Popcash

Memaparkan catatan dengan label 7 Perniagaan Ebit Lew. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 7 Perniagaan Ebit Lew. Papar semua catatan

Isnin, 26 Julai 2021

7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Kita Tak Tahu

 Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti kita akan mengenali seorang ustaz yang lemah lembut tutur katanya dan terkenal dengan ayatnya “Allah Sayang Kita”.



Ustaz Ebit Liew atau nama sebenar beliau Ebit Irawan bin Ibrahim Lew juga dikenali umum sebagai seorang ustaz berbangsa Cina yang dermawan.

Apakah perniagaan yang diusahakan beliau sehingga mampu membantu orang lain dengan mudah?

Baru-baru ini, telah kecoh isu tentang harta kekayaan Ustaz Ebit Lew ini di media sosial. Ramai yang mempertikaikan dari mana datangnya wang beliau yang banyak.

Di sini, kami kongsikan perniagaan Ustaz Ebit Lew yang mungkin ramai tak tahu.

1. Motivator dan Seminar



Ustaz Ebit juga pernah bekerja dengan Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Hanim sebagai motivator dan juga trainer.

“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat team building selama 4 tahun.”. Pendedahan ini boleh dibaca di Facebook Ebit Liew.

Setelah mempunyai ilmu yang mantap, barulah beliau memulakan program motivasinya yang sendiri di bawah syarikat Transform Education & Training Sdn Bhd dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.

Boleh layari www.transformjiwa.com untuk maklumat program terkini mereka.

2. Kafe Paramount Coffee House

Tahukah anda, rangkaian kafe Paramount Coffee House juga adalah perniagaan keluarga Ustaz Ebit Liew. Mengikut semakan kami, perniagaan ini sudah bermula sejak tahun 2015 lagi di atas nama Azmy bin Ibrahim Lew.

Kini, restorannya telah mempunyai 3 cawangan. Makanan pun boleh dikatakan agak sedap dan harganya pun berpatutan.

3. Butik Pakaian Busana Muslim

Pernah dengar nama Kurta Sapoor atau Jubah Uwais? Ianya juga merupakan produk daripada perniagaan butik milik Ustaz Ebit Lew yang diberi nama Elew’s Design.

Butik ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

4. Rancangan Talk Show

Rancangan ‘talk show’ Ustaz Ebit Lew juga telah bertapak selama dua tahun di Astro Oasis (Door to Door Ebit Lew) dan TV Al Hijrah (A bit With Ebit). Ini pastinya dapat meningkatkan lagi populariti Ustaz Ebit Liew.

Berapa royalti pihak Astro dan TV Al Hijrah bayar kepada beliau itu wallahualam.

5. Penulis Buku

Selain daripada itu, buku-buku karya penulisan beliau juga masih laris dijual walaupun sudah 8 tahun di pasaran. Kesemuanya ada 9 buah buku yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew. Antaranya adalah  Isteriku Bidadari, Tangisan Umat, Menulusuri Cinta, Perjalanan Hidayah Umat dan 11 Amalan Memiliki Kekayaan.

6. Pendakwah di Media Sosial


Beliau juga meraih sumber pendapatannya melalui 
Youtube. Dikatakan melalui Youtube sahaja, pendapatannya mencecah ribuan ringgit sebulan.

7. Pasaraya ElewSmart

Ustaz Ebit juga telah menggemparkan negara kerana telah membuka pasaraya ElewSmart yang menawarkan harga barangan yang murah dan menyediakan ‘Food Bank’ bagi mereka yang memerlukan.

Kini, ElewSmart dengan tagline “Saudaraku, Murah” telah mempunyai 10 cawangan di sekitar Lembah Klang. (Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg. Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana)

Semoga sifat beliau yang pemurah kerana menggunakan harta dan kekayaannya untuk membantu insan yang memerlukan dapat diteladani.

“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.” – Ustaz Ebit Liew

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...