Popcash

Rabu, 25 Ogos 2021

'Ismail Sabri wakili Umno dan dia bincang dengan Anwar, DAP’

 Parti pembangkang tidak akan mempersulit kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita beritahu (kepada Perdana Menteri) kalau suasana dan program-program itu agak pro rakyat kita tak akan persulitkan.


"Kita beri jaminan kalau program pro rakyat, program menangani Covid-19 ini lebih berkesan, maka kita tiada masalah untuk menjamin keadaan lebih terkawal," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata demikian mengulas mengenai gesaan supaya usul undi percaya terhadap Ismail Sabri dilakukan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Dua lagi pemimpin pembangkang iaitu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menyertai pertemuan itu yang dibuat atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.


Ketiga-tiga pemimpin itu tiba di Bangunan Perdana Putra pada 2 petang dengan menaiki kenderaan berasingan dan pulang kira-kira 3.30 petang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Ismail Sabri dilakukan segera di Parlimen. Gesaan itu disokong oleh Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dengan menyatakan bahawa usul undi percaya perlu dilakukan meskipun Ahli Parlimen Bera itu, telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata dalam pertemuan lebih sejam itu, beliau telah mengemukakan isu menangani permasalahan Covid-19 yang lebih berkesan, program-program pro rakyat yang lebih menyentuh permasalahan golongan miskin dan kehilangan pekerjaan.

Itu kita tekankan sebagai yang asas. Jadi untuk mententeramkan dan mengurangkan suhu politik itu memang dipersetujui," katanya sambil menambah beliau berharap isu-isu itu akan menjadi keutamaan Perdana Menteri baharu.

Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana meluangkan masa berbincang dengan parti-parti pembangkang.

"Saya ucap terima kasih… Ismail Sabri ini mewakili Umno dan dia bincang dengan Anwar dan DAP.

“Saya bergurau dengan dia, No Anwar No DAP, ini nampak dah berubahlah. Dia kata ini kerana semangat titah tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk kerjasama (dengan semua pihak)," katanya.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, Lim turut mengemukakan isu ekonomi termasuk moratorium bank manakala Mohamad pula membangkitkan soal kesan parah Covid-19 di beberapa kawasan yang menuntut pendekatan baru dan tidak terikat dengan kaedah lama yang terbukti belum cukup berkesan.

Ditanya sama ada isu Majlis Pemulihan Negara dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata perkara itu tidak dibincangkan.


Mengenai jawatan ketua pembangkang ditawarkan saraan dan kemudahan yang setara dengan menteri kanan seperti yang pernah diusulkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar berkata perkara itu tidak berbangkit.

"Saya pun tidak (berminat), saya tidak mahu itu dijadikan isu. Daripada awal kita kata kita tak datang untuk meminta jawatan untuk kita, isu kita khusus soal ekonomi rakyat dan Covid-19," katanya.

Anwar berkata selepas pertemuan tadi, parti-parti pembangkang akan mengadakan mesyuarat susulan di peringkat jawatankuasa.

"(Mesyuarat) ini untuk mencerakinkan apa yang boleh dipersetujui dan langkah-langkah harus diambil supaya keadaan kedudukan perdana menteri dan kedudukan negara lebih terkawal dan nyaman politiknya," katanya.

- Bernama





Selasa, 24 Ogos 2021

Ketua Pembangkang : Shafie Apdal paling layak ganti Anwar

 KETIKA pencalonan bagi jawatan Perdana Menteri dijalankan baru-baru ini, ia bukan sahaja melibatkan ‘pertarungan’ antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga turut ‘dibuka laluan’ kepada Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ketika itu, tersebar berita bahawa kedua-dua mereka mempunyai 105 kerusi. Ia bermaksud semua blok pembangkang bersatu jika mana-mana calon mendapat angka majoriti mudah 111 kerusi.

Bagaimanapun Anwar gagal mendapat sokongan diperlukan begitu juga Mohd. Shafie yang tidak berjaya memperolehi undi daripada ahli-ahli Parlimen di Sarawak. Tetapi itu tidak bermaksud kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang terus selesa.

Sebaliknya, sekarang sudah ada bunyi-bunyi dalam blok pembangkang bahawa sudah tiba masanya individu lain diberikan peluang menduduki jawatan tersebut khususnya bagi membolehkan pembangkang turun ke gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai satu pasukan dengan ketua baharu.

