juga divisualkan seperti perkataan lompat bintang. Itu semua emosi yang bagus.

*

Impak postif pula, ia mesti:

- apabila orang baca, orang faham. Atau,
- apabila orang baca, orang boleh buat terus. Atau 
- apabila orang baca, orang boleh beli terus. 

Jadi dalam kes intermittent fasting ini, kalian boleh tambah di hujung posting dengan menulis:

Jika kalian nak bermula, 

Download aps Body Fast. Ia akan bantu kalian rujuk berapa berat, berapa ukur lilit, dan waktu puasa dan makan kalian.

Kemudian, kalau ada bajet ambil coach, tak ada, tak apa.

Siap sedia untuk puasa pada hari isnin sampai ahad. Jika nak buat cheat day, susun hari yang sesuai.

Minggu pertama akan turun sekitar 2-3kg bergantung kepada jenis orang. Mula makan nasi, jangan terus tak makan nasi. Tenang-tenang.

(Sampai habis step).

*

Itu antara mudahnya menulis menggunakan content.

Masing-masing kena set formula dan bagaimana nak tulis supaya sentiasa beri impak kepada audien. Jika tulis suka-suka dan sekadar seronok, ok sahaja. 

Namun jika nak ianya diklik butang share, atau orang beli apa yang kita nak jual, kena usaha betul-betul jadikan posting kita posting yang terbaik. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Kreditkan ke sini ya jika mahu copy dan kasi ke team masing-masing https://t.me/ContentKHM.

Bagaimana sentiasa ada content dan nampak tersusun?

Soalan: Bagaimana tuan sentiasa ada #content dan saya nampak ia sangat tersusun?

Jawapan:

1. Saya buat content mapping dan sediakan perancangan content tahunan (blueprint). Dan ia tak buat saya gelisah, tak pening dan benda itu sentiasa ada.

2. Saya juga bermain dengan perkara yang ad-hoc. Oleh kerana ianya datang dalam bentuk musim atau tarikh tertentu, maka saya sediakannya juga lebih awal.

Contoh mudah, Hari ini Hari Kemerdekaan Negara. 

Ada banyak content yang boleh kita muat naik. Antaranya ialah tentang sejarah Kemerdekaan, Bapa Kemerdekaan, Jalur Gemilang, Kesan Jajahan Inggeris dan Jepun, Wira-Wira Negara, dan sebagainya. 

***

Baik, kita cuba 1 perkara sahaja, Jalur Gemilang.

Terus buat post To Educate dalam bentuk numbering, biasanya ia akan jadi impak positif kepada audien, postingnya begini:

Ini fakta Jalur Gemilang yang kita semua kena tahu:

1. Bulan dan Bintang - Melambangkan agama Islam sebagai agama persekutuan negara. 

2. Bintang pecah 14 - Menunjukkan perpaduan 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.

3. Warna kuning anak bulan dan bintang - Melambangkan warna diRaja Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Sultan-Sultan setiap negeri.

4. Warna Biru Tua - Menunjukkan perpaduan rakyat berbilang kaum (simboliknya ia mengelilingi warna kuning).

5. Warna Merah - Menunjukkan sifat keberanian.

6. Warna Putih - Menunjukkan sifat kesucian dan keluhuran.

***

Untuk posting begini, impak positifnya ialah apabila orang baca, orang akan faham. Jadi setiap fakta itu adalah impak positif.

Content terbentuk dengan apa yang kita tahu, kita mahir dan kita suka. Susun sahaja mengikut topik yang kalian sangat arif tentang itu.

Jika terkena pada waktu atau ada isu yang sesuai untuk dibuat posting, bina pula posting tersebut.

Kawan-kawan,

Ini media sosial, kita guna untuk sebar ilmu, hebah kebaikan dan kongsi kebahagiaan. Kita bina komuniti positif di kalangan friends dan followers yang kita ada.

Dan lihatlah aura kebaikan itu kembali kepada kita. 

Rancang, susun, buat dan konsisten okey!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Jika copy paste pastikan kredit ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...