Jumaat, 4 Disember 2020

Terbaru! Semua Pencarum Boleh Memohon i-Sinar - KWSP

Untuk makluman KWSP membenarkan semua pencarum boleh memohon pengeluaran Akaun 1 i-Sinar.

Perincian pada 2 Disember lalu bukan syarat seperti dipersoalkan oleh orang ramai di media sosial,

Pencarum tidak perlu bimbang jika memenuhi syarat yang tetapkan oleh KWSP. Secara automatik permohonan akan diluluskan.

Mulai 21 Disember 2020, yang tergolong dalam kategori pertama seperti  bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, suri rumah dan pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji layak memohon.

Mulai 11 Januari 2021 Untuk kategori kedua. Pencarum untuk kategori kedua memerlukan dokumen sokongan seperti slip gaji sebelum dan selepas potongan gaji, surat pemberhentian kerja atau surat pemotongan elaun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...