Isnin, 25 Mei 2020

Tips mudah pengurusan konten

Tips mudah pengurusan konten.

Konten mesti hidup. Jenis konten mesti menarik perhatian.

Panduan jenis konten ini akan memudahkan kita untuk menyusun jadual pengeluaran konten yang berkualiti.

Konten yang boleh menarik trafik adalah tajuk yang mampu menghentikan mata pembaca. Ada 6 asas jenis konten yang boleh dibuat untuk menghidupkan konten:

#1. Konten yang menerangkan "list" seperti tips dan panduan . Semua konten bentuk "list" boleh dimulakan dengan nombor.

Contohnya: 5 tips memilih kem cuti sekolah yang terbaik untuk anak-anak.

#2. Konten "how-to" adalah pilihan mudah mendapatkan idea tajuk konten . Konten ini akan banyak menerangkan bagaimana  keperluan/kehendak pelanggan dapat diselesaikan. 

Contohnya: Bagaimana membuat kari kepala ikan dirumah?.

#3. Konten berbentuk "Q&A". Konten ini akan menceritakan masalah yang terjadi dan menjawab masalah tersebut.

Contohnya:konten berbentuk frequently asked questions (FAQs).

#4. Konten tentang "success story". Konten ini menceritakan apakah pengalaman yang dilalui oleh pelanggan sehingga berjaya menyelesaikan masalah dengan produk kita.

Contohnya: Pengalaman luarbiasa saya pergi ke Taman Negara Malaysia.

#5. Konten bersifat "new". Ia seperti konten yang selari dengan praktis baru, pengumuman dan rahsia yang sangat berguna kepada pelanggan.

Contohnya: Rahsia rumah sejuk tanpa menggunakan penghawa dingin.

#6. Konten tentang "industri news". Sebarang pengumuman polisi dan peraturan baru yang berkait rapat dengan bisnes kita akan menghasilkan trafik yang berkualiti.

Contohnya: Kesalahan mendaki yang ramai orang tidak tahu berdasarkan peraturan kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...