Khamis, 2 Mei 2024

Aliff Aziz minta maaf(Video)

 






[VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Marah, Kebencian & Penyesalan”

Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon sensasi, Aliff Aziz akhirnya bersuara terhadap segala kontroversi yang berbangkit selepas ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Menerusi video pendek podcast The Common Folks, Aliff berkata selama ini dia berdiam diri kerana enggan mengeruhkan keadaan yang telah rumit itu.

“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last.


“Kalau saya saling berbalas, isu akan jadi lebih panjang dan serabut,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal mengenai tindakannya mendedahkan hubungan sulit isterinya, Bella Astillah dan aktor, Muaz Zabir itu, Aliff mengakui dia menyesal kerana terlalu mengikut perasaan amarah dan ‘dendam’.

“Kenapa keluarkan cerita pasal Bella,” soal The Common Folks.

“Itu satu tindakan yang salah dan saya menyesal. Pada akhirnya, dia (Bella) tetap ibu kepada kedua-dua anak saya.

“Tetapi ketika itu saya dihantui perasaan marah, kebencian (resentment), dan penyesalan,”tuturnya.

Di akhir video tersebut, aktor drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah menangis saat memohon maaf kepada Bella atas kesilapan berlaku curangnya itu.

“I’m sorry,” katanya gagal menahan sebak.

Sebelum ini, Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium mewah.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan mesej-mesej perbualan antara mereka di Instagram.

Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aliff Aziz minta maaf(Video)

  [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Mar...