Popcash

Selasa, 14 April 2020

Lancarkan Challenge Kepada Diri Sendiri


Menulis #content dan #StoryTelling di media sosial ini, perlu lancarkan “challenge” kepada diri sendiri. Saya buat ini:

1. Mesti menulis 3,000 patah perkataan sehari. Saya bermula dengan 100 patah, kemudian naik ke 300, 1,000 dan hari ini 3,000 patah. Wajib. Tulislah apa sahaja di Ms Word. Buat challenge yang kita mampu, bukan merepek-merepek.

2. Mesti membaca sekurang-kurangnya 1 buku sebulan. Ia untuk tambah perkataan semasa menulis. Tidak membaca, tak jumpa perkataan, dan proses menulis akan jadi sangat susah.

3. Keluar dari rumah dan pergi ke taman, kawasan orang ramai, naik public transport dan sebagainya (sekadar cadangan) sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Tidak keluar, hanya duduk di rumah / pejabat, idea akan kering. Dan itu akan menyebabkan kita hilang motivasi nak menulis. (YANG INI LEPAS PKP BOLEH BUAT SEMULA)

4. Hadir sekurang-kurangnya 2 kelas setahun tentang dunia menulis. Tak boleh syok sendiri. Mesti tambah ilmu. 

5. Bangun awal pagi untuk dapatkan kesegaran. Sebelum subuh, mandi, dan cuba membaca tafsir Al-Quran sekurang-kurangnya 2-3 muka surat sehari. Tafsir Al-Quran adalah nadi kepada dunia penulisan, dos and donts, teknik serta gaya penyampaian, lengkap di dalamnya. 

Semoga bermanfaat kawan-kawan, terus lancarkan challenge kalian hari ini juga. Tenang-tenang, Buya Hamka ada mengatakan:

“Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil”

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Masih belajar menulis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...