Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.
Semalam, Che Ta memuat naik videonya mendapatkan suntikan vaksin dos pertama. Apa yang menjadi tumpuan pelakon itu menggayakan beg mewah jenama Hermes Birkin dianggarkan bernilai hampir RM100,000.Diruangan komen, ada pengikutnya sempat mengusik Che Ta menulis,”Amboi pergi pakai Birkin”. Komen tersebut dibalas oleh Che Ta mengatakan, “Lama tak pakai, takut reput pula.”
Menerusi perkongsian itu, Che Ta turut bermurah hati menjamu petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri.
Difahamkan, Che Ta mendapatkan suntikan vaksin jenis Pfizer di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan