Soalan: Tuan, baru-baru ini saya unfriend seseorang. Saya tak tahan apa yang dia tulis. Perli sana-perli sini, semua benda dia sahaja nak menang.
Penat nak layan. Dia suka perli orang positif ni begitu begini, tak tahan juga, memang kami semua nampak ja dia “something wrong” akhir-akhir ini kerap tulis yang merepek dan marah-marah.
Namun tuan, rupanya lepas unfriend, dia serang saya pula. Kata saya macam-macam. Saya nak block sahaja sebenarnya, tapi itulah, dulu kami baik ja. Saya masih berharap ada benda yang buat kami berkawan semula. Tuan rasa macam mana?
Jawapan: Jika kalian dah unfriend seseorang, elakkan membaca apa yang dia tulis. Tak perlu lagi pergi wall dia. Biarkan sahaja semuanya. Lupakan dia terus.
Dan kalian teruskan tulis #content berkualiti tanpa langsung menyebut hal tentang orang itu atau yang ada kaitan dengannya. Dan tak perlu perli dia pun. Fokus sahaja bina tulisan kita okey. Kalau ikut perli, maka kita sama sahaja dengan dia.
Lupakan, jalan terus, bina empayar, fokus, konsisten kerja keras. Semua ini adalah syaitan yang mengganggu urusan kita semua.
Orang yang meroyan, menulis seolah-olah ramai yang membaca, bersungguh mendapatkan perhatian biasanya mempunyai masalah jiwa. Kita yang normal, senyum dan buat kerja sampai siap.
Ingat, dia tak bayar bil kita, dia tak kisah pun kita begitu kita begini, yang dia tahu hanya sakitkan hati kita. Jadi tak perlu sakit, terus sihat dengan elakkan dia terus. Nanti termenunglah dia sendiri apabila tak ada yang melayannya.
Kita orang tenang. Maafkan sahaja, ini media sosial, jalan terus dan bantu orang lain. Hanya kebaikan sahaja yang boleh masuk syurga, memurahkan rezeki dan sentiasa hidup dalam dunia yang positif.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
❤️