Jika kita sedang stress, sangkut tak dapat selesaikan masalah, terganggu sangat selepas kena marah, kena bantai dengan superior atau sesiapa, buat ini:
1. Pandang jam dan apabila sampai sahaja jarum saat ke nombor 12, tarik nafas sampai jarum nombor 1. Kemudian hembus sampai jarum nombor 2. Ulang sampai ia kembali ke nombor 12.
- tarik nafas dalam-dalam akan buat kalian sedikit lega.
2. Ambil kertas, pegang pen. Genggam pen atau pensil sekuat-kuatnya 10 saat. Dan lepaskannya perlahan-lahan 10 saat juga.
- tekanan kepada tangan dan melepaskannya perlahan-lahan akan buat badan anda ikut lega.
3. Gunakan kertas tadi, tulis kembali apa masalah yang dihadapi. Tulis secara nombor. Letak 1, 2, 3 secara tersusun.
4. Kemudian letak ranking mana yang paling priority mana yang paling lemah keutamaan.
5. Mulakan kerja ikut keutamaan. Fokus!
6. Kalian akan mula perasan kerja akan siap satu demi satu. Banyak macam mana pun akan siap.
7. Jika kembali stress, ulang langkah 1 dan 2.
8. Azan sahaja, terus tunaikan solat. Dapat solat ba'diah dan qabliah adalah bonus. Menunaikan solat, membaca dan memahami apa dalam solat akan buat jiwa tenang. Relaks dan kool.
Pergerakannya pula akan buat pelancaran darah yang bagus. Tenang dan perlahan-lahanlah.
9. Dalam sujud terakhir, doa setiap urusan yang kita buat hari itu Allah mudahkan.
10. Kemudian selepas solat, istighfar 3 kali, doa dan bangun kembali.
Kalian akan perasan yang semua yang kalian lalui adalah pelajaran.
Kena marah, pelajaran,
Kena hina, pelajaran,
Kena bantai mental, pelajaran.
Dapat bonus, pelajaran,
Dapat team bagus, pelajaran.
Semua baik buruk, adalah pelajaran.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit!