Sabtu, 23 Mei 2020

Menulis dengan mesra mengunakan kaedah perbualan

Menulis Dengan Mesra, Kaedah Perbualan.

Sebenarnya pembaca yang akan menjadi prospek pelanggan bukan menginginkan tulisan berbentuk bombastik untuk tertarik dengan sesuatu produk.

Mereka lebih suka membaca tulisan atau 'copywriting' yang santai, mudah  dan jelas supaya senang untuk difahami.

Jadi cara paling mudah untuk menulis supaya orang suka membaca adalah dengan menulis menggunakan kaedah bagaimana kita bercakap atau berbual.

Cuba letakkan diri kita sebagai pembeli dan fikirkan bagaimana kaedah penyampaian yang kita inginkan, sama ada dengan bahasa yang rasmi atau bahasa perbualan harian.

Bila kita menulis dengan cara  mudah difahami, secara tidak langsung kita akan jadi rakan atau kawan kepada pembaca kita seolah-olah sedang bercerita dengan mereka.

Antara ayat yang biasa digunakan sebagai ayat perbualan ialah :

1. Gunakan kata ganti nama (saya, kamu, mereka, kita)
2. Gunakan bahasa harian (OK, pasti, mesti...)
3. Gunakan ayat mudah
4. Gunakan ayat semulajadi dan elakkan terlalu bertatabahasa tinggi.

Ingatlah, sekiranya anda memilih untuk menulis secara rasmi maka anda sebenarnya memilih untuk menjadi seorang yang membosankan.

Maka pilihan di tangan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...