Popcash

Sabtu, 27 Jun 2020

Cara Membuat Content Yang Berkesan

Tuan Hafizul Hakim seorang jurutera yang fokus menulis tentang hal simpanan, emas dan juga kisah pengembaraan keluar negara.

Selepas ikuti beberapa kelas juga bootcamp, beliau berlari dari 0 pengikut, dan hari ini melebihi 28,000 pengikut.

Jualannya juga sudah mencecah jutaan ringgit. Beliau hanya tulis #content yang tersusun. 

Beliau fokus kepada apa yang beliau tahu, mahir dan suka. Lalu dihamparkan menjadi bacaan yang orang nanti-nantikan.

Iya, tak semua status beliau menjadi viral, namun ia tetap menjadi penyeri kepada mereka yang benar-benar mengikuti beliau. 

Content yang beliau muat naik adalah perkara yang kita semua biasa tahu. Cuma ianya ditulis dengan beri impak positif yang cukup kuat. 

Beliau beri step by step,
Beliau sediakan cara dan bagaimana nak buat itu nak buat ini. Menjadikan apa yang beliau up itu:

1. Orang boleh faham terus
2. Orang boleh buat terus.
3. Orang boleh tiru terus (tiru maksudnya terus buat apa yang dia telah buat, buat copy-paste status / posting)
4. Boleh beli terus.

4 perkara inilah maksud sebenar MEMBERI IMPAK POSITIF kepada audien.

Kalau kita menulis, kita sahaja yang faham. Maka itu belum sampai ke tahap memberi kesan positif kepada orang lain. 

Begitulah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Syukurnya semakin ramai yang berjaya. Mahu lagi tips content percuma, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Cara Menyusun Content Dan Profile

Sebelum mula tulis #content, pastikan #profile kalian itu sudah tersusun dengan elok. Nak beri orang percaya, nak orang dekati, nak orang follow, ia mesti ada elemen orang suka. 

1. Nama. - mesti nama orang. Tak kisah nak guna nama samaran, nama komersil atau nama timangan. Janji nama orang. Contoh nama sebenar Fatimah Awang, dia guna nama Tim Awang. Ha boleh sahaja. 

Tak boleh nama yang bergabung dengan syarikat atau produk. Memang tak ada siapa nak berkawan dengan kita apatah lagi nak follow. Contoh salah ialah Fatimah Coway. Aduhlah janganlah. 

2. Gambar Profile. - Mesti guna gambar sendiri dan seorang diri. Tak perlu gambar dengan suami / isteri. Letak sahaja tanpa prejudis. Biar jelas dan terang ia adalah gambar kita. Juga tan perlu pakai kot, pakai smart-smart, ini media sosial, tenang-tenang aja kawan-kawan.

3. Gambar Cover. - Ramai yang berusaha letak business card, gambar produk, gambar syarikat, gambar dapat award dan hadiah. Itu semua akan menyebabkan ramai orang berundur dan merasakan kalian ini akan menjual menjual menjual. 

Letak sahaja gambar kehidupan biasa seperti gambar pergi makan-makan, dengan keluarga, dengan kawan, gambar pergi travel semua. Itu semua gambar yang beri kepercayaan tinggi.

4. Text Bio. - Yang bahagian kecil untuk kita tulis tentang diri kita. Elakkan tulis “Ejen Produk A, CEO Syarikat B.” aiyo, itu semua pengenalan yang patut ditulis di bahagian About - Working. 

Di sini letak minat, suka, hobi dan sebagainya, baru tulis apa yang kalian buat. Kalau follower dah 25,000 orang ke atas, dah boleh tulis kerjaya. Selagi itu, jangan dulu. Kasi orang percaya dulu gais.

5. About - Working. Ini antara titik kepercayaan tinggi audien kepada kalian. Tulis sahaja di mana kalian pernah bekerja dulu dan sekarang. Orang akan nampak kalian itu sebelumnya apa, sekarangnya apa. Jika dulu Eksekutif di Ingress, maka tulis sahaja. Jika sekarang dah jadi CEO Syarikat, tulis juga. 

6. Features Photo- Yang ini boleh letak sampai 9 gambar sekarang. Boleh sahaja campur-campur. Yang penting ia adalah gambaran kepada kehidupan kalian.

7. Web / Link - Ha letak sahaja link website atau Instagram kalian di bahagian bawah itu. Semua akan menjadi baik-baik sahaja.

