Isnin, 8 Jun 2020

7 tips menulis status harian di Facebook

Apa tujuh tips menulis status harian di facebook anda sendiri.

1) Menulis gunakan suasana. 

Contoh pergi ke kedai makan. Jangan ambil gambar dan taip sahaja caption simple tetapi buatlah begini. 

Sebaiknya 
Ambil gambar dan tulislah sebegini

Alhamdulillah pagi ini datang ke Restoran Azwa terus order nasi lemak paru paru + Air teh o panas. Tambah kuah kari kambing. Selera sikit pagi ini. Diet tak dapat nak jaga lagi. Bukan selalu.

Menulis dengan ada respon suasana. Membuatkan penulisan itu hidup

2) Menulis dua hala

Maksudnya menulis dengan membawa pembaca turut serta.

Contoh ayat 
Semalam tengok seorang pakcik berjalan kaki ketika hujan. Saya dan sahabat dalam kereta masing masing bertanya. Jom tumpangkan pakcik itu. Kesian dia.

Korang rasa apa yang kami dapat? Baru sahaja kami mahu berhenti. Ada sebuah kereta sudah berhenti dan mengambil pakcik itu. Saya cakap dengan kawan. Kita terlewat.

3) Menulis berperenggan 

Maksudnya menulis menggunakan perenggan supaya tidak menampakkan serabut dalam penulisan.

Setiap penulisan perlu dititik beratkan perenggan. Bila ada perenggan ia memudahkan pembaca hadam dan selesa dengan apa yang kita sampaikan.

4) Menulis dengan memberikan impak positif

Maksudnya berikan penulisan yang berbentuk cerita. Ceritakan pengalaman diri dan ianya mudah dihadam. Mencari kekurangan diri hingga dalam kekurangan itu menampakkan ada penyelesaian dan perubahan yang baru.

5) Menulis itu ada jenakanya

Adakala menulis di status harian kita juga perlu diberi sentuhan gurauan juga. Tidaklah asyik dengan straigh to the point cerita perihal kita sahaja.

Contoh ayat
Engkau orang tak boleh tulis status kerap kali ini kenapa? Selalu morning sickness ke atau everyday sickness. hihi. Aku tanya kan je. Jangan marah. 

6) Menulis lenggok sendiri.

Maksudnya ia mempamerkan diri kita sendiri. Penulisan kita adalah karya kita juga. Menulis menggunakan bahasa sendiri membuatkan orang mudah menerima. Penting tidak mengikut loghat negeri. Pening pula audience anda nanti.

7) Menulis tidak takut takut 

Ya ramai yang beritahu saya, adakala dah taip dah. Tapi risau tak diterima oleh pembaca. Elakkan berperasan begini. Keran perasan ini akan memudaratkan kesihatan dalam penulisan. Tulislah. 

Jika mahu pelajari banyak point menulis status harian dengan padu. Saya galakkan membaca ebook ebook saya lagi. Komen PM sekarang. Saya akan berikan link nya. 

oh ya sebelum terlupa. saya nak ucapkan terima kasih membaca coretan saya ini.

p/s: Silakan kongsikan atau tag nama kawan kawan diruangan komen untuk sesi perkongsian. Like dan komen sesuatu tanda anda menghargai penulisan saya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...