Ahad, 6 Disember 2020

Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) ucap takziah buat Syafiq

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad yang kehilangan anak lelaki dan ibu mentua selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, Syafiq, 25 tahun, dan anak perempuannya yang berumur dua tahun, Aaira Nur Safiyya dilaporkan cedera ringan, dan isterinya, Nor Amalina Norain, 25 tahun, cedera parah.

"Kami mendoakan semoga isterinya diberikan kesembuhan," kata badan induk itu dalam satu kenyataan, hari ini.


Kenderaan MPV milik penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal. 

Bayi lelakinya yang baru lahir pada 14 November lalu, Muhammad Aisy Saqeef,ibu mentua, Zainab Wahab, 45 tahun, dan pembantu rumah  warganegara Indonesia, bernama Titik Sukamti, 30-an dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

kelab Johor Darul Takzim yang diwakili Syafiq,  turut menghulurkan ucapan takziah kepada penyerang Harimau Malaya itu.

"Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim atas pemergian ahli keluarga beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah," kata kelab itu dalam kenyataan di Facebook rasmi, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...