8. Dan tolonglah Publickan profile tersebut jika memang nak kumpul follower. Kalau tak nak, tak apa. No hal. 

*

Habis itu bagaimana nak menjual?

Menjual di posting. Bukan di profile. Ia adalah “rumah kalian”. Kena ingat. Setting rumah mesti kemas, mesti elok dan mesti friendly. Biar orang suka datang tengok dan beri kepercayaan tinggi. 

Jika setting kalian seperti “kedai”, orang akan takut-takut nak klik add, takut juga nak follow. Serba salah kerana bimbang sangat kita akan sering menjual. 

Susun posting selepas siapkan profile. Barulah mula bermain dengan content.

Mana untuk kehidupan, mana untuk jana kewangan. Bila dah elok, ada posting yang viral, orang akan klik profile, eh dia suka, terus dia tekan butang follow.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Menulis, Memasak, Mengembara. Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Ahad, 21 Jun 2020

Asas Facebook Ialah Teks

Asas Facebook ialah teks. Selain dari itu, semuanya adalah aksesori termasuk video, gambar, background, check in, tagging, feeling dan sebagainya. 

Paling menarik, aplikasi yang ini membina platform ini dengan berjaya menterjemah lebih 240 bahasa di seluruh dunia. 

Dengan kata lain, jika kalian bangunkan content positif, ianya boleh dibaca di mana-mana dengan hanya perlu klik ‘see translation’.

Syaratnya ialah kalian hanya perlu tulis dengan ejaan betul sahaja. 

Tahun lepas, saya dihubungi oleh team Cookly dari Kanada untuk saya join team mereka sebagai chef. Mereka menemui profile saya hanya dari posting resipi yang viral. 

Kesemua resipi yang saya tulis, saya eja dengan betul. Dan menjadikan ianya mudah untuk diterjemah. 

Untuk resipi, saya perlukan gambar, dan segala bentuk kaedah langkah demi langkah yang saya buat, membantu ramai orang untuk faham apa yang saya sampaikan. 

Dan syukur, ia menjadi dengan baik.

Itulah content. Ianya ada di sisi kalian sahaja. Kalian suka memasak, kongsi resipi. 
Kalian suka travel, kongsi tempat menarik.
Kalian suka memancing, kongsi port terbaik. 

Semua boleh. Yang penting, ianya menjadi manfaat kepada yang lain. Itulah kebaikan sosial media, ianya bukan sahaja untuk diri sendiri, malah bersifat global. Lagi banyak share, lagi meluas ilmu yang kalian beri. 

Cubalah. 

Khairul Hakimin Muhammad,
Content Master Kesayangan Negara.

Isnin, 15 Jun 2020

Pelajari Skrip Trivago

Tahun lepas boleh dikatakan skrip ini anda biasa dengar. Tahun ini, skrip trivago ini sudah kurang di dengari? Sharing ini panjang. Jemput save nota ini.

Dan saya percaya ada juga yang sudah menghafalnya.Bukan kuasa iklan semata mata tetapi ada penggunaan ayat yang mudah difahami dan ayat ayat sangat mempengaruhi minda. Fokus nya ayat "call to action". 

Cuba perhatikan skrip ayat iklan mereka
Hotel yang sama, bilik yang sama. Tetapi 2 harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih?

Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago. Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga jimat. Hotel? Trivago.

-

Mahukah saya kupaskan apakah sebenarnya yang dibina dalam ayat ayat pengiklanan trivago ini. Jom sama sama kita pelajari. 

Ayatnya seperti berikut.
Kenapa perlu cari pelanggan baru 
sedangkan pelanggan lama sudah ada,
Kenapa mahu buang database mereka tak membeli sedangkan mereka baru hanya menolak sekali sahaja tawaran anda
kenapa syarikat seperti TRIVAGO masih jalankan iklan sampai sekarang? Sedang kan target mereka hanya untuk penginapan yang jimat dan selesa.
saya tak nak jawab kenapa, saya nak kongsikan apa baiknya skrip ayat iklan trivago.Hehe sahaja buka persoalan di minda anda semua 🙂

Cuba lihat skrip nya
---

Hotel yang sama, bilik yang sama. 
Tetapi 2 harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih??
Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago.
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terjimat. 
Hotel? Trivago. .

---
Kupasan saya, Ianya banyak mengunakan ayat ayat Call To Action. Ayat ayat arahan yang pendek tapi punchline. Sekali lagi, apakah Call To Action
maksudnya ayat arahan yang mudah mempengaruhi minda dengan segera.

