Adsterra

Rabu, 24 Julai 2024

Ini Kategori Penerima STR Fasa 3 Ogos Diumumkan

 

Ini kategori penerima STR Fasa 3 Ogos diumumkan oleh kerajaan. Bantuan STR Fasa 3 akan dibayar pada bulan Ogos ini. Bayaran hanya dibayar kepada mereka yang layak dan lulus permohonan.

Ini Kategori Penerima STR Fasa 3 Ogos Diumumkan

Kategori penerima STR Fasa 3 diumumkan untuk menerima bantuan STR 2024.

Untuk pengetahuan semua, terdapat tiga kategori penerima STR fasa 3.

Senarai Penerima

Mereka yang layak menerima bantuan STR fasa 3 ialah golongan B40, M40 dan miskin.

Bagi fasa 3, kategori yang layak terima bantuan ialah bujang, isi rumah dan warga emas.

ini kategori penerima str fasa 3 ogos diumumkan

Bayaran STR Fasa 3

Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi tentang bayaran STR fasa 3.

Kemaskini Maklumat

Para pemohon STR 2024 diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat STR 2024 sekiranya terdapat sebarang perubahan semasa. Sekiranya gagal, permohonan akan gagal dan tidak akan diterima.

Maklumat lanjut https://bantuantunai.hasil.gov.my

Ahad, 7 Julai 2024

Kontrak Arif Aiman Bersama JDT Hingga Mei 2025?

 

Sebuah laman terkemuka bola sepak telah mendedahkan tempoh kontrak pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.


Pemain berusia 22 tahun itu muncul Peman Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia buat kali ke-3 berturut-turut.

Beliau menjadi watak penting buat skuad Harimau Selatan apabila menjulang 4 trofi pada musim lalu.

Khidmat Arif Aiman ditagih untuk kekal berbakti bersama wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada musim ini.

Laman bola sepak terkemuka dunia, Transfermarkt telah merekodkan tempoh kontrak pemain sayap lincah itu bersama JDT.

Menurut data oleh Transfermarkt, Arif Aiman menandatangani kontrak baru yang menyaksikan beliau akan kekal di Johor sehingga akhir Mei 2025.

Tempoh ini hampir sama dengan beberapa pemain JDT yang mengikat kontrak hingga akhir musim 2024/25.

Arif kini kembali beraksi buat JDT selepas mengalami kecederaan tempoh hari dan membantu pasukan layak ke separuh akhir Piala FA.

Jejambat Bandar Saujana Putra kini dibuka

 PETALING JAYA - LBS Bina Group Berhad (LBS) menganjurkan majlis ‘flag off’ sebagai simbolik kepada pelancaran jejambat Bandar Saujana Putra dekat sini pada Ahad.

Pelancaran dinanti-nantikan penduduk Bandar Saujana Putra dan pengguna jalan raya sekitarnya disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada tengah malam tadi.

Menteri Besar ketika berucap berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dengan memberi keutamaan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya di Selangor.



"Antaranya jejambat Bandar Saujana Putra ini yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas," ujarnya.

Pada masa sama, Amirudin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada LBS atas sumbangan syarikat tersebut terhadap pembinaan dan pelancaran jejambat Bandar Saujana Putra.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San berkata, beliau bersyukur akhirnya projek itu dapat disiapkan walaupun pelbagai cabaran dihadapi ketika pandemik Covid-19.

Beliau juga percaya pelancaran jejambat Bandar Saujana Putra akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan membantu meningkatkan aliran trafik di lokasi kritikal itu.

Jelasnya, penyempurnaan jejambat itu juga menandakan satu pencapaian penting dan tepat pada masanya, selaras dengan pelancaran projek Sutera LBS pada April lepas.

"Pembangunan ini terdiri daripada unit pangsapuri dan rumah bandar dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 207 juta, di mana ia memberi nilai tambah di Bandar Saujana Putra.

"Perbandaran ini terdiri daripada pembangunan bercampur strategik dengan pilihan komprehensif kediaman dan unit komersial memenuhi keperluan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Majlis pelancaran turut dihadiri Exco Infrastruktur dan Pertanian, Ir Izham Hashim, Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor, Raja Ahmad Shahrir Iskandar serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.

Terdahulu, projek jejambat itu diumumkan pada 2019 dan kini dibuka untuk kegunaan awam sekali gus menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Pada masa ini, populasi penduduk Bandar Saujana Putra mencecah hampir 20,000 orang dan jejambat itu dijangka dapat membantu mengawal aliran trafik di kawasan terbabit.

Sementara itu, Raja Ahmad Shahrir pula berkata, jejambat dan persimpangan Bandar Saujana Putra itu juga menghubungkan rangkaian lebuh raya utama.

"Maka dengan pembangunan ini saya yakin nilai hartanah di Bandar Saujana Putra dan sekitar akan meningkat dengan ketara," ujarnya.


Masalah parit di Kampung Naib Kadir

 Bukit Pasir, sebuah nama yang sinonim dengan keindahan alam semula jadi dan pesona sejarah di daerah Muar, Johor. Di sini, bukit-bukit pasi...