Calon paling layak untuk dipertimbangkan ialah Mohd.Shafie. Walaupun hanya menguasai lapan kerusi Parlimen melalui parti Warisan yang diterajui oleh beliau, tetapi Mohd. Shafie dianggap tidak mempunyai musuh dalam pembangkang.

Beliau dikatakan diterima oleh majoriti blok pembangkang termasuk DAP. Dalam DAP pun sudah ada ‘suara-suara’ yang dikatakan sudah tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Anwar terutamanya apabila Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama bipartisan yang ditawarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Walaupun ada pemimpin-pemimpin DAP yang menyokong saranan itu tetapi kepemimpinan PH dikatakan menolak. Mungkin ada di antara mereka melihat inilah peluang terbaik untuk Anwar menjadi Perdana Menteri dan pakatan tersebut kembali berkuasa.

Tetapi harapan itu berkecai apabila Ismail Sabri mendapat sokongan 114 daripada 115 ahli Parlimen. Lanjutan itu maka wujudlah suara-suara bukan sahaja dalam kalangan ahli politik pembangkang tetapi penyokong-penyokong mereka yang mahu Anwar digantikan sebagai Ketua Pembangkang.

Malah mereka juga sudah bosan dengan mainan angka ‘kukuh dan meyakinkan’ yang sudah beberapa kali Anwar lakukan sejak 2008 lagi.

Mohd.Shafie dilihat berkemampuan untuk menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang kerana ramai yang berpendapat, selain boleh mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Sabah, beliau juga sudah pasti akan mendapat sokongan daripada Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menguasai empat kerusi Parlimen.

Jika Mohd.Shafie menjadi Ketua Pembangkang, tidak mustahil ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak akan menyokong beliau. Keadaan itu akan membolehkan impian untuk melihat seorang ahli Parlimen daripada Borneo menjadi Perdana Menteri akan tercapai.



Mungkin ada yang melihat perkara ini janggal dan mustahil, tetapi dalam politik segalanya berkemungkinan. Blok pembangkang dilihat sudah tidak boleh lagi bergantung kepada Anwar yang pada masa ini gagal menguasai keseluruhan 105 ahli Parlimen di blok tersebut.

Siapa tahu dengan pemilihan Mohd.Shafie menggantikan Anwar, blok pembangkang akan dilihat lebih berwibawa. Lagipun sudah lama sangat, pembangkang bergantung kepada Anwar.

Ramai yang percaya dengan pengalaman yang ada kepada Mohd.Shafie di dalam UMNO dan menteri suatu ketika dahulu, beliau mampu memimpin parti-parti pembangkang mencapai kejayaan dalam PRU-15. Belum cuba, belum tahu.Facebook

Isnin, 23 Ogos 2021

Azmin bakal jadi TPM, kata sumber Bersatu dan Umno

 Anggota parlimen Gombak Azmin Ali akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri (TPM), kata sumber-sumber Bersatu dan Umno.

Sumber Bersatu yang rapat dengan Azmin memberitahu Malaysiakini, besar kemungkinan bekas menteri kanan itu akan dilantik ke jawatan nombor dua bagi membantu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, tiga sumber Umno - seorang anggota Majlis Tertinggi dan dua anggota parlimen - turut memberitahu perkara sama.

Dua daripada sumber itu, yang berbeza kem, memberitahu langkah itu diambil bagi mengekalkan sokongan majoriti terhadap kerajaan.

Sumber-sumber mendakwa Azmin mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap Ismail bersama penyokongnya jika tidak diberikan jawatan itu.

Ismail yang mengangkat sumpah Sabtu lalu hanya memperoleh sokongan 114 daripada 220 anggota Dewan Rakyat.

Kem Azmin mempunyai kekuatan sekurang-kurangnya 10 anggota parlimen - jumlah yang cukup untuk menggoncang kedudukan Ismail.

Malaysiakini sudah menghubungi pihak daripada kem Azmin dan sedang menunggu maklum balas.

Seorang anggota parlimen daripada kem Azmin menafikan terdapat ugutan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan.

Karut, kata Razali Idris

Sementara itu, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Razali Idris menafikan keputusan memilih timbalan perdana menteri sudah dibuat.

“Tak putuskan (lagi). Mana ada yang keluar embargo semua, itu karut.

“Perdana menteri dah khabar dah kelmarin, insya-Allah minggu ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Selain Azmin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin dan anggota MPT Redzuan Mohd Yusof tuirut disebut-sebut sebagai calon TPM.

Gabungan Parti Sarawak juga melobi untuk diperkenalkan jawatan TPM II untuk diisi oleh wakil rakyat mereka.


Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...