Lihat sahaja ayat 
Hotel yang sama, bilik yang sama
Ini ialah ayat CTA (persamaan)
Ia memperlihatkan sesuatu yang tampak sama

--

Lihat pula ayat ini
Tetapi 2 harga berbeza, kenapa bayar lebih?
Ini ialah ayat CTA ( perbezaan) dan ( kerugian )
Ia memberikan maksud yang jelas dan memberikan pengaruh bahawa anda boleh berjimat

--

Lihat ayat ini pula
Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago.
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.
Ini ialah ayat CTA ( tawaran) & ( perbandingan)
Serius ayat ini sangat berkesan sebab ada tindakan diberikan dan keupayaan mereka dari pesaing lain.

--

Lihat pula ayat ini
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terjimat. 
Hotel? Trivago. .
Ini ayat CTA ( jaminan) & (soalan)
Menguatkan lagi ayat dari perenggan kedua hingga perenggan terakhir. Dan ia meningalkan satu penyataan.

.
Kesimpulan dari skrip ini. Pandangan saya, ia sebenarnya memahami setiap perenggan ayat diatas yang dilontarkan ada kait rapat dan menguatkan dengan baik sekali.

Dari awal skrip trivago ini ada kesan yang baik.
6 perkara mereka hidangkan dalam bina skrip jualan mereka yang memastikan ianya pendek dan bermaklumat.

Mereka sediakan skrip yang 
1)Beri kesamaan
2)Beri perbandingan
3)Beri tawaran
4)Beri keunikan 
5)Beri jaminan
6)Beri Penjenamaan
7) Beri Penomboran

Jadi selepas ini cuba anda bina satu skrip yang berasaskan 7 perkara saya berikan.

Ini baru disentuh tentang skrip sahaja. Belum disentuh bab warna. Macam macam ilmu kita boleh belajar kan.-

Tuan Izan Shafie
Moga ilmu ini bermanafat untuk anda ya
#TagKawanKawanYa
#GuruNiagaAkademi

Cara Mudah Antara Proses Siapkan Copywriting

Resepi mudah antara proses siapkan copywriting 

(+) Kenal pelanggan anda
(+) Kenal umur mereka
(+) Kenal apa mereka mahu tahu
(+) Kenal apa offer disediakan
(+) Kenal spesifik target pelanggan

Boleh faham dan jelas ya. Nak detail?. 

Esok temujanji kita. Kelas storytelling telegram.
-Tuan Izan Shafie

Ahad, 14 Jun 2020

Cara Membina Ayat Yang Mantap

Bagaimana nak membina ayat iklan pendek tapi mantap. Ayat iklan begini sesuai untuk mereka yang bermain di group group fb serta di wall sendiri

Kenal pasti satu masalah. kenal pasti satu penyelesaian. kenal pasti tawaran hebat. Contoh ayat begini

Masalah sembelit? Saya guna daun teh sembelit saja. RM1 sahaja satu sachet. Settle masalah. Borong Teh Sembelit. Nak? Tinggal no telefon ya.

Simple dan menarik kan?

Cara Buat Ayat Pendek Menjual (Hardsell)

Cuba lihat ayat di bawah ini. Moga anda faham dan belajar buat ayat pendek menjual (hardsell).

Contoh ayat menjual 

Saya ada sediakan kuih bangkit raya ini. nak beli. sebalang rm12. tiga balang rm30.Nak cuba boleh wasup kita ya.

Contoh ayat menjual dalam nada membantu.

Raya ini saya mudahkan puan puan semua hidang kuih bangkit yang sedap lagi rapuh. Terasa bergetar tepungnya didalam mulut. Sekarang saya nak berikan harga terbaik satu RM12, tiga RM29 saja. jimat Sangat

Cepat dapatkan free gift sekali untuk 50 orang pembeli pertama.


Ha bagaimana dengan ayat sebegini. Anda belajar sesuatu?

-Tuan Izan Shafie

Jumaat, 12 Jun 2020

Tips Untuk Mula Menulis

Soalan: Saya nak menulis. Tapi tak tahu bagaimana nak mula. Tuan boleh bantu?

Jawapan: Mudah sahaja, tak perlu rumit-rumitkan.

1. Membaca. Bacalah buku apa sahaja pun. Janji membaca. Kena baca apa yang kita suka, tak perlu tengok orang lain apa yang dia baca. 

