Adsterra

Ahad, 6 September 2020

Tips Penulisan Berpengaruh

TIPS PENULISAN BERPENGARUH

Minggu lepas saya berkongsikan tentang bagaimana membina pengaruh dalam penulisan di Akademi Bonda Nor. Seorang penulis prolifik tinggi.  Bermakna, dengan penulisan kita mampu mempengaruhi orang lain sama ada untuk menyokong, menentang, membeli, merangsang dan bertindak. 

Dalam senaraian ini, ada bahagian yang kadangkala kita tidak suka dan ada orang tidak suka tetapi kita perlu lakukannya. 

1. Kenali PENTAS penulisan kita. Adakah di dalam blog, fb, ig, Twitter atau dalam buku?

2. Kenalpasti khalayak sasaran bagi menentukan lingo penyampaian agar sampai tepat kepada sasaran.

3. Kenalpasti landasan perjuangan kita. Bahagian ini kadangkala kita terpaksa menulis KERANA PRINSIP bukan kerana populariti. Anda akan diuji di bahagian ini. Ilmu yang Allah beri kepada kita bukan percuma, tetapi ada kerja perlu dibuat. Allah mahu kita sebarkannya dan bukan simpan sendiri-sendiri. Ada kala, apa kita katakan itu pasti mewujudkan pergeseran namun atas nama perjuangan, kamu teruskan juga. Lebih mulia mati dengan parut juang dari hidup tak mengubah apa-apa. 

4. Konsisten dan sentiasa menambahbaik gaya penulisan dan hikmah menulis. Hikmah penulisan ini makan masa, sekadar gaya penulisan biasanya akan terbentuk dengan apa yang kita baca. Hikmah ini, penulis macam saya yang sudah puluhan tahun menulis juga masih belajar. CARANYA, respon dengan ALAM. Jika penulisan kita menyebabkan kemarahan ramai, lembutkannya sedikit dengan hikmah tanpa menumpulkan ketajaman isi juang. Step ini perlukan masa dan di antaranya akan ada juga kecaman yang kadang-kadang menjadi yuran kepandaian kita. Ride The Issue tapi kuasai isunya dahulu, cakap bila kita tahu bukan cakap apa yang kita tak punyai pengetahuan. Katakan sesuatu yang BERBEKAS bukan sekadar angin lalu sahaja.

5. Jangan putus asa kerana kelainan pandangan. Raikan pandangan berbeza, baca dan pertimbangkan. Carutan, makian semua boleh simpan tepi jauh-jauh kerana carutan dan makian tanpa hujah yang kukuh serupa seperti sampah yang mereput.

Akhir kalam, jika tak mabuk bermain ombak, jangan belayar di laut luas. Jika tak mampu belayar di laut terbuka, jangan didamba pengalaman sebesar dunia.

SAIFUL NANG
I am RareFounder

Masalah parit di Kampung Naib Kadir

 Bukit Pasir, sebuah nama yang sinonim dengan keindahan alam semula jadi dan pesona sejarah di daerah Muar, Johor. Di sini, bukit-bukit pasi...