Popcash

Memaparkan catatan dengan label Sajat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajat. Papar semua catatan

Isnin, 18 Oktober 2021

Saya rasa tak selamat' - Sajat sahkan menetap di Australia

 Bimbang dengan keselamatan diri ketika berada di Malaysia, usahawan kosmetik Nur Sajat hari ini mengesahkan bahawa dia telah menetap di Australia.



Ini berikutan kes di Mahkamah Syariah terhadapnya kerana berpakaian seperti wanita di sebuah majlis tiga tahun lalu.

Sajat, 36, turut mengesahkan dia telah diberikan status penduduk tetap di Australia, di mana dia akan memulakan semula perniagaannya di situ.

Sajat yang juga merupakan seorang transgender berkata dia sedar bahawa telah meninggalkan keluarganya di Malaysia, harta dan perniagaannya di tanah air tetapi katanya dia tidak gembira di Malaysia.

Bila I (saya) bebasI boleh jalankan kehidupan. Duit boleh cari tapi kebahagiaan tak boleh beli. Bagi I, I bahagia di tempat negara yang boleh terima siapa diri I. Itu yang I nak sangat-sangat.

“Dekat sana (Malaysia) I tak bahagia, tapi I menghormati, jadi I gerak (ke Australia). Dan I hanya nak dapatkan freedom (kebebasan), itu je,” katanya melalui sesi siaran langsung di Instagram sekitar jam 4 petang waktu Malaysia hari ini.

Sepanjang video tersebut, Sajat berulang kali menyatakan dia amat gembira di sana sekarang dan mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak, termasuklah Kedutaan Australia dalam membantu proses tersebut.

Dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri setibanya di Sydney dari Thailand. Tambahnya, antara perancangannya tidak lama lagi termasuklah untuk ditemubual oleh sebuah media di Australia yang berminat dengan kisahnya.

Sebagai maklum balas kepada pengikutnya di Instagram, Sajat menafikan dia melarikan diri daripada masalah hutang. Sebaliknya Sajat menjelaskan dia telah hadir setiap perbicaraan kes fail saman terhadapnya oleh sebuah syarikat di Malaysia, pada 2018.

Dia menegaskan keputusannya untuk meninggalkan Malaysia adalah disebabkan kes syariah terhadap dirinya.

“Sejak berlaku kes syariah dan I terus keluar daripada Malaysia.

“I dah give up sebab I rasa perundangan dalam tu tak patut berlaku, I rasa tak selamat dan I keluar.

“Bila kes (civil) itu dibangkitkan pada Februari, saya dua tiga kali tak datang ke mahkamah,” katanya.

Pada Feb lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Jan lalu, Sajat, dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Agama hal peribadi

Menjawab persoalan berhubung status agamanya, Sajat hanya membalas “agama adalah benda yang peribadi.”

“I rasa kalau I masih Islam biarlah I dengan Islam I, you dengan Islam you. This is more respect. Tak perlulah you judge I ke apa. Kita respect each other.

“Sekarang ni kalau you nak kata I macam-macam tak guna sebab I dengan cara Islam I, you dengan cara Islam you.

“Tak perlu nak kata 'Sajat berdosa'...terima kasih, I sangat hargai you all rasa you dah nasihat tapi I ada pendirian I, kita hormat satu sama lain, itu je,“ katanya.

Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Malaysia, Sajat seolah-olah memberi bayangan tidak akan pulang ke tanah air.

Namun, katanya dia masih berkomunikasi bersama ibu bapanya dan anak-anak angkatnya.

Pada Sept lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan mengesahkan Sajat telah ditangkap oleh pihak imigresen Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

Abd Jalil dilaporkan Sajat dikehendaki di Malaysia di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dakwaan menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Sebelum ini, turut dilaporkan bahawa Sajat telah memohon status pelarian dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Bangkok untuk mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

Sumber: Malaysiakini




Jumaat, 30 Julai 2021

Notis Kebankrapan Difailkan Terhadap Nur Sajat Setelah Gagal Bayar Ganti Rugi Kepada Bekas Stokis

 Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan notis kebankrapan terhadap Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan berikutan kegagalan usahawan tersebut membayar penghakiman sebanyak RM200,000.00 kepada bekas stokis utama beliau iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan Mahkamah Rayuan April lalu. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Saiful Ridzuan Public Relations And Communications, dua plaintif dari OWA Resources iaitu Nurwati Hussin dan Mohammed Syakir bin Hussin berkata notis iklan dan notis tampal telah pun dibuat minggu ini dan pihaknya belum menerima sebarang affidavit membantah notis kebankrapan itu oleh pihak Muhammad Sajjad. 

Pihak anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan. Oleh itu, kami telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan dan menampal notis di mahkamah dan di depan rumah defendan,” kata Nurul Hafidzah Hassan, peguam utama OWA Resources dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

“Pada tahun lepas anak guam berjaya membekukan akaun bank defendan tetapi hanya dapat memperoleh RM5,000.00 iaitu baki terkini dari akaun tersebut. Ini dilakukan melalui tindakan garnisi terhadap kesemua akaun defendan-defendan. Berikutan kegagalan defendan membayar penghakiman mahkamah, anak guam tiada pilihan lain melainkan membankrapkan defendan,” tambah Nurul Hafidzah.

Mengikut penghakiman Mahkamah Rayuan, Muhammad Sajjad gagal dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan usahawan itu membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,00.00 kepada OWA Resources. 

Difahamkan, pihak Muhammad Sajjad ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rugi tersebut secara ansuran sebanyak RM3,000.00 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.  

OWA Resources sebelum ini cuba menyerahkan notis bankrapsi kepada Muhammad Sajjad sebanyak tiga kali termasuk percubaan menyerahkan surat temujanji dan juga percubaan-percubaan lain. Namun, oleh kerana semua percubaan serahan tersebut gagal kerana Muhammad Sajjad tidak dapat diketemui maka plaintif telah memfailkan notis tersebut untuk serahan secara alternatif iaitu melalui notis iklan di surat khabar, di mahkamah dan juga di depan rumah defendan.

Berdasarkan notis berkenaan, Muhammad Sajjad perlu membayar RM113,327.00 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 (tarikh pemfailan writ saman) sehingga 3 Mac 2021 (tarikh notis kebankrapan) serta kos mahkamah sebanyak RM70,000.00 dan setakat 3 Mac 2021 jumlah itu menjadi RM197,329.87. 

Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebankrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000.00

Oleh itu, OWA Resources memfailkan notis kebankrapan terhadap Muhammad Sajjad kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini.

Nurwati, Pengasas OWA Resources yang merupakan bekas stokis produk bengkung dan girdle Muhammad Sajjad memaklumkan yang krisis undang-undang dan perniagaan tersebut menjadi pengajaran kepada syarikatnya agar lebih berhati-hati dalam memilih rakan perniagaan pada masa hadapan. Beliau akan memastikan untuk melakukan pemeriksaan wajar (due diligence) melalui peguam korporat yang telah dilantik sebelum menjalankan sebarang kerjasama perniagaan dengan mana-mana pihak selepas ini. – KopiPlanet.com









Aliff menumpang di rumah saya atas izin ibunya – Sarah Yasmine

  KUALA LUMPUR – Enggan tindakan disalah erti, Sarah Yasmine membenarkan Aliff Aziz menumpang di rumahnya selama sebulan adalah demi memenuh...