2. Pilih topik. 

3. Kaji topik tersebut, baca lagi tentangnya. Cari buku, cari bahan rujukan. Telaah sebanyak-banyaknya. Apabila hadam satu-satu hal, akan mudah untuk luahkan ke kertas / wall media sosial.

4. #Content terhasil dari penyatuan fakta, emosi dan impak positif. Jadi gunakan ke tiga-tiga hal ini.

Fakta - kejadian benar, hal betul.
Emosi - perasaan.
Impak positif - yang apabila orang baca, orang boleh faham atau boleh ikut atau boleh beli terus.

5. Pendahuluan, terus kepada topik. Tak perlu meleret.

6. Isi, gabungkan fakta dan emosi pada setiap satu ayat. Ia akan memberi sedap kepada satu-satu cerita.

7. Tutup dengan impak positif. Ia akan jadi penutup yang bagus.

Begitulah. Mudah sahaja kan? 

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM

Khamis, 11 Jun 2020

3 Posisi Posting Yang Kita Kena Sentiasa Gunakan Di Media Sosial

Ada 3 posisi posting yang kita kena sentiasa guna di media sosial kita ini. Ia adalah susunan #content yang dibangunkan secara tersusun. 

Posisi 1 - Untuk dapatkan #crowd - ia adalah posting menarik perhatian ramainya orang yang akan klik butang share.

Share = naik follower.

Posisi 2 - Untuk teruskan game #engagement - ia adalah untuk sentiasa pastikan orang memberi reaksi kepada posting kita. Yang ini hanya untuk dapatkan like dan komen sahaja.

Reaksi = engagement.

Posisi 3 - Untuk buat #duit. - Ia adalah posting iklan sama ada #hardsell atau #softsell. Dua-duanya betul. Cuma yang perlu disusun ialah waktu posting.

Sales = RM

Begitulah. 

#TipsContentKHM

Rabu, 10 Jun 2020

5 Perkara Teknikal Yang Wajib Dibuat Jika menulis Content di Media Sosial.

5 Perkara teknikal yang wajib dibuat jika menulis #content di media sosial.

1. Buat perenggan pada setiap 4 atau 5 baris ayat.

2. Perenggan itu mesti terputus dengan perenggan seterusnya.

3. Seperti ini. Ia terputus dengan nombor 2. 

4. Gunakan ejaan yang betul. Walau dalam DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun fungsi “see translation” di Facebook masih tidak dapat kesan perkataan apa yang ditulis melalui singkatan. 

5. Jika tulisan kita boleh dibaca dengan baik melalui banyaknya bahasa (menggunakan see translation) maka akan lebih ramai audien mendapat manfaat.

Tak kisah anda nak tulis apa untuk dapatkan crowd. Resipi, hal memancing, bersukan, jaga badan, tips pakai tudung dan sebagainya, yang penting beberapa hal teknikal ini anda jaga baik-baik.

Ia memudahkan audien membaca dan audien akan rasa suka, rasa selesa dengan posting kita.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Suka tulis panjang-panjang namun masih orang baca.

Isnin, 8 Jun 2020

7 tips menulis status harian di Facebook

Apa tujuh tips menulis status harian di facebook anda sendiri.

1) Menulis gunakan suasana. 

Contoh pergi ke kedai makan. Jangan ambil gambar dan taip sahaja caption simple tetapi buatlah begini. 

Sebaiknya 
Ambil gambar dan tulislah sebegini

Alhamdulillah pagi ini datang ke Restoran Azwa terus order nasi lemak paru paru + Air teh o panas. Tambah kuah kari kambing. Selera sikit pagi ini. Diet tak dapat nak jaga lagi. Bukan selalu.

Menulis dengan ada respon suasana. Membuatkan penulisan itu hidup

2) Menulis dua hala

Maksudnya menulis dengan membawa pembaca turut serta.

Contoh ayat 
Semalam tengok seorang pakcik berjalan kaki ketika hujan. Saya dan sahabat dalam kereta masing masing bertanya. Jom tumpangkan pakcik itu. Kesian dia.

Korang rasa apa yang kami dapat? Baru sahaja kami mahu berhenti. Ada sebuah kereta sudah berhenti dan mengambil pakcik itu. Saya cakap dengan kawan. Kita terlewat.

3) Menulis berperenggan 

Maksudnya menulis menggunakan perenggan supaya tidak menampakkan serabut dalam penulisan.

Setiap penulisan perlu dititik beratkan perenggan. Bila ada perenggan ia memudahkan pembaca hadam dan selesa dengan apa yang kita sampaikan.

4) Menulis dengan memberikan impak positif

Maksudnya berikan penulisan yang berbentuk cerita. Ceritakan pengalaman diri dan ianya mudah dihadam. Mencari kekurangan diri hingga dalam kekurangan itu menampakkan ada penyelesaian dan perubahan yang baru.

5) Menulis itu ada jenakanya

Adakala menulis di status harian kita juga perlu diberi sentuhan gurauan juga. Tidaklah asyik dengan straigh to the point cerita perihal kita sahaja.

Contoh ayat
Engkau orang tak boleh tulis status kerap kali ini kenapa? Selalu morning sickness ke atau everyday sickness. hihi. Aku tanya kan je. Jangan marah. 

6) Menulis lenggok sendiri.

Maksudnya ia mempamerkan diri kita sendiri. Penulisan kita adalah karya kita juga. Menulis menggunakan bahasa sendiri membuatkan orang mudah menerima. Penting tidak mengikut loghat negeri. Pening pula audience anda nanti.

7) Menulis tidak takut takut 

Ya ramai yang beritahu saya, adakala dah taip dah. Tapi risau tak diterima oleh pembaca. Elakkan berperasan begini. Keran perasan ini akan memudaratkan kesihatan dalam penulisan. Tulislah. 

Jika mahu pelajari banyak point menulis status harian dengan padu. Saya galakkan membaca ebook ebook saya lagi. Komen PM sekarang. Saya akan berikan link nya. 

oh ya sebelum terlupa. saya nak ucapkan terima kasih membaca coretan saya ini.

p/s: Silakan kongsikan atau tag nama kawan kawan diruangan komen untuk sesi perkongsian. Like dan komen sesuatu tanda anda menghargai penulisan saya ini.

Khamis, 4 Jun 2020

Perbezaan content Page Facebook dan Profile Facebook

Facebok = Teks. 

Gambar dan Video hanya aksesori. Jika mahu guna, tetap perlu bangunkan story. 

Ramai salah faham apabila melihat enggagement dan reach kepada postingnya semakin kurang like dan share. 

Asasnya ialah apabila ada kesilapan dalam membuat content, ia tidak jadi posting. Ia sekadar tulisan / perkongsian yang syok sendiri. 

Page Facebook = Kedai. 
Profile Facebook = Owner. 

Dan perlu diingat, dua perkara ini berbeza sama sekali. Pembangunan content di dua medan ini juga berbeza. 

Berbaliklah kepada Niche. 

Jika teks tidak kuat, guna gambar dan video di tempat yang salah, story tidak ada, bukan sekadar enggagement pun kurang, reach posting juga tidak akan dicapai. 

#KHM

Rabu, 3 Jun 2020

Letakkan diri anda sebagai pembaca

LETAKKAN DIRI ANDA SEBAGAI PEMBACA

Tips ini adalah tips pertama dalam penulisan 'Copywriting'.

Sangat penting untuk meletakkan diri anda sebagai pelanggan yang akan membaca 'Copywriting' yang telah dihasilkan.

Anda perlu memikirkan tentang ayat yang anda gunakan supaya sesuai dengan pelanggan anda.

Tanya pada diri sendiri, 'Adakah Copywriting yang saya hasilkan ini akan memberikan manfaat kepada pembaca?'.

Atau 'Adakah Copywriting ini menarik minat pelanggan  untuk membeli produk ini?'. 

Cubalah letakkan diri anda sebagai pembaca sebelum berfikir untuk menyiarkan iklan anda. 

Anda dapat sesuatu dari tulisan ini? Jika 'ya', klik butang #Share untuk menfaat kepada orang lain.

Terima kasih & nantikan perkongsian seterusnya.

Isnin, 1 Jun 2020

5 tips menulis copywriting

5 TIPS MENULIS COPYWRITING

1. Gunakan ejaan perkataan yang penuh. Elakkan guna "Shortform".

2. Gunakan perenggan iaitu setiap perenggan tidak melebihi 5 hingga 6 baris.

3. Gunakan POIN untuk isi atau maklumat yang ingin disampaikan. Elakkan mencampurkan dua atau lebih maklumat dalam satu poin.

4. Gunakan huruf besar dan huruf kecil di tempat yang betul. Gunakan huruf besar bagi perkataan penting.

5. Tetapkan target dengan menggunakan perkataan yang sesuai.

#CopywritingMasta

Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...